Isnin, 6 Ogos 2012

Kami Bersamamu

Assalamualaikum,

Menang mudah di set pertama 21-15 namun tewas di set ke-2 & 3. Datuk Lee Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya Lin Dan dari China.



Yang nyata masing2 mempamerkan aksi2 hebat dan mendebarkan. Perlawanan yang diibaratkan bagai bertemu buku dan ruas ini nyata memberikan persembahan terbaik sehinggakan mata hanya diperoleh jika mana2 pihak melakukan sedikit kesilapan.

Aku pula sempat tengok set pertama sahaja dan set-2 hingga mata 6-8. Selepas tu aku bergegas ke surau untuk terawih. Selesai terawih seorang pakcik sempat menelefon kawannya untuk mengetahui keputusan. Namun, jawapan yang diterima mengecewakan. Aku masih tidak berpuas hati sehingga aku balik rumah dan menonton sendiri berita kat tv.


Perlawanan telah berakhir, diberitakan bahwa DLCW memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal meraih emas kali ini. Sebenarnya beliau tidak patut memohon maaf kerana beliau telah berusaha bersungguh2 walaupun akhirnya nasib tidak menyebelahi.

Tidak mengapa Datuk, you have done your best. Tahniah kepada DLCW & tahniah juga kpd Lin Dan selaku juara.



P/s: kecewa kerana ada pihak yang mengutuk DLCW. Lu pi main la kalau rasa bagus!

1 ulasan:

Unknown berkata...

yg kutuk tu cuba lah main... bagus ke tak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...