Selasa, 22 Mei 2012

Masihkah kau ingat

Assalamualaikum,



Cuaca hari ini redup. Seolah-olah mahu hujan. Aku seperti biasa, Selesai kelas aku sekitar jam 14.30 aku akan solat dahulu sebelum pulang. Namun hari ini aku singgah ke bilik pengakap, mengutip info yang barangkali baru ditampal oleh sahabat-sahabatku.

Nampaknya tiada apa yang baru. Aku berjalan menuju ke parking motor di pagar luar sekolah. Saat aku melalui bilik SPBT, aku serempak dengannya. Terus sahaja aku menegur.

"kau tak balik lagi?", sapaku.

"Aku nak balik, tapi nak ke kelas dahulu. Mahu temankan aku?"

Aku mengikut sahaja kehendaknya. Lagipun aku pun malas nak pulang awal. Jika pulang pun aku akan tidur sampai lewat petang. Kami pun mendaki tangga menuju ke kelasnya yang berada di tingkat 3. Ketika kami sampai hanya kami berdua sahaja yang ada. Kawan-kawannya semua mungkin sudah pulang.


"Apsal kau tak reti nak balik lagi?" tanyaku. Biasanya kelasnya habis jam 13.05.

"Bapakku amik lewat sikit. Ada hal. Kau pula?"

"Aku macam biasa, baru abis kelas."

Dialog kami terhenti. Dia meneruskan kerja-kerjanya. Aku pula meneliti keadaan kelasnya daripada carta organisasi, jadual kelas hinggalah ke sudut-sudut matapelajaran. Sesekali mataku melirik ke arahnya. Kadang-kala pendangan kami bertembung. Aku hanya tersenyum.

Bosan berjalan, aku mengambil kerusi lalu duduk menghadapnya. Aku mengeluarkan buku nota lalu mula membelek-belek isinya. Dia pula sibuk dengan kerjanya. Aku fikir inilah saatnya yang sesuai untuk menyatakan perkara itu. Perkara yang sudah aku simpan lama sejak pertemuan kami dahulu..................








....................................................................................










........................................................................................................











..................................................................................................................










Namun aku membatalkan hasratku. Disaat itu aku memikirkan yang kami selesa dalam kondisi begini. Aku sudah mula menyayanginya sebagai seorang sahabat. Terlalu banyak memori manis & tidak kurang juga yang pahit telah kami lalui bersama. Aku tidak mahu kehilangan memori itu jika kami pergi lebih jauh & andai ditakdirkan berpisah.

Sekurang-kurangnya aku tidak mahu kami menjadi asing antara satu sama lain. Tidak hipokrit & sentiasa menjadi diri sendiri serta bertoleransi dengan kekurangan diri masing-masing.  Hubungan persahabatan lebih sukar untuk dimusnahkan walaupun telah berpisah jauh.

"Woi!" Sergahnya.

"Huh. Kenapa?" Aku terkejut.

"Kau berangan apa? Dari tadi kau buka page yang sama je. Teringat awek ke?" Balasnya.

" Hotak kau. Nota ni buat aku jadi blur sekejap. haha. Kerja kau dah siap?"

"Belum lagi. Bapak aku sms, dia dah sampai. Jom balik. Terima kasih temankan aku."

Kami bergerak keluar bersama. Sampai di luar pagar, aku menuju ke motorku & dia ke kereta bapanya.

Cuaca masih lagi mendung.

Wassalam

4 ulasan:

Unknown berkata...

siapalah tu...

Tanpa Nama berkata...

Adalah sorang makhluk Allah tu. haha

Dkna Abza berkata...

cerita betul ke ??

Tanpa Nama berkata...

Idea drpd kisah benar. cuma ada beberapa pengubahsuaian. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...