Isnin, 19 Mac 2012

Bila Berada Di Tengah-Tengah

Assalamualaikum,


Aku menulis lagi walaupun lab report tak siap lagi. Ada sesuatu yang kusut di kepalaku. Perkara ni pernah berlaku tetapi kali ni agak serius walaupun jalan ceritanya lebih kurang sama. Seperti bermain counter strike dengan orang yang berbeza ataupun main left 4 dead tapi lvl lain2.


Hentikan dulu repekan2 tadi. Sekarang mahu lebih serius. Sekarang ni aku dalam dilema, bila terfikir bab ini aku sering akan mengakhiri dengan meletakkan diri di tengah2. Jika dahulu aku boleh mengelak dengan alasan aku masih kecil. Tetapi sekarang ini aku dah besar (besar la jugak). Sudah mahu memikirkan secara serius & tiada alasan untuk mengelak.


Aku begitu takut untuk memilih antara dua. antara tiga....mungkin akan bertambah antara empat pula nanti. Kalau orang yang mempunyai masalah yang sama aku akan buat loyar buruk, pilihlah dua2. Sekarang benda ni dah terkena batang hidungku sendiri (padan muka aku.). Masalahnya aku nak semua tapi kondisi semasa tidak memungkinkan. Matilah aku kalau amik semua sekali.

Apa yang penting aku akan cuba memikirkan solusi. Buat solat istikarah dulu..tapi buat masa ni aku akan cuba bermain dengan situasi. Lagipun belum tentu firasat aku ini betul belaka. Mungkin saja perasaanku yang lebih2. (harap2 la macam tu). Belajar lebih baik bak kata aspirasi. Jadi aku rasa mungkin tunggu sampai habis belajar. Belum tentu nasib baik akan sentiasa berpihak pada aku. Kalau ditakdirkan suasana berubah, mungkin nasib aku jadi malang dan aku akan kehilangan benda yang sangat berharga.

Baiklah, sampai sini dulu aku merepek. Ada idea aku menulis lagi

Wassalam


p/s: menunggu untuk diragging roomate. Nak cabut atau nak stay???

1 ulasan:

Unknown berkata...

mcm tu lah hidup... ada je ujian darinya... utk menguji kekuatan iman... apabila hati tersentuh mcm2 kita boleh rasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...