Isnin, 13 Ogos 2012

Melangkah ke Zaman Baru

Assalamualaikum,

Tinggal beberapa hari lagi untuk aku berangkat ke UKM. Lepas raya seminggu terus bertolak ke Bangi. Tahun ni aku bakal menyambut Hari Merdeka di Bangi. Arahan sudah dikeluarkan oleh pihak atasan maka aku serta rakan2 se-PALAPES akan menyambutnya di UKM.



Selain daripada bakal sibuk dengan kursus pemudahcara (PC) bagi Minggu Mesra Pelajar (MMP) yang inshallah bermula pada awal september ini, aku bersama rakan2 bakal sibuk hampir sebulan menguruskan pengambilan pegawai kadet Palapes yang baru. Walaupun aku cuma sekadar AJK biasa2 sahaja aku harap dapat memberikan komitmen yang terbaik dalam melaksanakan tugas.


Naik sem ini juga bermakna hari2 minggu aku akan dipenuhi dengan latihan2 yang sudah pasti mencabar fizikal & mental. Kalau dulu masa junior sem 1 boleh juga sekali-sekala menuang tidur dalam land rover/ 3 tan dalam perjalanan mengambil makanan di Kem Sukai Keli, sekarang kami sudah mula masak sendiri sejak selepas anualcamp hari tu.

Bila sudah masuk tahun dua ni a.k.a intermediate sudah tidak ada masak2 lagi kecuali 3 minggu awal latihan kerana junior masih dalam proses pengurusan dan penyesuaian diri lagi.

Kerja junior masak, makan, makan dan makan. hehe
Selaku AJK Makanan, agak pening kepala juga menguruskan jadual tugas memasak memandangkan kami mula2 masih baru dan tiada pengalaman. Mahu tanya senior pun mereka tak pernah fitig masak yang sudah tentu memerlukan lebih ramai tenaga kerahan berbanding fitig ambik makanan sahaja.

Pasal perkara ini sahaja boleh buat semua bergaduh dan sudah pasti menimbulkan ketidakpuashatian daripada pelbagai pihak. Belum lagi masuk masalah campur tangan kuasa oleh pihak2 atasan yang akhirnya membuat keadaan bertambah kusut sehinggakan aku terpaksa bersuara supaya tidak mengganggu tugas aku. Namun, aku sedar mereka selaku ketua, mereka hanya mahu membantu.

Benarlah kata orang, kesusahan yang ditanggung bersama dapat mengeratkan hubungan manusia. Akhirnya, kesusahan yang kami tanggung membuatkan kami semakin rapat. Kalau dahulu timbul prejudis antara kami akhirnya perasaan itu berjaya dilupuskan.

Kalau dulu angkat beberape bijik coolman & tong air. sekarang nie... hamek kau. haha
Pangalaman ini juga mengajar aku hal2 pengurusan sama ada pengurusan organisasi mahupun pengurusan emosi walaupun sepanjang proses pembelajaran ini aku telah melukakan hati sesetengah pihak yang meranapkan tali persahabatan akibat emosiku ketika itu tidak stabil. Tetapi sekarang aku sedang berusaha membaiki hubungan tersebut dan responnya, positif.

Pejam celik pejam celik aku sudah hampir melangkah ke tahun dua. Tahun mencabar dari segi akademik mahupun kokurikulum. Tahun dua juga tahun yang menyeronokkan sebab sudah mula ada junior yang bakal menyambung tugas2 kami dahulu iaitu memastikan anggota markas mendapat makanan yang secukupnya dan sudah pasti ilmu dan tradisi yang aku warisi daripada senior2 dan pengalaman lepas bakal aku turunkan kepada juniors demi kebaikan bersama serta memastikan kelangsungan tradisi yang baik Palapes UKM. Membuatkan mereka bangga bila memegang panji2 tentera.

Sekian sahaja aku menulis pada kali ini. Nantikan artikel terbaru sempena Hari Merdeka. Inshallah aku akan cuba terbitkan tepat jam 12 malam 31 ogos 2012.

Wassalam

3 ulasan:

idris bin hasyin berkata...

untongla dah masuk zaman baru... kami masi zaman dulu2 lg... hehe... alip jgan le buli sgat adik2 nnti, nnti xda yg panggil ko tuan yg penyayang...

(^_^)

slmat bpuasa lip... dah nak abes dah ramadhan ni, jom tingkatkan amal...

Unknown berkata...

semoga apa yg dihajatkan akan tercapai dengan jayanya... Insyaallah...

seblm ko buat artikel pasal kemerdekaan tu, lebih baik ko join segment ni... aku dah tag ko masuk dalam entry aku...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/segmen-dimana-aku-beraya-tahun-ini.html

Tanpa Nama berkata...

Idris: jgn risau. aku layan junior dgn sebaiknya. haha..

Faizul: kna tingkatkan usaha. harap2 tahun 2 nie dpt survive. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...