Khamis, 5 Januari 2012

Adakah Kita Ikhlas?

Assalamualaikum,

Satu subjek sudah selesai, ada lagi lima menanti. Paling dekat ialah Kimia Am. Kepala sudah pening membaca nota profesor2 berwibawa namun tetap juga aku teruskan. ceh..bajet rajin. Akhirnya aku terhenti di sini....

Sempat juga aku mentelaah facebook & blog2 yang aku ikuti. Bermula kes demo kat UPSI **dorang ni tak de exam ke??? hingga ke isu pelajar cemerlang SPM Nur Amalina.



Keadaan alam maya ini huru-hara seketika laksana negeri digempur geroda hingga padang jarak padang tekukur  jadinya. Ok..aku dah mula merepek =.=!. Kecoh pasal Si Amalina yang dengar2nya dah menyimpang, buka tudung pakai tak senonoh & bersosial sampai fail exam.



Aku pada mulanya tak nak sentuh bab dia sebab takut2 benda tu jadi fitnah pula. Tup tup keluar videonya yang memang menunjukkan dia ni memang freehair segala bagai. Part paling bestnya berita pasal pemakaian beliau memang dah terbukti, tapi menurut beliau, beliau masih meneruskan pelajaran dengan jayanya.

Jadi banyak la puak2 duk kutuk2 dia. Aku pun tak boleh nak salahkan dorang. Barangkali geram dengan statement yang beliau & mak beliau keluarkan.

Pada aku, korang sibuk sangat ni kenapa? kecewa? Sakit hati sebab orang yang jadi Ikon tu jadi macam tu? Hey, dia memang macam tu kot sejak sekolah lagi. **mak dia yang cakap ^__^ Pakai tudung sebab peraturan sekolah. Apa nak disesalkan, dia memang macam tu. Hanya kerana dia dapat result GEMPAK. Result tu Allah yang bagi, dia tu manusia biasa macam kita juga.

Aku rasa ramai je wanita2 Islam yang berjaya tapi freehair, contohnya Zeti Aziz (gabenor bank Negara). Korang tak de plak kutuk2, mentang2 la dia keje cop duit. hehe..

Aku bukan nak backup si Amalina ni. Tapi dah ramai kutuk2 dia kaw2 punya aku nak tanya, korang buat benda2 ni atas dasar apa?



Ok akan ada yang kata nak kasi beliau berubah, jadi pengajaran kepada yang lain..blah2... tapi aku rasa cara tak kena. Aku nak tanya korang sebagai umat Islam ada tak korang sebut nama2 orang2 yang tak betul ni dalam doa korang di setiap tahajud korang, supaya mereka ni kembali ke pangkal jalan, supaya mereka berubah ke arah yang lebih baik?

Rata2 lebih suka menghina. Bila artikel pertama keluar pasal beliau, wah bukan main lagi keluar segala caci nista walaupun berita tu tak pasti lagi kebenarannya. Sekarang bila beliau keluarkan kenyataan, tak tahu la macamana reaksi korang.


Kita ni manusia juga. Masing2 ada kelemahan. Memang beliau pakai tak elok tapi sekurang-kurangnya beliau ada juga sumbangan terhadap negara. Kita ada? Malas belajar, harap bantuan kerajaan, paling best buat demo yang aku tak pasti matlamatnya.

Kita sibuk2 kutuk2, beliau free2 dapat pahala. Tegurlah dengan cara berhikmah. Kalau tak sia2 je amalan kita duk bagi kat orang. Lainlah kalau memang itu niat korang.



Baiklah, aku menulis bukan nak backup orang2 macam ni, secara jujurnya aku pun tak suka tapi hak mereka untuk terima teguran bukan kutukan. Jadi tegurlah secara berhikmah, kalau tak mampu kita doakanlah mereka supaya menjadi muslim yang baik.

Akhir sekali, ikhlaskanlah hati kita untuk menyebarkan kalam Allah. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang...

BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN
SERTA BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN


Wallahualam.

7 ulasan:

Unknown berkata...

ni lah gamaknye bila PAWAKA DAKSINA dah bersuara...

mula2 aq ingt ni fitnah tp btl rupanya... klu da btl x lah fitnah sngt...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/wordless-wednesday-01.html

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/kontroversi-awal-tahun-2012.html

Unknown berkata...

hahahaha. dia bukan setakat free hair je. padahal kan dia tuh contoh. lepas tuh gambar kat fb dia memang sexy. siap legging jarang tuh. posing maut tuh. tuh yang budak2 macam bengang jek. dahla dia jadi contoh. nanti budak2 betah kata eleh amalina sexy2 boleh je. pandai je. peribadi seseorang kan lambang seseorang tuh. so, budak2 taknak lah dia jadi contoh tak baik. sebab dia well-known tuh. bawak peribadi seorang muslim, malaysian. buat malu la der. haha. pasal video tuh cukup membuktikan yang gambar2 tuh semua bukan edit. sebab kan ader blog yg cakap ni semua gambar edit. sekali dah tgk dia buat video tuh, lagilah terbukti memang dia. sekian.;)

Milo berkata...

Budak genius(akademik) tu.

zeehan berkata...

at least Amalina ni insyaAllah dah berjaya kat dunia. Kita ni kat dunia pun belum, kat akhirat apetah lagi. Aku pernah jumpa Amalina dgn mak dia, Pn. Sabariah depan2. dua-dua tak berlagak ke ape. tapi ada yang setakat baru masuk Matrik dah berlagak. Amalina yang orang duk kutuk2 tu makin banyak pahala dia bila orang kutuk dia. Hati ni Allah yg pegang. kalau Allah nak bagi dia hidayah any time je boleh. contohnya sham kamikaze,yusuf Islam (cat stevens). Aku ada baca yg diorang duk sibuk2 pasal Amalina ni sebab ada yg tak puas hati tak dapat scholarship.

idris bin hasyin berkata...

ikhlas kah ku menkritik kerana Allah?

Tanpa Nama berkata...

Aku tak kata ko idris. Aku tulis utk orang yg macam bagus. Bila dorang kutuk dengan kata2 kesat, adakah itu kerana Allah?

idris bin hasyin berkata...

weh, aku cuma tlong ko spesifikkan tajuk la... hee... post ni muhasabah utk aku skali...

tq lip...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...