Selasa, 7 Ogos 2012

Nasi Kandar Percuma!! Sape Nak?

Assalamualaikum



Ia bukan sekadar hidangan percuma yang dinikmati oleh ribuan orang yang berpusu-pusu ke Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar, tetapi ia juga satu cara bagi mereka untuk meraikan prestasi cemerlang Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik London 2012.

Set makan malam lazat, yang dijanjikan oleh pemilik restoran Burhan Mohamed adalah kemuncak kemenangan apabila ramai orang beratur di sekeliling blok bangunan restoran untuk menunggu nasi briyani kukus, ayam rendang, telur dan minuman kordial oren dihidangkan.




Burhan berkata beliau amat berbangga dengan prestasi Lee dalam perlawanan badminton peringkat akhir yang mendebarkan menentang pemain nombor satu dunia dari China Lin Dan, yang membawa pulang emas Olimpik buat kali kedua.


"Saya fikir Chong Wei benar-benar telah melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan dia masih lagi wira negara yang boleh dibanggakan," katanya, sambil menambah bahawa semua cawangan beliau penuh sesak dengan pelanggan-pelanggan yang menonton perlawanan pada malam Ahad.


Beliau pada mulanya mengumumkan minggu lalu akan mengadakan majlis makan malam percuma pada hari Isnin pukul 7.00 petang hingga 10.00 malam jika Lee merangkul emas.


Bagaimanapun, beliau mengubah fikiran kerana beliau kagum dengan prestasi cekal Lee yang telah melakukan yang terbaik walaupun mengalami kecederaan buku lali di Piala Thomas pada Mei.


Harapan Malaysia telah disematkan pada Lee untuk membawa pulang emas pertama Olimpik sejak negara mengambil bahagian dalam acara ini pada tahun 1956 tetapi tidak menjadi.


Sumber


4 ulasan:

Nadia Elena berkata...

fuiyoo baiknya dia..
untung la sape duk penang..
budak johor telan air liur je.. =P

Tanpa Nama berkata...

tu la..xpe. yg penting semangat olimpik. hehe

Unknown berkata...

kat johor tak de ke nak bg makanan free ni...

Hirdayu Rahmat berkata...

oh iye ? bagus lah... sambil bersedekah lagi....

baru kita tau, bila malaysians bersatu... kan indah suasana nya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...