Ahad, 29 Julai 2012

Logo Yang Menyedihkan

Assalamualaikum,

Sambutan hari merdeka tinggal sebulan saja lagi. Aku pun tertunggu-tunggu apakah design logo hari merdeka tahun ni. Setelah ditunggu-tunggu akhirnya tiba.


Aku rasa ni la logo yang paling menyedihkan. Apakah Malaysia ni sudah kekurangan idea2 kreatif???? Ataupun ni kerja last minit menteri berkaitan. Mari kita lihat maksud logo buruk ni.




Adoi...sudah lah slogan tak membangkitkan semangat patriotik malah lebih berbaur unsur politik. Ok la aku boleh tolerate bab slogan. Tapi kalau logo, berlambak2 design rakyat Malaysia yang kreatif boleh buat dengan sukarelanya.


Pilihlah mana yang korang suka




Itu belum lagi masuk lagu merdeka. Sangatlah teruk dan lebih malang lagi adik2 kita terpaksa menyanyi kat sekolah setiap kali perhimpunan sepanjang bulan kemerdekaan.



Kalau aku skolah lagi, jangan harap aku nak nyanyi xp


Aku lagi suka lagu tanggal 31 nyanyian allahyarham Sudirman. Lebih bersemangat, lebih patriotik.



Kesimpulannya, logo & lagu tahun ni sangat buruk. Kalau diteruskan juga, jangan marah kalau rakyat tak undi dalam PRU. Janganlah terikut-ikut dengan gaya pembangkang yang asyik berpolitik 24jam. Kita perlulah professional & memahami aspirasi rakyat. Jangan sampai segala usaha kerajaan dalam menaikkan imej di mata rakyat jadi sia2 sebab benda ni.

Sebelum blah, layan dulu kartun nie.. Bloggers kerajaan x semestinya jilat kerajaankan....haha


Wassalam

4 ulasan:

Unknown berkata...

aq memang tak sokong tema, logo dgn lagu sempena kemerdekaan thn ni...

nak menaikkan semangat patriotik langsung... aq dah nmpk siapa yg bakal aku mengundi... huhu...

Tanpa Nama berkata...

Memang teruk gila. Aku rasa masih belum terlewat lagi nak tukar. Kesian Dato Najib. Slps apa yg dia buat utk naikkan imej kerajaan. Akhirnya org bawah buat taik.

Undi pembangkang pun keadaan blm tentu jd lebih baik malah makin teruk. bru perintah brape negeri je mcm2 berlaku.

Malaysia xde pembangkang yang boleh jd check & balance. Baik kerajaan or pembangkang semua pentingkan kuasa je

NA_SR berkata...

haha..stuju...
ni sume makin jd bahan utk pembangkang...
apa punya lagu kemerdekaan la...
YaAllah...tema merdeka kita pun ada bau2 politik..patutnye kita mnggunakan tema patriotisme n nasionalisme

marshaPetrelli berkata...

lawak!haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...