Isnin, 29 Ogos 2011

Kemerdekaan Disaji Penafian

Assalamualaikum,

Lama juga aku tak mengemaskini blog ini. Bila ada ilham, masa mencemburui, bila lapang, ilham tak datang2. Alhamdulillah, malam ini aku diberi keizinan untuk menulis.



Membaca berita setiap hari buat aku sakit hati sejak dua hari ni. Masakan tidak, tajuk utama je dah tunjuk seorang Pemimpin Kanan sebuah parti memperlekeh pejuang2 di Bukit Kepong dan mengangkat Komunis Laknatullah sebagai hero. Apa sudah jadi??

Kenyataan beliau sememangnya SANGAT MENYAKITKAN hati ramai rakyat Malaysia. Apabila golongan Pembunuh ini ditabalkan sebagai 'pejuang sebenar', dimana letaknya rasionaliti mental & semangat patriotisme pemimpin tersebut. Apakah beliau buta sejarah? atau kerana mahu mengemis undi anak cucu komunis itu?



Sebelum itu, mari kita kenali dahulu apa itu komunis. Komunis adalah sebuah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx, seorang YAHUDI yang memperjuangkan nasib golongan pekerja. Fahaman ini berpendapat bahawa golongan kapitalis  selalu menindas golongan pekerja maka adalah perlu mereka bersatu untuk menentang penindasan itu.

Komunis mengamalkan konsep 'Matlamat menghalalkan cara' & tindakan berunsur kekerasan supaya objektif mereka terlaksana. Komunis juga menganggap agama adalah racun yang boleh mengongkong kehidupan rakyat. 


Komunisme di Malaysia bermula dengan dengan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930. PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun semasa Jepun menawan Malaya. Selepas Jepun menyerah kalah, PKM berpeluang berkuasa. Banyak infrastruktur yang dimusnahkan. Orang2 Melayu yang dipercayai bekerjasama dengan Jepun akan dibunuh dengan kejam. Kemusnahan & korban jiwa yang dilakukan terlalu banyak. Lebih teruk daripada zaman pemerintahan Jepun. Nenek aku pernah bercerita semasa komunis mengamuk ada seorang imam ditangkap & dibawa ke dalam hutan. Sejak itu, imam itu tak muncul2 lagi.

Rasanya korang boleh cari sendiri maklumat mengenai komunis di media maya ini. Berbalik kepada topik asal. Kenapa pemimpin ini begitu memuji komunis. Padahal, banyak keburukan komunis ini antaranya:

1. Pengasasnya adalah seorang YAHUDI
2. Komunisme menganggap agama sebagai RACUN dalam masyarakat. Lihat sahaja bagaimana masyarakat Islam di China tidak dibenarkan berpuasa.
3. Mengamalkan kekerasan sebagai cara mencapai matlamat.

Cuba kita bayangkan andaikata komunis berjaya membentuk kerajaan di Malaysia, impaknya akan jadi seperti ini:

1. Sultan2 Melayu bakal digulingkan & Malaya akan menjadi satu negara republik
2. Semua upacara agama akan diharamkan, terutama agama Islam
3. Jurang ekonomi semakin besar antara miskin & kaya
4. Kaum2 tidak bersatu & tercetus konflik perkauman.

Bukti2 sudah ada contohnya di negara China, Jerman Timur (sebelum bersatu dengan Jerman Barat), Vietnam & Korea Utara.  Betapa sengsaranya rakyat mereka.



Pada pendapat aku, tindakan pemimpin parti yang menyokong komunis itu amatlah menunjukkan beliau ni gila glamour & buta sejarah. Kononnya mahu jadi hero dalam kalangan orang2 anak cucu komunis. Tahu2 la bangsa mana yang paling ramai sertai komunis masa darurat dulu. Aku rasa tak lama lagi kena tembak dengan Grup Gerakan Khas. Isu komunis ni teramat sensitif di hati tentera. Imam surau aku dulu bekas tentera. Tak pernah2 cerita politik tetiba je melenting bila keluar isu ni. Tokoh negara, Kanang Anak Langkau pun mengamuk dan aku rasa ramai bekas2 tentera yang berkhidmat semasa zaman darurat tu sakit hati.

Jadi, aku rasa baik pemimpin tu jaga2 sikit. Ramai bekas2 komando kat luar sana. Walaupun dah bersara, ilmu perangnya masih ada. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bicara buruk padahnya. Jangan sampai nasi jadi bubur. Ini bukan ugutan, tapi sekadar ingatan.

Tambah kapsyen


Isnin, 15 Ogos 2011

Sudah 500 tahun berlalu.....

Assalamualaikum,



Mungkin kita sudah lupa atau pun tidak ambil kisah mengenai perihal hari ini. Kebanyakan kita menganggap tarikh hari ini hanyalah hari yang biasa seperti hari2 lain. Sedar tak sedar sudah 500 tahun berlalu sejak Tentera Salib Portugis berjaya menawan Kota Melaka sekaligus melenyapkan empayar Melayu teragung di Nusantara ini.

Tambah kapsyen


Kekalahan ini berlaku bukan kerana perbezaan teknologi perang, bahkan Melaka mempunyai armada yang kuat dengan pasukan istinggar serta penggunaan lela rentaka iaitu meriam mudah alih yang mudah diangkut dan mampu membidik dengan lebih tepat., ditambah pula dengan tembok kota yang diperbuat daripada batu. Namun, kita masih kalah. Kerana penduduknya semakin melupakan Allah.



Faktor2 dalaman seperti kelemahan pentadbiran, salah guna kuasa dan pengkhianatan akhirnya menumbangkan pusat kesatuan Nusantara sekaligus meranapkan peradaban yang dibina beratus2 tahun. Berapa banyak naskah2 ilmu yang dirampas dan dibakar oleh penjajah sehingga kita tidak tahu akan kehebatan bangsa dan menganggap bangsa Melayu sebagai primitif, mundur dan lemah.



Sedarkah kita jika kita bangsa yang lemah, tidak mungkin bahasa Melayu yang kita lontarkan setiap hari ini menjadi antara bahasa utama dunia. Tidak mungkin pedagang2 terpaksa mempelajari bahasa kita sebagaimana kita terpaksa belajar bahasa Inggeris pada hari ini.



Apa yang menjadikan kita lemah ialah lemahnya hubungan kita dengan Sang Pencipta, goyahnya tali perpaduan yang mengikat kesetiaan kita pada agama, bangsa dan negara. Lihat sendiri bagaimana Wangsa2 Islam yang lain seperti Wangsa Umayyah, Wangsa Abassiah malahan Wangsa Uthmaniah yang terkenal hebat, mampu bertahan selama beratus2 tahun pun akhirnya kecundang kerana faktor yang sama.



Oleh itu, marilah kita menyimpul ukhuwah sesama saudara. Usah bertelagah kerana nanti ada yang akan mengambil kesempatan terhadap persengketaan kita. Hampir 44 tahun kita merintih sengsara kerana HAK kita dirampok penjajah durjana. Jangan sampai kita merempat lagi di tanah sendiri kerana HAK yang nenek moyang kita bermati-matian untuk mendapatkannya semula hilang sekali lagi. Pada ketika itu, menangis AIR MATA DARAH pun tiada berguna lagi.



Wassalam

Rabu, 10 Ogos 2011

Adakah Mereka Mahu Menguji Kita

Assalamualaikum,




Isu pujukan gereja semakin hangat diperkatakan di sini. Rasanya tidak perlu aku cerita lagi, korang semua dah tahu. Yang tak tahu boleh rujuk SINI.

Aku merasakan bahawa seolah2 segala yang berlaku macam telah dirancang. Bermula dengan perhimpunan BERSIH 2.0 anjuran Ambiga yang merangkap penyokong kuat kes Murtad. Kemudian dengan popularnya Makcik Hajah Sitt Al-Wuzara serta Group Murtad di Facebook: SINI. Makcik yang mengaku murtad itu bila disiasat rupanya kawan si Ambiga ni. Sama2 sokong murtad. Pastu tetiba berlaku pendedahan mengenai Isu gereja yang kononnya nak buat majlis buka puasa tapi agenda sebenarnya mahu MEMURTADKAN orang MELAYU.

Adakah kronologinya telah dirancang atau sekadar kebetulan. Aku rasa ada pihak yang sengaja mahu menguji PERPADUAN umat Islam. Bila disebut umat Islam Malaysia, maka merujuk kepada PERPADUAN umat melayu sebagai teras Islam di Malaysia.




Kita dah dapat tengok kesannya. Aku tak paham kenapa ada pihak yang cuba pertahankan gereja tu. Tulis macam2 yang buruk2 pasal JAIS. Mereka buat kerja mereka. Lagipun tidak ada sebarang serbuan dibuat. Si MB selangor pun macam bodoh bila minta maaf pada Gereja tu, SINI. Patutnya dia yang patut diam je dulu sampai laporan penuh  diterima daripada JAIS.

Dalam ramai2 munafik yang backup Gereja tu, Aku bersyukur sebab masih ada lagi pihak yang masih sokong tindakan Hasan Ali & JAIS seperti UMNO SELANGOR dan PEMUDA PAS PUSAT serta NGO2 Islam sebanyak 45 badan. Semangat ini yang kita nak, biar berlainan parti, tapi Islam kita bersama. Ada ditubuhkan satu page yang menyokong perjuangan JAIS di SINI. Harap kita dapat sertai dan sebarkan pada saudara2 kita.

Sekarang aku harap pihak berkuasa ambil tindakan yang tegas terhadap Pihak gereja tu sebab kurang ajar tak sedar diuntung nak sebarkan agama diorang kat orang Islam. Lagi satu, gereja yang diorang pakai tu dibina secara HARAM. Lebih lanjut kat SINI.






“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi


 dan Nasrani sehingga kamu mengikut 


millah (cara hidup) mereka.” 


Selasa, 9 Ogos 2011

Couple Haram????

Assalamualaikum,

Banyak betul entri mengenai bulan puasa ni kat blog2. Kali ni aku nak tulis pasal couple pulak lah. Maaf ye, sebelum itu ingin aku nyatakan bahawa ini bukan segmen berjiwang2. Tapi lebih kepada sekadar berkongsi pendapat.



Pertama sekali, apakah yang dapat kita definisikan sebagai cinta ni. Kebanyakan orang akan beri macam2 makna tetapi percayalah akhirnya semua respon yang diterima mestilah mengenai couple. Bila cinta mesti sedara mara dengan couple. Bila couple biasanya sedara mara dengan benda2 yang tak elok aka maksiat dan sebagainya.

Baiklah, aku dah banyak dengar & baca cerita pasal haramnya bercouple ni. Pada pendapat aku, couple tu boleh dikategorikan sebagai kat tengah2 statusnya. Banyak percanggahan yang berlaku mengenai masalah ini.



Cinta yang sebenarnya ialah saling menghormati, ikhlas, kesetiaan, bermaruah, komitmen & paling penting ada matlamat. Kalau korang couple tapi tak de hala tuju, nak enjoy je, itu bukan cinta. Jadi macamana nak jadi couple yang benar2 mencintai antara satu sama lain.

 Couple yang sebenar bukan berdua-duaan, berpegangan tangan tetapi lebih kepada saling menghormati hak diri & pasangan bahawa ketika itu masing2 masih haram untuk bersentuhan. Bagi kaum hawa ini, aku nak utarakan satu persoalan, jika belum nikah, si dia dah berani main pegang2 tangan, peluk2 dan sebagainya, anda yakin yang dia akan melindungi & menghormati hak anda di kemudian hari. Lelaki yang hormat hak wanita tak akan buat benda2 macam tu.

Kalau bercouple tapi saling menasihati rasanya tak salah pun. Saling mengingati, mengajak kepada kebaikan. Orang cakap sms tu pun zina, kalau macam tu apa guna teknologi sekarang. Takkan mesej tanya khabar pun salah. Tapi kalau 24jam sms tu memang melampau la. kalau sms yang lucah2 tu kompom la zina. Dan kompomlah itu bukan cinta sejati. Itu hanya nafsu semata2.

Bahagian paling best skali bila ada yang cakap couple ni boleh menyebabkan zina hati. Jika ada yang mengatakan mencintai itu adalah zina hati, nampaknya anda sudah silap. Zina hati tu berlaku bila kita memikirkan perkara2 yang maksiat terhadap pasangan ataupun perempuan la bagi lelaki seperti mana hadis rasulullah yang berbunyi :


"Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya" - 
( Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Jadi sudah jelas bahawa cinta itu tak boleh disamatarafkan dengan zina. Kalau macam tu adakah mencintai & merindui Allah & Rasul itu juga satu zina? Sudah tentu tidak. Mencintai seseorang itu, jika benarlah itu adalah cinta sejati, tidak ada terlintas sedikit pun dalam fikiran kita untuk membuat perkara2 tak baik terhadap pasangan. Kalau korang cakap cinta itu zina hati, korang sendiri telah mencemarkan definisi cinta itu.


Oleh itu, aku nak tanya orang2 laki ni (sebab biasanya laki la jadi kepala benda2 kotoq ni.) Korang ada tak simpan rasa nafsu yang amat ketika memikirkan pasal awek korang?? Kalau ada baik korang berhati2. Sebab itu petanda korang tidak mencintainya bersungguh2. Kalau betul itu cinta sejati, korang takkan fikir benda2 tu punya. Hati akan berdegup kencang, tapi takde lucah2 ni. takkan terpikir pun. Takkan korang terfikir nak terkam awek korangkan. Perasaan yang korang rasa.....aku pun tak boleh cakap. Baca novel] karya Ramli Awang Murshid : Cinta Sufi. Korang akan faham erti cinta itu sebenarnya.

Lagi satu hujah yang akan diguna ialah, kita tidak boleh bercouple kerana kita perlu sentiasa mengingati Allah. Jika ada orang yang boleh buat macam tu, aku ucapkan tahniah. Sebab korang dah sampai taraf malaikat. Kalau bercouple itu dijadikan alasan, banyak lagi benda lain yang buat kita semua terlupa untuk mengingati Allah. Tengah mandi, makan, buat assignment dan macam2 lagi tugas duniawi ni adakah kita akan mengingati Allah? Kalau dah cakap mencarut2 tu masih ingat Allah ke?  Sebab itu kita disarankan agar selalu mengingati Allah sebab kita tak mampu nak SENTIASA.

Kesimpulannya, aku berpendapat couple ni tak salah pun asalkan kena pada caranya. Kalau ada apa2 yang korang ingin kongsikan, rajin2lah komen. Maklumlah, aku ni ilmu tak banyak. Segala yang baik datang dari Allah, aku hanya hambaNya yang lemah lagi hina.

Wassalam

p/s: Cintaku? Hanya kepada yang hak. Masih mengutip sisa kekuatan untuk dilafazkan pada orang yang tepat pada masa yang tepat. Kerana jika dilafaz terlalu kerap, cinta itu akan luntur nilainya.


Rujukan:
http://www.scribd.com/doc/26030572/Islam-Dan-Cinta-Sejati
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=187
http://blog.myfenris.net/2006/04/14/kasih-dan-cinta-dalam-islam/
http://notaterakhirku.blogspot.com/2011/01/jenis-zina.html

Jumaat, 5 Ogos 2011

Perempuan Ibarat Buah Pisang

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 5 hari kita berpuasa. Harap dapat diteruskan perjuangan ini sampai akhir Ramadan.

Bila sebut pasal perempuan, semestinya perkara yang indah2 akan difikirkan oleh kaum adam. Tetapi seorang kenalan telah memberikan definisi mengenai kaum Hawa ini. Katanya perempuan ni ibarat buah pisang. Kalau dibiar elok dengan kulit2nya, mesti ada orang nak beli. Tapi kalau dikupas kulitnya, lalu dijual kepada pelanggan, jangankan nak beli, bagi percuma pun belum tentu orang nak. lama-lama dihinggap lalat jadi busuk & berulat.



Agak lucu bila dia berkata begitu, namun bila fikir2 balik, ada juga kebenaran kata2nya. Jika pisang itu diibaratkan sebagai wanita, kulitnya umpama pakaian yang menutup isinya iaitu maruah. Perempuan yang menjaga maruahnya sangatlah mulia martabatnya. Dia akan menjadi idaman setiap lelaki yang memandangnya. Sedang perempuan yang tidak menjaga maruahnya ibarat pisang yang dikupas sebelum dijual. Orang hanya akan memandangnya. Kagum dengan isi luarannya. Bila sudah tua, tiada siapa yang mahu. ibarat sudah busuk, lalat pun tak nak datang.



Oleh itu, kepada kaum hawa ini. Jagalah maruah & harga diri anda sebaiknya. Kerana seindah perhiasan adalah wanita solehah.

Wassalam

Ganjaran Sempena Ramadan. Rebutlah Peluang ini!! ^__^

Assalamualaikum,





Kali ni aku nak kongsi bersama hadiah2 lumayan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan pada umat2 terdahulu pada bulan Ramadan iaitu:

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah

2. Para malaikat beristifar untuk mereka sehingga mereka berbuka

3. Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: " Hampir2 hamba2Ku yang soleh telah dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan di dunia dan akhirat)

4. Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan terlepas seperti bulan2 selain Ramadan

5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam. (Mereka yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya, Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar? Rasulullah menjawab: " Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya". (riwayat Ahmad)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...