Rabu, 29 Jun 2011

Salam Isra' & Mikraj

Assalamualaikum,




Salam Isra' & Mikraj kepada semua umat muslimin & muslimat sekalian. Seperti yang kita ketahui tarikh hari  ini Rasulullah telah dibawa ke Masjidil Al-Aqsa dari Baitullah. Dari sana baginda diangkat ke arasy untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Pada ketika itu ibadah solat 5 waktu telah difardukan kepada kita.

Bercerita mengenai solat, terdapat beberapa peristiwa yang dapat memberi pengajaran akan pentingnya solat dalam kehidupan umat Islam. Terus terang aku juga kadang2 terasa berat untuk melakukan solat. Mungkin hasutan syaitan itu amatlah hebat atau iman aku masih lemah. Namun sama2lah kita berusaha untuk meningkatkan takwa kepadanya. Inshallah.




Menyingkap peristiwa isra' iaitu ketika Rasulullah pergi ke Masjidil al-Aqsa, baginda ditemani Jibril &  Israfil. Baginda telah menyaksikan banyak peristiwa2 ajaib. Antaranya ialah sekumpulan orang yang memecahkan kepala mereka kemudian kepala mereka kembali pulih. Selepas itu mereka memecahkan kembali kepala mereka dan perkara tersebut berlaku berulang2. Jibril memberitahu itu adalah balasan orang yang berat melakukan solat. Mashallah.

Menggigil aku bila sampai bab ni. Walaupun setiap tahun aku dengar kat ceramah2 di surau, hati aku masih bergetar. Dalam fikiran aku, itu baru lengah2. Macamana agaknya balasan kalau tinggal terus. Mesti lebih dasyat. Aku ada dengar ceramah, ustaz tu cakap kunci syurga itu adalah solat & solat ialah perkara pertama yang disemak. kalau solat lepas inshallah yang lain2 lepas. Abis tu kalau dah part tu sangkut memang takkan dapat punya kunci syurga tu. Ya Allah, takutnya aku.



Sememangnya trend anak muda sekarang tidur lewat malam. Ada yang lepak kat luar sampai 2-3 pagi. Subuh entah ke mana, tahajud tak payah cerita la. Aku pun dalam golongan yang sama cuma lepak tu jarang. Aku jenis duduk rumah. Aku kalau tido lewat kompom bangun subuh kena orang yang kejutkan. Setiap kali subuh ada je tukang kejut. Bila di rumah, mak aku. Bila masuk kolej aku takut gila tertinggal subuh. Nasib baik ada ustaz Fazli jadi pengganti mak aku. Rajin btol hari2 ketuk bilik aku. Allah amat menyayangi aku, hambaNya yang hina ini. Sekarang aku dah letak keyakinan bahawa jika kita ada niat, Allah pasti akan beri kemudahan.

Sekarang aku dah duduk rumah. Aku harap kat universiti nanti akan ditakdirkan aku berjumpa orang2 yang baik2 atau sekurang2nya boleh jadi tukang kejut. hehe..



Sekian, Salam Isra' Mikraj.

Wassalam

Paleolitik Hanya Mitos

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.
Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.
Akan tetapi, artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya – masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.
Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:


Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.
Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.
Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.


Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.


Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.
Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.


Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.


Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.


Kenderaan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui

Sumber:

1. http://apod.nasa.gov/apod/ap021016.html
2. http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=antikythera-mechanism-eclipse-olympics
3. http://www.world-mysteries.com/sar_11.htm
4. http://www.pureinsight.org/node/1811
5. http://clearharmony.net/articles/200407/20619.html
6. http://www.eridu.co.uk/Author/Indexed_Quotations/Helicopter/helicopter.html
7. http://books.google.com.my/books?id=n-0DAAAAMBAJ&pg=PA5&lpg=PA5&dq=ancient+artificial+heart+egypt&source=bl&ots=Z_Xan4Ir86&sig=wCzRzty8aVrmXNTUM1sREKONlhI&hl=en&ei=kwAKTp2DOo7PrQeA44GeDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CBwQ6AEwAA#v=onepage&q=ancient%20artificial%20heart%20egypt&f=false

Isnin, 27 Jun 2011

Wawasan 2020 dan Israel 2020



Tiada perkara yang paling mengecewakan apabila mengetahui bahawa dasar yang dibentuk oleh kerajaan Malaysia kelihatan hampir sama dengan dasar yang dibentuk oleh Israel khususnya dalam kaedah meningkatkan kemajuan negara.

Artikel ini merujuk kepada dasar yang dibentuk kerajaan Israel pada 1990-an dahulu iaitu Israel 2020 dan melihat bagaimanakah ia boleh sama pula dengan dasar Wawasan 2020. Adakah ia secara kebetulan?

Wawasan 2020

Dasar ini mula Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdikari, progresif dan berdaya saing.

Dasar ini mempunyai rangka strategi yang kukuh dan amat kehadapan dalam perancangannya. Wawasan 2020 yang kita sentiasa sebut itu diperkenalkan melalui satu teks ucapan Tun Mahathir Mohamed yang bertajuk “Malaysia: The Way Forward”.

Ucapan pertama Wawasan 2020 ini telah didengarkan pada Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur.

Tun Mahathir memulakan ucapannya memperkenalkan wawasan 2020 dengan berkata …
“Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan kepada tuan-tuan beberapa pandangan tentang arah masa depan negara kita dan bagaimana kita patut berusaha mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi Negara Perindustrian.”
Latar Belakang Israel 2020
Israel 2020 adalah suatu “master plan” yang telah pun dirangka sejak tahun 1948 oleh beberapa orang ahli politik dan ekonomi Israel. Namun begitu, perancangan yang rapi dan teratur hanya dilancarkan secara rasmi pada 1990 di mana 180 profesional telah terlibat dalam “master plan” tersebut.

Plan dasar “Israel 2020″ yang dirancang pada 1948-1951 diketuai oleh seorang jurutera bernama Arieh Sharon yang ketika itu populasi Israel hanya sekitar 800,000 orang. Pada 1990, mastermind bagi dasar “Israel 2020″ telah diganti dengan Prof. Adam Mazor yang bergerak bersama 150 orang profesional dari pelbagai latar belakang.

Kertas kerja pertama “Israel 2020″ yang disiapkan oleh Prof. Adam Mazor telah dihantar kepada 13 agensi dan jabatan kerajaan;
  1. Pejabat Perdana Menteri
  2. Kementerian Dalaman
  3. Kementerian Perumahan & Pembinaan
  4. Kementerian Pertahanan
  5. Kementerian Kewangan
  6. Kementerian Pertanian
  7. Kementerian Pendidikan
  8. Kementerian Persekitaran
  9. Kementerian Pengangkutan
  10. Kementerian Tenaga dan Infrastruktur
  11. Agensi-agensi pertubuhan Yahudi
  12. Suruhanjaya Air Israel
  13. Penguasa Tanah Israel
Kesemua kementerian dan agensi-agensi di atas telah menerima kertas kerja “Israel 2020″ untuk dilaksanakan. Ianya amat berbeza sekali dengan Malaysia, kertas kerja adalah dari Perdana Menteri Tun Mahathir, namun bagi negara Israel, institut penyelidikan bukan kerajaan kelihatan amat berperanan dalam menentukan dasar kerajaan Israel.

Matlamat Akhir Israel 2020

Berdasarkan penelitian kami, matlamat akhir Israel 2020 lebih bertumpu kepada penstrukturan semula masyarakat Yahudi melalui perpindahan ke penempatan-penempatan baru yang dirancang. Walaupun dalam kertas kerjanya lebih memberatkan ke arah pembangunan ekonomi Israel tetapi laporan akhir dari wartawan Arik Mirovisky menunjukkan matlamat mereka adalah sebaliknya.

Pada 12 Jun 2009, akbar Haaretz melaporkan target master plan yang dibina pada 1990 iaitu Israel 2020 masih tidak mencapai objektif. Hanya sebahagian fasa sahaja yang dapat disiapkan. Menurut laporan itu lagi, lanjutan tempoh kepada tahun 2050 seperti yang dicadangkan tahun 1990 pada kertas kerja yang sama harus diteliti semula.

Fakta konspirasi antara Israel 2020 dan Wawasan 2020

Untuk mengandaikan Wawasan 2020 sebagai dasar yang bersangkutan dengan dasar Israel 2020 adalah agak sukar kerana terdapat beberapa kekurangan fakta-fakta intuitif. Fakta intuitif adalah fakta-fakta yang bergerak di antara tingkah laku kepimpinan kerajaan Malaysia dan Israel di dalam lingkungan era 1985 hingga 1992.

Kekurangan fakta ini menyukarkan untuk membina teori khusus berkaitan konspirasi Wawasan 2020. Kemampuan yang ada hanyalah untuk membentuk teori-teori rambang yang belum tentu mempunyai keesahan (realibility) dalam ‘jangkaan’.

Setelah meneliti dan memahami serba sedikit tentang objektif bagi kedua-dua dasar, sekarang perlu bagi kita melihat apakah fakta-fakta yang relevan yang boleh dikeluarkan dari kedua-dua dasar bagi membuat suatu teori konspirasi.

#Fakta 1 : Angka 2020 yang digunakan Tun Mahathir Mohamed.

Persoalan kebetulan tidak boleh ditimbulkan di sini, Tun Mahathir bebas memilih angka lain dan terdapat berbilion-bilion kombinasi angka yang boleh digunakan. Oleh itu, mengapa Tun Mahathir memilih angka 2020 amatlah mencurigkan walaupun tiada bukti untuk mengatakan beliau telah berunding atau diarah atau digertak atau apa-apa sahaja.

Namun begitu, persoalan angka 2020 yang dipilih bertepatan dengan Israel 2020 teramat merungsingkan. Kami menyerahkan kebijaksanaan para pembaca untuk membuat konklusi, penyelidikan atau apa sahaja yang dirasakan perlu bagi merungkai “mengapa 2020?”

#Fakta 2 : Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020

Sesuatu yang mencurigakan ialah Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020 diperkenalkan. Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991 manakala Israel 2020 dilancarkan pada 1990. Walaupun tiada tanda-tanda orang Israel datang ke Malaysia untuk mendesak Tun Mahathir tetapi selang masa tahun itu sudah memadai untuk menimbulkan kecurigaan.

Selain Malaysia, negara-negara lain yang disyaki meniru Israel 2020 ialah Indonesia iaitu dengan memakai visi Indonesia Emas 2020. IE2020 dikatakan mampu membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Indonesia menjelang 2020.

#Fakta 3 : Pertemuan sulit Tun Mahathir dan Yitzak Rabin

Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya sendiri dalam satu wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 2004 di Kuala Lumpur

Walaupun pertemuan ini disahkan Tun Mahathir sendiri tetapi ia masih kabur dalam mencari keberkaitan konspirasi Wawasan ini.

#Fakta 4 : Perbincangan sulit Tun Mahathir dan Dr. Henry Kissenger

Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai“Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Allahyarham Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Walaupun fakta-fakta di atas kelihatan kukuh tetapi masih ada ruang-ruang lingkup yang tidak menguatkan fakta tersebut untuk dikaitkan dengan konspirasi Wawasan 2020.

Lanjutan Tempoh Wawasan 2020 Yang Mencurigakan

Sekarang terdapat ura-ura bahawa wawasan 2020 perlu dilanjutkan ke tempoh 2050. Jika tahun 2050 dipilih dan diisytihar sekali lagi sebagai pengganti Wawasan 2020, maka sahlah, dasar Wawasan 2020 meniru dasar Israel 2020.

Ini kerana, pada kertas kerja Prof Adam Mazor terbitan bersama Samuel Neamen Institute dan Israel Institute of Techonology telah tercatat suatu pernyataan iaitu;
“A corner stone within this context is the continuation of the Israel 2020, within the framework of the S.Neaman Institute, into its second phase, for the second jubilee of Israel, with an extended horizon to the year 2050.”
Sebagai penyelidik konspirasi, kami lebih cenderung untuk mengatakan dasar Wawasan 2020 adalah meniru dasar Israel 2020 kerana angka 2050 telah pun disebut pada tahun 2 Ogos 1991 di dalam sidang Dewan Negara. Apakah ia satu kebetulan?

Angka 2050 telah pun disebut oleh Tuan Adam Bin Kadir (yang ketika itu mempengerusikan Dewan Negara).

Ketika itu, Tuan Adam bin Kadir memperbetulkan ayat Puan Ainon binti Ariffin;
Pn Ainon binti Ariffin : “Saya rasa dalam perkara ini, Tuan Yang Dipertua, ada sedikit silap faham dariapda rakyat kita ini. Apabila dulu Perdana Menteri (Mahathir Mohamed) mengisytiharkan kita inginkan 70 juta dalam masa tahun 2000 kalau saya tidak salah …..”
Tuan Adam Bin Kadir : “…70 juta. Saya rasa tahun 2050″ (Tuan Adam mencelah ucapan Pn Ainon)
Kesimpulan

Walaupun terdapat fakta-fakta yang kelihatan amat kukuh untuk mengaitkan Wawasan 2020 dan Israel 2020, namun beberapa kajian mendalam harus lagi dilakukan untuk mengesahkan konspirasi Wawasan 2020 ini.

Kita juga mungkin agak sukar melihat secara mendalam segala perancangan Yahudi Zionis terhadap seluruh negara Islam. Namun berdasarkan fakta yang hanya ’secebis’ ini, diharap dapat membantu peminat-peminat dunia konspirasi membuat kajian yang lebih menyeluruh.

Tiada siapa yang boleh mengatakan konspirasi Wawasan 2020 ini tepat kerana ia mengikut penilaian individu dan gaya interpretasi fakta masing-masing dalam membenarkan sesuatu perkara.

Sebagai rakyat Malaysia, kami berharap dasar Wawasan 2020 bukanlah dasar yang diadaptasi dari dasar Israel 2020 walaupun ianya kelihatan mencurigakan. Jika benarlah ia suatu dasar konspirasi atau dasar yang ditiru dari Israel, maka amatlah mendukacita lagi mengecewakan.

sememangnya teori ini agak mengelirukan..kerana sejak dahulu hingga sekarang tun merupakan satu-satunya tokoh pemimpin dunia yang berani mendedahkan secara terang-terangan berkenaan dasar rejim zionis dan sekutunya dalam mesyuarat2 besar peringkat global...

mungkinkah beliau sudah mendapat ilham drpd sesaper atau dripd mana2 yg 2020/2050 itu sebenarnya tahun kehancuran umat yahudi itu berdasarkan janji2 Allah ???bukan tahun kemuncak mereka...

dan mereka pula dihancurkan pula oleh tentera Islam yg mengikut beberapa teori konspirasi dan kebangkitan Islam akhir zaman adalah dimulakan oleh bangsa daripada timur atau lebih spesifik bangsa Melayu sebelum disertai umat Islam seluruh dunia ???
adakah tun sendiri telah menandakan satu tarikh untuk umat melayu Islam itu bangkit menjadi kuasa dunia menewaskan rejim ini dan memimpin dunia Islam ???bergabung dengan Imam Mahdi ???

Nota kaki: Seperkara lagi, terdapat cakap2 yang mengatakan Tun menyimpan surat wasiat tetapi tak pasti samada di KLCC atau Putrajaya yang hanya akan dibuka dan dibaca pada tahun 2020. Sekali lagi ini sekadar teori sahaja. Terpulang pada anda untuk menilai kesahihannya.

wallahualam...

Jack Sparrow, Lanun Melayu??!!

Assalamualaikum,

Sebenarnnya aku tak berapa minat tengok pirate of carribean ni. Tapi entah macamana aku terjumpa satu forum mengenai Jack Sparrow, protagonis filem ni adalah berbangsa Melayu.



senjata silam Melayu dipanggil "Terakol" menjadi popular setelah dipakai oleh Captain Jack Sparrow dalam filem "Pirates of Carribean"






Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.
Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

teknologi "flintlock" yang dicipta oleh dunia barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.







mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah Melayu.. lagenda lanun melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy"



ada dekat 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini di dalam simpanan kerajaan penjajah British

~ Captain John Davie (Captain of the Curse Regiment) = Captain Davvy Jones
~ 19th Regiments mutinied against British = Seacrew of Black Pearl mutinied
~ 3 Malay Pirates Hang in Queen Dock London = 3 Pirate hang on Pirate of Carrebean I
~ Curse Regiments merampas kapal Royal Navy = Jack Sparrow merampas kapal Royal Navy

19th Malay Regiments of British Royal Navy yang dianggotai olah 340 orang angkatan bersenjata (340 brothers in armed) pada kurun ke 19 (sometime in 1800) iaitu lama sebelum Francis Light dan Stamford Raffles jejak kaki ke Tanah Melayu lagi...

















19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum ini.. atas sebab keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yg mereka miliki (ilmu kebal,ilmu batin, boleh hilang2.. boleh menyelam 4,5 jam dan segala ilmu2 pelik).. mereka diberi ampun dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat salleh bernama Captain John Davie (Davvy Jones???).. nak buat cerita konon fiksyen la apsal nama cam dekat2 je ni.. bilangan orang pun sama.. ini hollywood dah kantoi nih!






Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny (term bg "pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India, mengakibatkan kemusnahan harta dan nyawa di kalangan British yang ramai....






Mereka telah merampas 12 kapal laut Royal Navy.. dan.. belayar, mereka berpecah ke Britain.. laut arab.. dan Amerika

Selepas itu.. dari tahun 1813 sehingga tahun 1842... saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain.. sehinggakan.. terdapat beberape kes amukan lanun melayu di Queen Dock London







Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga... diambil oleh Napolean Bonaparte berperang melawan British...






Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments".. bourne to sails at sea in eternity...

"Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan... tapi... pilihan...

These Cursed Regiments.. selepas mutinied against British India...diaorang tak boleh balik kampung halaman.. sebab orang kampung, pembesar dan sultan.. akan bunuh atau hukum dorang sebab 'berkerja' dengan penjajah = dalam erti kate lain.. orang kampung akan pandang diaorang macam Pembelot Negara


...
entah hidup lagi ke tidak diaorang ni semua pun tatau la.. tapi memang salah satu dari lipatan sejarah orang Melayu yang amat hitam, kerja dengan penjajah British dan Napolean Bonaparte lawan balik penjajah British... dia tak pernah setia kepada sesiapapun sesuka hati dia je.. sebab tu orang melayu kalau kata perkataan "lanun" adalah juga bermaksud membuat benda sesuka hati dia je tak ikut peraturan.




tiada siapa pun suka "Captain Jack Sparrow"..
raja-raja melayu pun tak suka, british pun tak suka.. memang lanun betul
asyik kena sumpahan orang je dia ni.



Preview sikit dengan gambar kapal ni. Agak2 macam sama tak corak pada badan kedua2 kapal???






Black Pearl




gambar kapal di Candi Borobudur


Sumber: http://forum.lowyat.net/topic/1691320


Waallahualam

Jumaat, 24 Jun 2011

Kenapa Mesti Jawa???!!!!!

Assalamualaikum,



Aku mula perasan penerbit2 filem2 di Malaysia ni semakin suka buat filem seram. Aku secara peribadinya tak kisah pun dorang nak buat cerita apa pun. Tapi yang tak manisnya diselitkan juga bomoh2 Jawa. Persoalannya Kenapa mesti pakai bomoh jawa!!!!

Aku bukan nak backup Jawa. Ok, aku mengaku aku orang Jawa walaupun tak berapa pandai cakap jawa. Tapi nampak sangat hampir semua filem2 yang ada bomoh mesti tunjuk yang kepala setannya Jawa seolah2 keturunan kami ni hanya pandai benda2 syirik tu saje.

Trend ini aku tengok dah semakin meresap kat minda masyarakat kita hari ni. Asal jawa je bomoh. Orang pakai ketayap pun dah dicap pawang. Orang Melayu yang bersongkok pun ada yang syirik.



Kita dimomokkan dengan sindrom ni sehingga kita lupa bahawa daripada kalangan Jawa berbaris nama2 pejuang, pendakwah Islam. Paling terkenal ialah Wali Songo di Pulau Jawa. Selain tu, area2 Johor & Selangor juga ramai tokoh2 berketurunan Jawa.

Tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal tu. Aku sedang membuat beberapa pembacaan tentang sejarah Johor. Inshallah, aku akan kongsikan bersama korang sedikit masa lagi.

Wassalam

Tahniah Malaysia!!!!

Assalamualaikum,



Tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana menang 2-1 ke atas Lubnan. Kemenangan ni diharap dapat meningkatkan semangat & prestasi pasukan. Kemenangan yang diraih bukan mudah buat skuad Harimau Malaya. Dengan tidak membawa sebarang bekalan semasa perlawanan di Lubnan, kita telah melalui saat2  yang paling genting dengan percubaan2 berbahaya yang dilakukan skuad Asia Barat.

Permulaan yang baik buat skuad kita apabila menjaringkan gol sulung di minit 9. Jaringan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat pasukan.

Namun, kita juga nampaknya kerap melakukan kesilapan seperti menunggu bola untuk datang, kurang komunikasi antara pemain, ada yang macam nak main sorang seperti di minit 30 ketika Wan Zack Haikal melakukan serangan namun tersasar. Tetapi di minit 41 Wan Zack Haikal mencipta gol kedua hasil hantaran Gary Steven Robert.

Bila Gary kena kad merah masa tu paling tertekan. Mana taknya ketika Lubnan semakin mengasak kita kurang sorang pemain. Memang Psycho gila. Dari sudut kamera yang dipamerkan pemain Lubnan tu tersadung sendiri. Tapi nampak macam Gary tolak.

Pemain Lubnan juga hebat dalam lakonan kerana asyik jatuh walaupun tak kena takle. Hasilnya, Haidar dapat kad kuning sebab dive kat kotak penalti Malaysia.

Keseluruhannya skuad Harimau Malaya memang HEBAT!!! Jadi, kepada pengutuk2 bola kat luar sana tolong buka mata & hati korang. Kalau rasa bagus sangat boleh citer kat padang la.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Wassalam

Rabu, 22 Jun 2011

Pesawat Singapura Cabul Udara Malaysia

Assalamualaikum,
Pasang kat sekitar Selat Tebrau

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak tahun 2008, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut oleh pesawat udara republik itu.
Menurutnya setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau dengan menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga kelengkapan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.
Lagi berita di SINI
Kasi Tembak Saja. tak payah cer banyak

Apa cer ni?!! Sesedap makcik dia je masuk negara orang. Pada aku ni satu tindakan provokasi yang patut dibendung. Dah berapa kali kena cabul. Pihak berkaitan perlu melakukan sesuatu. Solusinya TEMBAK SAJA SAMPAH ITU. Malaysia sepatutnya memasang sistem kawalan udara yang terkini atau sekurang2nya mampu mengesan kehadiran sampah2 jiran sebelah ni. takkan nak tunggu JB hancur baru terhegeh2 kot.

Contohi Indonesia. Sekat terus!!

Assalamualaikum,



Catatan kali ni nak cerita pasal blue. Sape kat sini yang tak pernah tengok blue? kalau laki paling kurang pun sekali seumur hidup. Btol tak? tak payah kencing la.

Soalnya kenapa boleh jadi macam tu. Aku pernah pi kafe siber dulu la. Masa tengah main game aku ternampak budak kecik lebih kurang darjah 4-5 tengok blue kat internet. Memang kena marah la dengan aku. Isy2, kecik2 da pandai.

Aku rasa internet kat Malaysia ni terlalu open sangat. Kenapa tak disekat laman2 web berunsur porno? Line sekolah boleh je block. Sampai yang tak sepatutnya disekat pun dorang sekat juga. Ke ada pak2 YB yang layan.




Rakyat dah penat2 pangkah tu buat la keje. Kami ni bukan je nak pembangunan fizikal sahaja. Modal insan pun perlu dibina juga. Kuasa ada kat tangan. Sepatutnya ahli2 parlimen ni tak kira parti cap keris mahupun bulan duduk sama2 berbincang macamana nak tingkatkan kualiti insaniah orang Malaysia ni. Bukannya duduk menjaja aib orang, fitnah orang. Bukan tu yang kami nak.

YB2 kat Malaysia ni sewajibnya menggubal undang2 dengan lebih tegas lagi. Usah dilayan pihak2 yang menyalak2 mengenai hak asasi, kebebasan & macam2 terma yang nampak bombastik. Dorang semua aku rasa gila seks. Rakyat seharusnya mempunyai hak untuk menikmati alam maya tanpa dicemari unsur2 lucah.



Kita patut mencontohi Indonesia kerana melaksanakan undang2 sekatan internet klik sini (penerangan yang lebih jelas sini).

Jika undang2 ini digubal di Malaysia, beberapa langkah susulan boleh diambil seperti:

1. Polis diberi kuasa untuk spot-check kedai2 handphone. Rampas & sita kedai kalau ada bahan porno kat kedai tu. (aku rasa belambak. Member tu hari beli hp dalam memory card ada blue)

2. Polis diberi kuasa untuk membuat spot-check di sekolah2, kolej2, universiti2, dan pejabat2 kerajaan.

3. Menahan individu yang terlibat dalam penyebaran bahan blue ni dari tukang rekod sampai tukang tengok.

4. Menerapkan nilai2 murni & moral kepada para pelajar sejak kecil. Bagi umat Islam perlu dibimbing dengan ajaran Islam.

5. Mengenakan hukuman yang berat kepada penjenayah yang ditangkap.



Aku harap sangat isu ni dipertimbangkan oleh penerima2 mandat rakyat ni. Demi melahirkan insan yang bermoral . Aku rasa 90% kes2 gejala sosial remaja berlaku sebab benda blue ni la. Sama2 lah kita membina masyarakat yang lebih baik. Inshallah

Wassalam

Selasa, 21 Jun 2011

Abahku

Assalamalaikum,



Entry yang agak seperti terlambat untuk dinukilkan. Pertamanya aku nak ucapkan selamat hari bapak kepada bapak2 seluruh dunia terutama bapakku. Kaulah raja hatiku..

Banyak jasamu yang aku tak dapat balas seperti memberi bantuan kewangan dari aku kecik sampai besar la ni. Aku pasti korang semua pun dapat biasiswa al-bapakpunya bank kan?



Hadiah hari bapa? Baju kemeja & seluar slack. Mak aku beli tapi kitorang adik beradik share2 bayar. Kpd adikku yang kat U, hutang hadiah abah akan kitorang tuntut sekembalinya dikau diperantauan. tak mahal pun bayonye. Duit elaun banyak2 tu tak luak punya. hehehe..

Manisnya harijadi bapak aku lbh kurang je dengan hari bapa, so jimatla perbelanjaan kerana majlis sambutan dibuat sekaligus. (jangan marah pak ea :p)



Sebebenonya tajuk kat atas tak de ditujukan sempena hari bapak nih. Tapi kalau 'kau' tersengaja baca entry kali ni tajuk tu memang ditujukan pada 'kau'. Sape 'kau' tu? aku & Allah je tahu. hahaha


Kesimpulannya,  (macam karangan BM plak da) aku ucapkan selamat hari Bapak kepada semua bapak2.

Wassalam

Isnin, 20 Jun 2011

Bangsa Yang Paling Bertolak Ansur Di Dunia

Assalamualaikum




Mungkin tajuk di atas dianggap agak melampau oleh sesetengah pihak. Tetapi itulah hakikatnya. Dengan mengambil kira situasi di mana puak-puak chauvinist tak henti-henti mempertikaikan hak keistimewaan Bumiputera di bumi Malaysia ini, penulis memutuskan untuk menyiarkan semula jawapan hampir 40 tahun dahulu daripada dua orang mantan pemimpin komuniti Cina dan India di negara kita yang bersikap rasional mengenai sejarah dan realiti masyarakat di Malaysia.



Mantan Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, pada 30 April 1969 dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk ‘Tun Tan Answers Critics On Special Previleges’, berkata :



”The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities."



Alih bahasa :



”Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.”



 

Mantan Presiden MIC, merangkap mantan Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Tun V.T. Sambanthan pula telah menyatakan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 :





"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it.





And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens.As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here."



Alih bahasa :



“Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dam lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu.





Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara." Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."



Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60





Adakah kedua-dua pernyataan di atas hanyalah mereka-reka fakta? Tidak mahu terima? Lihatlah apa yang terjadi di Sri Lanka. Peperangan selama puluhan tahun akibat permusuhan antara etnik Sinhala dan Tamil baru sahaja tamat baru-baru ini. Penduduk berketurunan Rohingya (India) pula sampai ke hari ini menjadi manusia tanpa negara gara-gara tidak diiktiraf oleh Pemerintah Myanmar. Jika kita lihat di Thailand dan Indonesia pula, rakyat mereka yang berketurunan Cina telah dipaksa berasimilasi menjadi penduduk tempatan. Disebabkan itulah, nama dan bahasa mereka berubah sama sekali menjadi sama seperti penduduk tempatan. Sebagai contoh, Sondhi Limthongkul di Thailand atau Alan Budikusuma dan Ardi Wiranata di Indonesia. Pernahkah kaum Cina dan India di negara kita dipaksa menukar nama kepada yang berunsur keMelayuan atau keMalaysiaan? Atau dipaksa bertutur dalam Bahasa Melayu semata-mata. Sebaliknya, Sekolah Jenis Kebangsaan yang jelas berunsur perkauman dan menyukarkan kepada integrasi nasional itulah yang sibuk dipertahankannya.




Kita bandingkan pula bagaimana keadaannya di Republik Rakyat China. Bukan kaum pendatang sahaja, tetapi pribumi asal pun seolah-olah merempat di bumi sendiri. Bukan pribumi yang beragama Islam seperti Uighur sahaja yang ditindas, pribumi Buddha seperti Tibet pun tidak terlepas. Kita lihat pula bagaimana sebuah parti yang dahulunya sibuk memperjuangkan kesaksamaan dan kesamarataan kerana mendakwa orang lain sebagai penindas dan tidak adil, kini telah mendapat sebuah negara dan memerintah secara kuku besi. Kita lihat senarai Kabinet Republik Singapura, Presidennya berketurunan India, Perdana Menterinya berketurunan Cina, Menteri Pembimbing (Mentor) berketurunan Cina, 2 Menteri Kanan berketurunan Cina dan India, 2 Timbalan Perdana Menteri kedua-duanya berketurunan Cina. Dan daripada keseluruhan 15 orang Menteri, hanya seorang sahaja berketurunan Melayu (buat cukup syarat, nanti nampak tak adil dan perkauman pula. Diberikan portfolio yang tak berapa penting).


Jumaat, 17 Jun 2011

Hari Yang Penuh Ujian

Assalamualaikum,

Hari yang MEMENATKAN, MELETIHKAN, dan mungkin boleh dikatakan penuh DUGAAN. Baiklah, seawal 6 pagi aku bersolat Subuh macam biasa. Kemudian tidur semula macam biasa.

Ketika lena diulit mimpi aku dikejutkan oleh bapak aku, menerusi telefon, menyatakan bahawa aku perlu jaga kedai sebab Haris pergi JB beli ikan. Dengan lemahnya aku mandi & sarapan (mak aku dah masak awal2 nasi goreng) seterusnya mencapai motorku ke kedai. Segalanya normal seperti biasa.

Pukul 12 balik rumah on lappy. Aku terkedu kerana keluar hitam putih berserta retakan pada skrin lappy. LAPPY AKU SKRIN RETAK!!!!!!! Aku call pakcik aku, dia cakap kos RM1000. Mana kau nak cari duit tu weh!!!!

Pukul 2.30, aku sambung jaga kedai. Sekitar pukul 3.30, ada bau macam benda terbakar. Cek2 fius meter elektrik terbako.  Mujur api sempat dipadamkan. Segala roti2, biskut2, & keropok2 kena serbuk pemadam api tu. Kena lap.

Aku tepon TNB, diaorang datang cakap kena buat wiring baru. semua da terbakar. Lepas siap dorang akan datang balik. Aku panggil electrician, semua dah elok aku tepon TNB. Dia cakap kena mohon fius 2 kat pejabat TNB. Pejabat dah tutup masa tu kna tunggu Isnin. Aku dah angin dah. Ayam, ikan, daging dalam peti ais tu nak campak mana?? Aiskrim lagi.

Pikir punya pikir, aiskrim aku bawak semua balik rumah, peti ais isi ayam, ikan tu aku suruh haris angkat naik atas kedai sebab fius tingkat atas ok. For sure dia ditolong orang lain. Pakcik tu tak larat nak angkat sorang2. Malam ni pakai lampu backup nak niaga. Kira duit pakai kalkulator je. mesin duit tak idup.

Penat2....

Wassalam

Adakah DBP MeMURTABAKkan Bahasa?

Assalamualaikum,



Aisey, pening kepala aku. Ejaan perkataan bahasa Melayu selalu je tukar2. contohnya REDHA jadi REDA. Orang2 DBP ni dah tak de kerja ke apa? Atau sudah jadi tugas DBP untuk meminda ejaan sesuka hati?

Ops2, jangan marah ea. Aku sebenarnya amat kesal dengan nasib bahasa yang aku selalu cakap hari2 ni. Sudah berapa banyak perkataan yang dipinda. Inilah masalahnya jika kita me'rumi'kan bahasa Melayu. Lidah kita dilatih untuk malas bercakap. Makin lama makin ringkas bahasa Melayu ni sampai kadang2 macam tak cakap Melayu pula.

Itu baru isu pemindaan ejaan, belum lagi masalah lambakan istilah2 omputeh Penjajah yang diserapkan dalam bahasa Melayu. Aku amat malu bila cikguku yang berkaum Cina bagitahu aku
 "olang melayu ni talak ada pelkataan sendili ka? Manyak bahasa omputeh jadi bahasa Melayu." 


Terkedu juga aku. Seterusnya timbul persoalan dalam benak aku. Betul juga cakap cikgu aku tu. Bahasa Melayu jadi bahasa cedok orang lain punya. Contoh perkataan, transaksi = transaction ; bajet = budget ; infrastuktur = infrastructure dan pelbagai lagi perkataan lain yang korang boleh jumpa. Banyak lagi perkataan asal Melayu yang elok untuk guna seperti Pembayaran; urusniaga; belanjawan; kemudahan. tak perlu nak cedok bahasa orang lain.



Mengenai ejaan, aku cadangkan kita kembali semula kepada tulisan jawi warisan nenek moyang kita ni. Sepatutnya kita merujuk kepada tulisan jawi untuk menukar kepada rumi, bukan sebaliknya. contohnya perkataan redha. Ejaan jawinya adalah ra, dhod, alif. Bila aku baca utusan melayu baru2 ni ejaannya jadi ra, dal, alif. kalau tak silap la. mula2 aku pelik juga. bila fikir2 balik baru teringat ejaan baru ialah reda.

Tak ke dah timbulkan kekeliruan, reda jadi dua maksud,

reda 1: mulai berkurang, hampir berhenti
reda 2: bersedia dengan ikhlas hati

cuba kita kaji balik, reda 2 atau ejaan lamanya iaitu redha adalah pinjaman daripada bahasa arab. sebutan  dhod sepatutnya lidah di tepi bibir. Tapi sekarang lidahnya dimalaskan.





Oleh itu, apakah implikasinya? Kita susah nak baca al-quran sebab cara lidah kita dah tak de arabnya. Perlu diberitahu bahawa tulisan jawi ni dipengaruhi unsur2 Islam, Rumi pula daripada barat. Aku rasa patut la sekarang ni bila bab arab je orang kite macam susah je. bila bab bahasa omputih bukan main fasih lagi.


Sebenarnya nak isu ni bukan salah DPB je. Ini tindakan semua pihak. Mari sama2 kita pikirkan. Apa pula pendapat korang??


Burung berlagu di kala petang,
Terbang laju membawa rezeki,
Sayang seribu kali sayang,
bahasaku layu di bumi sendiri


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...