Sabtu, 30 April 2011

TAHNIAH kepada Puteri Islam & Pengakap Sekolah Tinggi Kluang

Tarikh: 30 April 2011
Tempat: SMK T6

Pengakap Sekolah Tinggi Kluang berjaya mengekalkan kejuaraan 8 tahun berturut-turut dalam Pertandingan Kawad kaki NGO (L) Daerah Kluang. Manakala Puteri Islam juga meraih tempat pertama bagi kategori perempuan. Lebih manis lagi kedua-dua ketua platun juga mendapat anugerah komander terbaik bagi Daerah Kluang. Syabas & tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini berulang di peringkat negeri seterusnya di peringkat kebangsaan.






















Lagi gambar klik:

Jumaat, 29 April 2011

Kejatuhan Umat Melayu..Punca & solusinya (Bahagian 1)

Assalamualaikum

Jika kita belajar ilmu biologi, sesuatu hidupan itu seharusnya semakin hari semakin maju. Kemajuan ini berlaku apabila mereka menghadapi sesuatu masalah dan berjaya mengatasinya seterusnya belajar dari pengalaman yang lepas. Begitu juga dengan nasib sesuatu bangsa, semakin hari semakin maju. Walaupun kemajuan itu adakalanya tidak konsisten sama ada lambat atau pantas. Perkembangan itu tetap juga berlaku. Namun apakah yang menimpa nasib umat Melayu?? Berlaku juga beberapa pencapaian tetapi agak perlahan & hanya sedikit sahaja golongan yang berjaya meniti tapak kejayaan & dapat bersaing dengan orang lain, selebihnya masih berada ditakuk lama & ada pula yang semakin jauh kebelakang. Dimanakah silapnya? Sebagai contoh dalam sistem pendidikan kita. Berapa ramai anak Melayu yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan berbanding kaum lain. Beberapa punca telah berlegar-legar di ruang minda sementelah saya mengkaji pengalaman yang lalu.


Antara punca yang menjatuhkan sesuatu bangsa itu ialah makanan. Allah telah berfirman

Wahai manusia! Makanlah yang halal dan baik dari makanan yang ada di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan, sungguh setan itu musuh yang nyata bagimu (QS 2:168)”


Seterusnya Allah berfirman lagi


Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik, yang Kami berikan kepadamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar menyembah kadapa-Nya (QS 2:172)


**sumber http://www.koperasisyariah.com/makanlah-yang-halal-dan-baik/

Ayat2 di atas telah menegaskan bahawa Islam menitik beratkan aspek pemakanan dalam hidup muslimin. Hal ini adalah kerana daripada makanan akan tumbuhnya daging2, tisu2, organ2 yang akhirnya menjadi sebahagian dari tubuh. Makanan yang baik akan mempengaruhi metabolisma badan. Makanan yang dimakan bukan sahaja halal malah baik, yakni berkhasiat. Namun apa yang menyedihkan anak2 hari ini lebih tertarik kepada makanan ringan, nuget, serta makanan berlemak & berminyak.



Saya tertarik dengan arahan yang melarang kantin menjual nasi lemak. Pada pandangan saya itu hanya akan meletakkan masalah menjadi semakin besar dan bakal meleret menjadi isu perkauman. Hal ini kerana nasi lemak adalah makanan warisan Melayu. Akan timbul spekulasi bahawa tradisi Melayu cuba dihakis sedikit demi sedikit. Ini akan menimbulkan kemarahan kerana timbul persoalan bagaimana dengan makanan yang lain seperti Nuget, hotdog, burger buatan kilang yang sudah tentu pemiliknya kaum Cina? Di sini arahan kementerian tersebut bersikap berat sebelah tambahan lagi arahan itu dikeluarkan oleh menteri kaum Cina. Mujurlah arahan tersebut ditarik balik.


Berbalik kepada topik asal. Pengambilan makanan yang berkhasiat perlu bermula dari rumah. Ibu bapa perlu mendidik anak2 tentang kepentingan makanan halal & berkhasiat. Di sekolah pula, guru2 perlu mendedahkan kepada para pelajar maklumat pemakanan. Manakala di peringkat kementerian pula harus diadakan garis panduan mengenai makanan yang boleh dan yang tidak boleh dijual serta mewajibkan pihak kantin mengikut garis panduan tersebut. Dengan cara ini kita dapat memastikan anak2 bangsa kita mendapat nutrien secukupnya untuk mereka belajar seterusnya melahirkan insan2 yang sihat tubuh badan & cerdas akal fikirannya. Dengan itu sahaja bangsa kita boleh maju. Lihat sahaja contoh masyarakat jepun. Mereka menitik beratkan soal pemakanan & hasilnya negara mereka maju.



Bersambung........

Khamis, 28 April 2011

1st time in GYM



Salam,
Cuti2 ni agak bosan juga kt rumah. Skrg da set dah, kalo bleh malam2 lepak gym kat tempat tusyen kenali. X mahal pn. RM1 je skali masuk. Sama dgn teh tarik kt kedai mamak. Bezanya kt gym badan makin sihat waima kat kedai mamak makin berlemak. hehe..

Masuk2 je agak segan. Brader2 kt situ badan bleh tahan ketul2. Angkat skali berkilo2. kita ni angkat 5-6kilo da x larat. Tapi respek ar dgn dorg. badan besar x sombong pun. siap ajarkan lagi cara2 nak main dgn btol. Sorg brader 2 ckp 1st timer dtg, main tangan dulu. kasi kuat biceps & triceps. Lps 2-3minggu bru workout benda lain. Workout ni menurutnya macam buat rumah. tangan 2 ibarat tiang. rumah nak kukuh tiang kna kukuh dlu.

Lagi satu, main kna ikut kemampuan. kalo x sakit2 badan. esok da x bley wat keje. Tp aku mmg da berazam nk kasi mantap badan nih. x de la lembik je. Cuti ni kalo boleh x de la diisi dgn aktiviti makan je. maklum la kt rumah dapur 2 mmg x penahnye x de makanan. kalo da abis bley masak sndiri. Member aku pun da kutuk aku yang aku ni rajin 'bina badan' kt rumah. hahahaha..

K la. da x de bnda nk crita. inshallah, smoga azam aku ni bukan hangat2 taik ayam.


***gambar sekadar hiasan. 

Selasa, 26 April 2011

Alasan Mahasiswa Yang Kantoi Exam

Yang ni aku dpt kt FB. Sesuai la dgn student mcm kita


Alasan Mahasiswa Yang Kantoi Exam




Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa bila dia tidak lulus ujian ... 
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat ..
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik .....
Mari kita kira!

Hari Minggu
 52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
 Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
 Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan page gmbar2 lwk dan video gempak . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.




Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI.....!!! Mana boleh belajar!

http://www.facebook.com/notes/farhan-mohamad/alasan-mahasiswa-yang-kantoi-exam/211046822252434

mmg gampang la beb. hehe

Tumbuhan Transgenic.. Mungkin bakal menggantikan lampu elektrik



Bercahayakan. Ini bukan ilusi tetapi ini adalah pokok tembakau yang mengandungi DNA kelip-kelip. Oleh itu, pokok ini mampu untuk menghasilkan gen yang mengeluarkan cahaya.

Inilah hasil daripada bioteknologi. Apakah mungkin suatu hari nanti kita dapat menghasilkan tumbuhan seperti ini. Kita dapat menjimatkan sumber tenaga di rumah kerana tidak bergantung kepada lampu elektrik. Selain menjimatkan bil, kita juga dapat menghirup udara segar kerana tumbuhan itu sendiri menghasilkan oksigen serta menurunkan haba sesuatu kawasan. Bayangkan betapa nyamannya ruangan rumah kita.

Contoh di atas ialah tembakau. Mungkin kita boleh mendapatkan hasil yang serupa menggunakan tumbuhan lain seperti bunga-bungaan. Secara tidak langsung, haruman bunga dapat bertindak sebagai aromaterapi yang melegakan.

Pembangunan bioteknologi ini juga dapat mengurangkan pemanasan global apabila lebih banyak pokok-pokok transgenik ditanam di bandar-bandar kerana kepelbagaian fungsinya. Sebagai contoh, Pokok yang bercahaya boleh menggantikan lampu jalan. Seterusnya kita dapat merealisasikan bandaraya hijau.

http://en.wikipedia.org/wiki/Transgenic_plants
http://www.dnacenter.com/science-technology/health-nutrition.html
http://www.bic.org.my/?action=localscenario&do=biotechnology

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...