Ahad, 4 November 2012

Hujan....

Assalamualaikum,

Akhir-akhir ni selalu hujan je kat area Kajang nie. Asal nak jogging petang2 mesti terbantut. Nak jogging pagi, tak dan dengan kelas lagi. Akhirnya jadilah aku seperti ayam ternak kat bilik. Kena fikir alternatif untuk gain back stamina & strength lagi2 dah nak masuk training cuti midsem nie. Karang ada yang muntah hijau bila training. Malu wey..

Ahad, 16 September 2012

Selamat Berjuang Sahabat-Sahabatku

Assalamualaikum,

Gendang perang PRK bakal bergema lagi. Setelah sekian lama kita ternanti-nanti tarikh sebenar, bermacam-macam spekulasi, tekaan dan tanggapan yang timbul. Ada yang mengatakan kerahsiaan tarikh pilihan raya merupakan satu konspirasi pihak pentadbiran. Sama ada benar atau tidak wallahualam.


Rasa pelik jika ada pihak masih melaung-laungkan mengenai konspirasi tarikh PRK kerana semasa mesyuarat pelan takwim tahunan kolej bulan lepas sebelum pelajar baru masuk, sudah tercatat tarikh prk. Namun, aku sudah terlupa detailnya kerana aku buat endah tak endah je. Kalau tak silap akhir bulan ini.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Keraguan Dalam Kemerdekaan

Assalamualaikum,

Hari Merdeka datang lagi. Alhamdulillah sudah 55 tahun negara kita bebas daripada pengaruh penjajah. Namun akhir2 ini ada suara2 sumbang yang mempertikaikan tahap kemerdekaan yang kita kecapi. Memandangkan negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara diplomatik, tanpa pertumpahan darah, tanpa perang, ramai yang mula curiga adakah Malaysia benar2 bebas.


Tidakkah kita terfikir kenapa dengan begitu mudah British memberi kemerdekaan sedangkan kebanyakan negara bergelut membebaskan diri masing2 contohnya Indonesia, Pattani (yang sehingga kini masih dijajah oleh Thailand). Apakah timbal balas yang British dapat setelah melepaskan Malaysia.

Khamis, 23 Ogos 2012

Langkah yang Longlai

Assalamualaikum,



Pernahkah korang rasa sesak. Seolah2 dada dihimpit oleh jentolak roller jalan tu. Begitulah rasanya bila somebody put a high expectation on us.

Selasa, 21 Ogos 2012

Mari Kenali Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum,



Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.

Rabu, 15 Ogos 2012

Mahasiswa Tidak Perlu Bayar PTPTN


Assalamualaikum,

Terkejut juga bila baca berita ni. Tak sangka ada juga Mahasiswa yang tak payah bayar PTPTN. Kerajaan bagi halal duit tu. Walaupun aku bukan peminjam PTPTN aku tumpang gembira dan berharap lebih ramai lagi akan menikmati PENDIDIKAN PERCUMA terutamanya rakan2 sebangsa dan seagama denganku.

Selasa, 14 Ogos 2012

Segmen Raya Bersama Phat

Assalamualaikum,

Bahang raya semakin terasa walaupun sedih Ramadan bakal meninggalkan kita. Tak sangka pula ada yang buat segmen sempena raya nie. Terima kasih Faizul Osman kerana sudi tag aku dalam segmen ni.

Klik Sini Untuk Sertai
Baiklah, terus terang aku katakan raya tahun ni sama macam tahun2 lepas. Sehari sebelum raya akan balik ke Kampung bapak aku kemudian petang raya pertama akan ke rumah kampung sebelah mak aku.

Kenapa tiap2 tahun sama?

1. Kampung bapakku hanya marhaban raya masa hari raya pertama je. Raya kedua pula penduduk kampung masing2 akan menghabiskan masa bersama keluarga masing2. Jadi itu sajelah peluang bapakku nak jumpa kawan2 lama.

2. Raya kampung sebelah mak pula lebih kepada melawat sedara mara mak aku yang kebanyakannya duduk kat kampung yang sama atau kampung sebelah. sedara mara bapak aku pun banyak yang duduk sekitar situ juga.

3. Jarak  kampung mak dengan bapakku tu dekat je sekitar 30minit perjalanan. Kampung bapak di Air Hitam berdekatan Institut Haiwan dan mak pula di batu pahat dekat2 UTHM. Jadi tiada masalah jarak.

Tidak lupa juga aku nak tag

The Speaking Fingers

Harap2 mereka join segmen nie.

Akhir sekali, kepada semua bloggers, readers, viewers, stalkers.. 

SELAMAT HARI RAYA ^^

Jangan lupa untuk like page Pawaka Daksina

Wassalam

Isnin, 13 Ogos 2012

Melangkah ke Zaman Baru

Assalamualaikum,

Tinggal beberapa hari lagi untuk aku berangkat ke UKM. Lepas raya seminggu terus bertolak ke Bangi. Tahun ni aku bakal menyambut Hari Merdeka di Bangi. Arahan sudah dikeluarkan oleh pihak atasan maka aku serta rakan2 se-PALAPES akan menyambutnya di UKM.



Selain daripada bakal sibuk dengan kursus pemudahcara (PC) bagi Minggu Mesra Pelajar (MMP) yang inshallah bermula pada awal september ini, aku bersama rakan2 bakal sibuk hampir sebulan menguruskan pengambilan pegawai kadet Palapes yang baru. Walaupun aku cuma sekadar AJK biasa2 sahaja aku harap dapat memberikan komitmen yang terbaik dalam melaksanakan tugas.

Selasa, 7 Ogos 2012

Nasi Kandar Percuma!! Sape Nak?

Assalamualaikum



Ia bukan sekadar hidangan percuma yang dinikmati oleh ribuan orang yang berpusu-pusu ke Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar, tetapi ia juga satu cara bagi mereka untuk meraikan prestasi cemerlang Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik London 2012.

Isnin, 6 Ogos 2012

Kami Bersamamu

Assalamualaikum,

Menang mudah di set pertama 21-15 namun tewas di set ke-2 & 3. Datuk Lee Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya Lin Dan dari China.



Yang nyata masing2 mempamerkan aksi2 hebat dan mendebarkan. Perlawanan yang diibaratkan bagai bertemu buku dan ruas ini nyata memberikan persembahan terbaik sehinggakan mata hanya diperoleh jika mana2 pihak melakukan sedikit kesilapan.

Selasa, 31 Julai 2012

Budaya Illuminati/Freemason Dalam Melayu

Assalamualaikum,

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan penyebar agama Islam di Nusantara ini. Namun sedarkah anda bahawa unsur2 illuminati telah lama menyerap dalam budaya Melayu. Berikut adalah beberapa bukti bahawa freemason telah berjaya bertapak di Alam Mala-Yu ini sejak berabad-abad tahun lalu.

Isnin, 30 Julai 2012

Isu Logo Hari Merdeka : Cerita Sebenarnya

Assalamualaikum.


Rentetan isu logo hampeh sempena hari merdeka tak lama lagi. Aku telah membuat beberapa bacaan ke blog2 pro-BN & Pro-PR. Kebanyakannya menulis dalam nada menegur secara berhemah & tak kurang juga yang menegur secara tidak berhemah. Tapi 1st time nmpk bloggers berbeza aliran politik bersatu dalam satu perkara. Aku akhirnya terjumpa tulisan salah satu blog pro-BN yang mungkin dapat mencerahkan sedikit suasana.

Ahad, 29 Julai 2012

Logo Yang Menyedihkan

Assalamualaikum,

Sambutan hari merdeka tinggal sebulan saja lagi. Aku pun tertunggu-tunggu apakah design logo hari merdeka tahun ni. Setelah ditunggu-tunggu akhirnya tiba.


Aku rasa ni la logo yang paling menyedihkan. Apakah Malaysia ni sudah kekurangan idea2 kreatif???? Ataupun ni kerja last minit menteri berkaitan. Mari kita lihat maksud logo buruk ni.

Rabu, 6 Jun 2012

Perpaduan Melayu atau Perpaduan Islam??

Assalamualaikum,




Dewasa ini seringkali kedengaran usaha kerjasama antara UMNO dengan PAS untuk kepentingan Melayu & Islam. Namun, PAS sekali lagi menolak dengan alasan UMNO berbuat begitu kerana takut kerjasama PAS dalam PR. PAS pula dilihat mencanang Perpaduan Islam. Persoalannya mana satu yang betul?


Sebenarnya sama ada Melayu atau Islam, kedua2nya adalah sama. Melayu adalah ISLAM. Oleh itu kepentingan Islam dalam konteks Malaysia juga adalah kepentingan Melayu. Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat aku. Aku sedia maklum Islam itu agama dan Melayu itu bangsa. Tetapi keduanya saling berkait.

Selasa, 22 Mei 2012

Masihkah kau ingat

Assalamualaikum,



Cuaca hari ini redup. Seolah-olah mahu hujan. Aku seperti biasa, Selesai kelas aku sekitar jam 14.30 aku akan solat dahulu sebelum pulang. Namun hari ini aku singgah ke bilik pengakap, mengutip info yang barangkali baru ditampal oleh sahabat-sahabatku.

Nampaknya tiada apa yang baru. Aku berjalan menuju ke parking motor di pagar luar sekolah. Saat aku melalui bilik SPBT, aku serempak dengannya. Terus sahaja aku menegur.

Isnin, 14 Mei 2012

13 mei dalam kenangan


Assalamualaikum,

Entri kali ini bukan berniat membakar api perkauman, tetapi adalah perlu kita untuk saling mengingati sejarah & peristiwa yang berlaku semalam kerana sesiapa yng tidak belajar sejarah nescaya dia akan mengulanginya. Semoga negara kita aman & makmur hingga di akhir masa.

Isnin, 7 Mei 2012

Memori Ganchong

Assalamualaikum,

Bersama buddyku (Mata tetiba terspero. hahaha)

 Percutian yang pada mulanya bergerak dengan keterpaksaan, akhirnya berakhir dengan kegembiraan.

Khamis, 26 April 2012

Mansuh PTPTN!! Mahasiswa Bangkit

Assalamualaikum,


Alhamdulillah hingga ke saat ini aku masih mampu untuk meluangkan sedikit waktu melakar sedikit nukilan yang tidak seberapa. Minggu ini terasa begitu laju berlari sedang diri tidak sedar hari sudah berganjak menuju hari minggu. Mungkin kesibukan mengulangkaji mamandangkan minggu ini bertimbun-timbun exam mid-sem.

Tulisanku kali ini berkaitan isu PTPTN yang secara tiba-tiba menjadi suatu topik yang hangat diperkatakan. Di dada-dada akhbar serta media-media massa terpampang berita sekumpulan Mahasiswa yang berdemo menuntut PTPTN dimansuhkan. Mereka juga mahukan pendidikan tinggi negara diberi secara percuma seperti sekolah menengah & sekolah rendaah.

Khamis, 19 April 2012

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum,



Hari ini antara hari yang paling gembira. Walaupun lewat tiba ke kelas.. Selalunya aku akan berjalan dengan begitu pantas. Tetapi entah mengapa kakiku hari ini seolah tak mahu aku berderas. Seakan menunggu sesuatu. Aku pula tidaklah kelam kabut seperti kebiasaannya, tenang berjalan seperti biasa.

Isnin, 2 April 2012

Tak tau nak taruk tajuk apa...=.=

Assalamualaikum,

Sedar x sedar dah midsem.. Tapi minggu lps aku balik gak. Rindu keluarga...cuti nie pun aku balik. baru nak merancang aktiviti2 sepanjang seminggu tu. tetiba kena detail untuk mess night. Haru btol. Tapi dah diberi tanggungjawab, terpaksa la buat.

Isnin, 19 Mac 2012

Bila Berada Di Tengah-Tengah

Assalamualaikum,


Aku menulis lagi walaupun lab report tak siap lagi. Ada sesuatu yang kusut di kepalaku. Perkara ni pernah berlaku tetapi kali ni agak serius walaupun jalan ceritanya lebih kurang sama. Seperti bermain counter strike dengan orang yang berbeza ataupun main left 4 dead tapi lvl lain2.

Menatap matanya

Assalamualaikum,



Ahad lepas aku pi Lowyat. Perjalanan yang agak memenatkan barangkali. Takde benda yang aku beli pun memandangkan duit tak masuk. Aku cuma berjalan-jalan menemankan kawan aku beli lappy je.

Jumaat, 2 Mac 2012

Haruhi-chan, Watashi wa anata o motte ita!!

Assalamualaikum,

Minggu ni TG2KM ada menganjurkan ICT fair book faik kat pusan. Seriusly mula2 aku ingat, its just another fairs mcm lps2. Balik2 buku, balik2 jual comp gadjets yg sama je. Namun, persepsi aku berubah bila mataku tertancap pada satu sudut kat pusan..


Isnin, 20 Februari 2012

Transformasi Bermula

Assalamualaikum,



Setelah hampir sebulan aku menjadi seorang kadet, akhirnya aku kembali semula ke kehidupan asalku. Kembali semula menjadi seorang penggali cahaya ilmu di UKM tercinta ini.

Memori masa lalu tidak sewenang-wenangnya akan aku lupakan kerana pengalaman itu umpama guru yang tidak bosan mengajar aku tentang erti hidup ini. Aku telah banyak memerhati diri sendiri, betul kata orang, ketika susah barulah kita dapat mengenali diri sendiri jika kita benar-benar mahu memikirkannya.

Sabtu, 21 Januari 2012

Aku Cuba...

Assalamualaikum,


Tetiba rasa down. Down sangat2. Ok, ini bukan kali pertama. Aku rasa ini kali ke-3 kot. Manusia jika melakukan kesilapan itu adalah normal. Tetapi jika kesilapan itu dibuat berulangkali? Rasa macam b*&%h. Sememangnya aku sudah dapat merasakan. Perasaan yang sama terjadi pada hayat yang lepas. Situasi yang sama, watak sahaja berbeza.

Selasa, 17 Januari 2012

Ranking Universiti di Malaysia 2011


Assalamualaikum, 

Entri kali ni pendek je. Malas nak tulis panjang2...hehe

Bersama Merealisasi Varsiti ^__^

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University
INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars

Rekod tu..kau ada? haha

Sumber: SINI

Khamis, 5 Januari 2012

Adakah Kita Ikhlas?

Assalamualaikum,

Satu subjek sudah selesai, ada lagi lima menanti. Paling dekat ialah Kimia Am. Kepala sudah pening membaca nota profesor2 berwibawa namun tetap juga aku teruskan. ceh..bajet rajin. Akhirnya aku terhenti di sini....

Sempat juga aku mentelaah facebook & blog2 yang aku ikuti. Bermula kes demo kat UPSI **dorang ni tak de exam ke??? hingga ke isu pelajar cemerlang SPM Nur Amalina.

Ahad, 1 Januari 2012

Sambut Tahun Baru Bersama Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum,



Rasanya ini kali pertama sambut tahun baru masihi ni. Selama ni duduk rumah je, takde feeling sangat pun cuma mesej2 kat kawan2 je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...