Sabtu, 21 Januari 2012

Aku Cuba...

Assalamualaikum,


Tetiba rasa down. Down sangat2. Ok, ini bukan kali pertama. Aku rasa ini kali ke-3 kot. Manusia jika melakukan kesilapan itu adalah normal. Tetapi jika kesilapan itu dibuat berulangkali? Rasa macam b*&%h. Sememangnya aku sudah dapat merasakan. Perasaan yang sama terjadi pada hayat yang lepas. Situasi yang sama, watak sahaja berbeza.



Apakah mungkin aku terlalu mengharap? Ya, aku terlalu mengharap. Mengharap sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang seolah-olah boleh aku miliki ketika aku terlena dan akhirnya menghilang saat membuka mata. Ketika lenaku yang terakhir, beberapa hari selepas menerima khabar itu, seharusnya aku mengerti kerana rasa ini adalah sama ketika aku terjaga pada waktu itu. Rasa kehilangan.


Memang benar saat mimpi pertama itu ada kebahagiaan yang terbit disanubari, namun tidak dapat aku raikan kerana mimpi itu sekadar mimpi di siang hari. Sekadar permainan tidur bak kata ustazku. Mengecewakan kerana hadirnya ketika aku tidur selepas usai solat subuh. Ketika mimpi kedua itu juga situasinya sama. Namun perasaan itu terlalu kuat sehingga aku membuat panggilan sejurus bangkit kerana kerisauan itu terbawa seakan-akan mimpi itu benar-benar terjadi.



Persoalan itu terjawab jua akhirnya. Saat menerima khabar itu. Saat diminta untuk tidak diganggu. Saat aku dalam keadaan bermandi dosa. Khabar itu membantutkan kemungkaran. Melahirkan perasaan yang berombak. Mengalunkan keinsafan secara tiba-tiba. Menerbitkan kesedaran bahawa aku mungkin masih tidak dapat memiliki.

Begitu sukar menggapai sesuatu yang putih, tatkala tangan ini dipenuhi noda. Sejujurnya di hati sedaya upaya melawan kejahatan diri walaupun acapkali tewas atau mengalah dan tunduk. Barangkali belum tiba masanya mengejar yang putih itu. Angan mahu mencapai awan di langit tetapi kaki masih memijak lumpur.


Akhirnya aku menangis, menangis di dalam hati. Kali ini aku sudah boleh menyimpannya supaya tidak terzahir di mata manusia lain. Setelah reda tangisku aku berfikir, Tidak guna bersedih atas perkara yang masih tidak layak aku miliki. Kerana segala perkara di alam ini milikNya yang Esa. Terpulang sama ada Dia mahu meminjamkannya kepadaku atau diberi kepada orang lain.

Baiklah, lupakan kisah ini. Aku tidak mahu hal ini mengganggu revolusi diri ini.Membantutkan fikiran ke arah yang bakal ditempuhi. Semoga saja perkara-perkara yang mendatang mampu membuat aku leka daripada memikirkan hal itu. Perjalanan masih jauh, walupun tidak pasti masih bersarangkah nyawa sehingga esok.


Saatnya menimba ilmu rimba, bersiaga sentiasa agar dapat aku lindungi jiwa-jiwa yang aku sayangi termasuk jiwa yang seolah membenciku. Sesungguhnya aku tidak tahu di dalam hati setiap insan. Tetapi cukuplah kasihku menjadi azimat untuk melindungimu bila tiba waktunya.......dengan izinNya.

Wallahualam

6 ulasan:

zeehan berkata...

pe cite ni alip? Lain je bunyi.. broken heart ha?

marshaPetrelli berkata...

awat bunyi macam baru putus cinta?
chill2~
hoho..

Unknown berkata...

btl tu Mar.. lain mcm je... mcm org putus cinta...

sukacuka berkata...

aliff..ada masalah ke..sedih Man baca apa yang aliff tuliskan ini..lau ada masalah, ley kongsi..InsyAllah ley tolong..

Affan Ruslan berkata...

Entry sedih ni.
Apa2pun kita sebagai manusia perlukan ruang untuk mengadu, menangislah kepada yg Maha Esa.

dear yayah berkata...

la tahzan.. sesungguhnya Allah bersama2 kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...