Ahad, 4 November 2012

Hujan....

Assalamualaikum,

Akhir-akhir ni selalu hujan je kat area Kajang nie. Asal nak jogging petang2 mesti terbantut. Nak jogging pagi, tak dan dengan kelas lagi. Akhirnya jadilah aku seperti ayam ternak kat bilik. Kena fikir alternatif untuk gain back stamina & strength lagi2 dah nak masuk training cuti midsem nie. Karang ada yang muntah hijau bila training. Malu wey..




Hujan.. memberi seribu satu erti yang berbeza kepada manusia yang berlainan. Seperti aku, hujan ni kebiasaannya membangkitkan nostalgia silam aku semasa zaman sekolah & matrik. Kadang2 hujan juga membuat aku seperti seolah-olah aku pernah berada di sesuatu tempat atau kejadian yang berlaku ketika itu dalam ertikata lain, Dejavu.

Banyak kenangan yang aku fikir manis untuk dikenang bila time hujan. Kebiasaannya memori tu lebih bersifat melankolik. Salah satu memori yang banyak kali singgah kat kepala aku adalah memori dengan dia.

Jangan silap anggap pula, dia tu bukan awek mahupun kekasih tapi dia itu merupakan seorang sahabat. Sahabat yang baik. Mungkin terlalu baik pada hemat aku. Kami selalu berkongsi masalah walaupun aku rasa dia la yang paling banyak bercerita masalahnya berbanding aku. Semestinya aku takkan mention kat sini benda2 yang kami kongsi.

 Nak kata kami rapat pun, rasanya takde la rapat mana pun. Maksudku, kami tidaklah seperti belangkas kehulu kehilir 24jam. Tetapi kami selalu berhubung. (yela, apa guna handset).


Tapi sejak masuk U ni kami da tak serapat dulu. Mungkin masing2 sibuk. Tak sempat nak berhubung seperti dulu lagi. Mungkin juga keperluan untuk berhubung kurang. Tambahan pula masing2 susah dapat cuti & tercampak jauh2. Dia di timur & aku di barat.

Sekali sekala aku stalk fb (for make sure that everything is fine). Mungkin dia buat perkara sama. Atau mungkin aku sorang je yang buat macam tu...............

Sebagai sahabat aku mendoakan yang terbaik untuk dia. Rasanya itu sudah cukup.

Wassalam.


2 ulasan:

Unknown berkata...

siapakah dia yg ko maksudkan?? sangsi aku mcm ni...

Tanpa Nama berkata...

hehe.. rahsia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...