Jumaat, 31 Ogos 2012

Keraguan Dalam Kemerdekaan

Assalamualaikum,

Hari Merdeka datang lagi. Alhamdulillah sudah 55 tahun negara kita bebas daripada pengaruh penjajah. Namun akhir2 ini ada suara2 sumbang yang mempertikaikan tahap kemerdekaan yang kita kecapi. Memandangkan negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara diplomatik, tanpa pertumpahan darah, tanpa perang, ramai yang mula curiga adakah Malaysia benar2 bebas.


Tidakkah kita terfikir kenapa dengan begitu mudah British memberi kemerdekaan sedangkan kebanyakan negara bergelut membebaskan diri masing2 contohnya Indonesia, Pattani (yang sehingga kini masih dijajah oleh Thailand). Apakah timbal balas yang British dapat setelah melepaskan Malaysia.

Bagi yang memikirkan hal ini sudah pasti akan mengecop kerajaan sedia ada sekarang sebagai tali barut/ boneka British sedangkan perkara tersebut tidak berlaku. Kemudian kerana ketandusan dalam mencari hero kemerdekaan, pejuang2 sayap kiri seperti komunis diangkat sebagai pejuang kemerdekaan walhal banyak kerosakkan yang mereka buat kepada orang awam yang tidak berdosa ketika mereka mengisi kekosongan kuasa selepas kekalahan Jepun.

Baiklah, aku ceritakan sedikit mengenai sejarah Tanah Melayu ni. sebelum dan selepas Malayan Union. Kembali ke sekolah!!!!

Secara perundangannya, Tanah Melayu kecuali Negeri2 Selat sebelum kedatangan Jepun, tidak pernah dijajah oleh British. Status negeri2 Melayu adalah Negeri Naungan dimana British akan menghantar Residen/Pesuruhjaya sebagai penasihat Sultan. Undang2 negeri digubal oleh majlis negeri masing2. Sultan masih diperingkat paling atas dalam pentadbiran.

Hal ini berbeza semasa penubuhan Malayan Union di mana Negeri2 Melayu ditukar status menjadi tanah jajahan dan digabungkan. Gabenor dilantik berkuasa penuh terhadap Tanah Melayu. Gabenor pula dikawal oleh Parlimen British. Undang2 digubal Parlimen British. Sultan hanya jadi ahli Majlis Raja2 yang membincangkan adat Istiadat Melayu dan Agama Islam. 


Berbalik kepada topik asal. Kenapa British bagi menerima cadangan sebuah Persekutuan menggantikan Malayan Union sekaligus membebaskan Tanah Melayu?? Inilah sebabnya..

1. British belajar daripada kekalahan Belanda di Indonesia. Kedegilan Belanda untuk memerdekakan Indonesia yang sebangsa dengan penduduk Tanah Melayu membawa kerugian besar kepada pihak Belanda. Tanah2, aset2 penjajah Belanda habis dirampas dan ada yang dimusnahkan kerana amukan penduduk Indonesia. Akhirnya Belanda balik kampung tanam jagung.

British tidak mahu perkara itu berlaku pada mereka. Sebab itulah semasa perjanjian kemerdekaan, antara syarat yang dipersetujui bersama ialah kepentingan British seperti ladang2 dan lombong2 kekal milik British. Kalau ikut konsep sekarang dorang tokey tapi sekarang kena bayar cukai kepada Kerajaaan Persekutuan. British fikir itu kira ok la daripada tak dapat apa-apa langsung.

2. Kita sedia maklum bahawa dunia ketika itu ada 2 kuasa besar, Tentera Berikat a.k.a Allied (US, British) dan Soviet a.k.a komunis (Rusia, China, Korea Utara). British tidak mahu orang Melayu menyertai Soviet sebaliknya mahu mereka berpihak pada Allied seterusnya menyekat kemaraan Komunis.

Sebab itulah Kerajaan British banyak memberikan bantuan Ketenteraan kepada Tanah Melayu supaya pengaruh komunis dapat dihapuskan. Tambahan pula, ideologi komunis yang anti-agama juga tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang Melayu seterusnya menjadikan orang Melayu berpotensi sebagai sekutu yang baik kepada Tentera Berikat amnya dan British Khasnya.

3. Orang Melayu sedia menerima sistem demokrasi menggantikan sistem Raja Berkuasa Mutlak walaupun tidak secara menyeluruh kerana masih mengekalkan Sultan sebagai Supreme Leader. British mengharapkan agar dapat menjadikan Tanah Melayu demokrasi 100% supaya boleh timbul pergolakan suatu hari nanti. Kemudian mereka akan datang semula, menjajah secara halus.

Tambahan pula, penubuhan PAS pada tahun 1951 berpotensi untuk memecah belahkan kesatuan orang Melayu yang sebelum ini sepenuhnya dibawah UMNO. Kalau difikir semula, apa rasionalnya British membenarkan sebuah Parti Islam didaftarkan dengan begitu mudah. Jika disemak balik sejarah kebangkitan pertubuhan Islam di negara lain contohnya Ikhwanul Muslimin, pertubuhan2 Islam ini ditentang hebat oleh puak kafir. tetapi bila kat Tanah Melayu senang2 je British luluskan.

Bukan mahu mempertikaikan PAS. tetapi cuba kita fikir sebabnya kalau tidak lain dan tidak bukan British masih berharap Melayu akan berpecah dan akhirnya menidakkan hak Tanah Melayu untuk merdeka kerana antara syarat untuk merdeka penduduk Tanah Melayu perlu mewujudkan perpaduan kaum. Kalau sesama bangsa sendiri pun susah bersatu apatah lagi mahu bersatu dengan kaum lain. Penubuhan PAS yang dianggap tepat pada masanya itu tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan kerana majoriti Melayu menyokong UMNO. Walau bagaimanapun perpecahan orang Melayu itu berkesan selepas Tanah Melayu merdeka.

Secara dasarnya PAS juga sudah lari jauh dari matlamat asal perjuangannya. Kalau sekarang mereka tolak bangsa padahal dulu mereka sama2 berkongsi agenda dengan UMNO iaitu membela kaum bumiputera & agama Islam. Sekarang ni lain pula jadinya. 

Ok. Off politik parti. termenyimpang pula. hehe

5. Sifat Melayu itu sendiri. Kalau masa kat sekolah dulu kita belajar orang Melayu bersikap toleransi, lemah lembut bagai sebab tu British bagi merdeka. Itu memang betul. Tapi takkan sebab tu kot. Yang sebenar-benarnya Melayu ada satu sifat yang tak ada dalam diri bangsa lain iaitu AMUK. Cuba selak2 kamus English, akan jumpa perkataan AMOK. British pinjam perkatan tu daripada kita. Mungkin AMUK yang dimaksudkan itu bukan sifat yang biasa dan eksklusif sehingga British terpaksa meminjam perkataan kita kerana dah tak tahu nak panggil apa. Ada rahsia disebalik sifat itu yang membuat British takut ataupun berwaspada.

Oleh itu, kita jangan sekali-kali mengecop pemimpin masa lalu seperti TAR, sebagai tali barut British. Memang benar semasa kita di awal2 kemerdekaan itu Malaysia lebih berpihak pada British. Tetapi itu hanyalah kerana kita terpaksa memilih sama ada memihak kepada Allied atau soviet. Jika kita meletakkan diri kita di tempat beliau, sanggupkah kita bermusuh dengan British yang sedia membantu kita disaat Komunis bermaharajalela, membunuh rakyat yang tidak berdosa. Walaupun British sebenarnya punya muslihat, namun peduli apa. Selagi negara dapat mencapai keamanan, rakyat dapat bersolat, beribadah dengan aman, itu sudah cukup.

Namun bukan selama-lamanya kita begitu, lihatlah bagaimana Tun Abdul Razak di saat pemerintahannya, beliau telah menjalinkan hubungan dengan Republik Komunis China. Satu tindakan yang belum pernah dibuat oleh mana2 negara komanwel. Tindakan itu menjadi satu jambatan penting kearah negara yang berkecuali.

Kemudian kesinambungan hubungan Malaysia dengan negara2 komunis disambung oleh Tun Hussein Onn. Kita sudah berjaya ke arah menuju hala tuju sendiri. Kita bebas berdagang dengan mana2 negara yang kita mahu tidak kira ideologi, fahaman & pegangan.

Akhirnya, kita dikukuhkan oleh Tun Dr. Mahathir dimana kita dengan lantang menyatakan pendirian kita. Kita juga mampu menggegar sidang PBB mengkritik negara2 besar tanpa rasa gentar. Bertunjangkan slogan Malaysia Boleh, kita mampu mencipta sejarah. Jika dahulu masyarakat dunia tidak mengenal Malaysia, sekarang pergi sahaja ke mana2, sebut sahaja Malaysia, kita akan dipandang tinggi.

Alhamdulillah, dengan izinNya kita juga mampu menangkis segala macam dugaan. Ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi. Tatkala negara2 lain terpedaya dengan bantuan kewangan daripada bank dunia walhal bantuan itu ada imbalannya, kita mampu mengatakan tidak seterusnya berjaya menghadapi saat2 sukar kegawatan ekonomi.

Kesimpulannya, kita hendaklah menghargai sejarah, hayati dan fahamilah kerana sesiapa yang melupakan sejarah, sudah pasti akan mengulanginya.


Salam Lebaran Salam Merdeka

Wassalam


2 ulasan:

Unknown berkata...

hebat btl kau berkitan ilmu sejarah kemerdekaan Malaysia ni...

aku lebih suka kpd pimpinan tun dr mahadhir... cara pimpinan beliau tak ada pada PM sekrang...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/kenalilah-bapa-anda.html

Tanpa Nama berkata...

dengan itu meraka menjajah dengan perang psychology\perang saraf otak dan pemikiran,melayu yang beragama islam hanya pada nama ramai yang lalai tentang ini,memakai jubah di pasar lebih pelik dri memakai seluar pendek,itulah yang meraka mahu sedikit dan sedikit,dan mereka mengambil semua sejarah melayu dan letak di setiap negara luar tanah melayu saya harap anak melayu carilah siapakah melayu ini,hang tuah kita anggap mitos dan jebat sebagai pendehaka adakah benar??fikirkan2 mereka bekawan dari kecil,sanggup kah mereka membunuh sesama saudara fikir2kan sejarah melayu di putarbelitkan wasiat orang2 melayu semua merada di luar tanah melayu adakah ini yang kita mahu???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...