Jumaat, 30 September 2011

Aku Akan Terus Bercerita

Assalamualaikum,

Hari ni terasa sangat lapang. Kelas cuma satu jam je. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk menulis lagi. Sebenarnya benda ni aku dah simpan sejak beberapa hari yang lalu. Tetapi tidak ada ruang masa yang bersesuaian.



Seriously aku minat sejarah, terutama sejarah Islam & Melayu. Mungkin memori aku tidak berapa baik jadi aku hanya akan ingat perkara2 yang penting2 sahaja. Ada juga kawan2 yang tanya kenapa tak ambil sains politik ke, atau kursus2 yang berkaitan sejarah. Buat apa ambil biotek. Jawabku, tak salah pun kalau kita menimba banyak ilmu. Tak semestinya kita kena terikat dengan satu bidang sahaja. Kita ambil contoh Ilmuan2 dahulu pun mempunyai pengetahuan yang luas. Paling dekat, Dr. Mahathir. Doktor tapi jadi PM. Langsung tak de kena mengena.

Berbalik pada isu pokok. Aku paling tak suka orang yang menghina sejarah bangsa sendiri. Kau nak buat apa aku tak kisah, tapi bab ni ko  jangan nak main2. Orang2 macam ni seolah2 menghina datuk nenek sendiri. Aku angin bukan apa, ko tak suka sejarah ko punya pasallah. Jangan mengeji. Aku rasa dah banyak aku pautkan artikel sejarah dari beberapa blog. Sibuk mengagungkan bangsa lain. Bila kita asyik menghina orang lain, benda tu akan berbalik pada diri kita. Samalah jika kita mengatakan bangsa kita BODOH, kita juga adalah bodoh sebab membodohkan diri sendiri. Aku sendiri dah nampak dari segi penampilan & cara pemikiran.

Aku pula, akan terus mendalami sejarah & berusaha untuk menyebarkannya kepada orang lain. Aku tak akan sesekali menghina sejarah waima daripada mana2 bangsa sekalipun. Jadi, sesiapa yang diluar yang rasa macam dah bagus sangat je,. Cermin diri dulu, aku rasa golongan2 ni tak bagi sumbangan apa pun kat Bangsa, Lupa jati diri, minda terjajah.



AKU AKAN SENTIASA BERCERITA,
KERANA YANG MELUPAI SEJARAH,
PASTI AKAN MENGULANGINYA,
IBARAT PENGLIPURLARA BERCERITA YANG SAMA,
HANYA BERTUKAR PELAKON & GAYA.

Wallahualam.

Isu Hudud: Biar Tersalah Ampun Daripada Tersalah Hukum

Assalamualaikum,


Tulisan ini amat menarik minat aku di kala isu Hudud menjadi popular kembali dalam kalangan Parti politik bernamakan Islam. Semoga kita dapat sama2 mencari jalan untuk melaksanakan hukum Allah dengan benar.


Ruyati Binti Satubi, wanita Indonesi berasal daripada sebuah perkampungan di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. Ibu tunggal ini lahir pada 07 Julai 1957, kurang sebulan sebelum umat Islam bangsa Melayu menyambut kemerdekaan Tanah Melayu. Ruyati pernah berkhidmat sebagai Tenaga Kerja Indonesia (TKI) (dalam bahasa kita orang gaji yop) di Arab Saudi beberapa tahun sebelum peristiwa menyayat hati menimpa beliau.

Pada bulan Sept 2008, Ruyati berlepas ke Arab Saudi sebagai TKI buat kali ketiganya. Sewajarnya Ruyati tidak boleh pergi kerana sudah berumur lebih 50 tahun (51 pada masa itu). Tetapi agennya memalsukan tarikh lahir Ruyati, dan itu membolehkan Ruyati pergi walaupun tidak disenangi ahli keluarga. Namun demi survival, demi mencari sesuap nasi, Ruyati membulatkan hati pergi jua ke tanah asing.

Namun kali ini, nasib tidak menyebelahi Ruyati, tidak saperti dua majikan sebelum daripada ini. Kali ini majikannya dilapurkan sangat zalim. Rakan sebilik Ruyati bernama Warni, yang bekerja dengan majikan yang sama , menceritakan bagaimana zalimnya majikan mereka, terutamanya isteri majikan bernama Khiriya Bini Hamid Mijid, seorang berbangsa Arab.

Warni menceritakan bagaimana Ruyati sering dipukul termasuk dikepala. Malah ketika berpuasa dibulan Ramadhan, Ruyati sering dianiaya sehingga tidak diberi makan. Hinggakan Warni mahu berkongsi tamar pun dimarahi sang majikan. Gaji Ruyati juga tidak dibayar 7 bulan sebelum kejadian!

Ruyati seorang yang dikenali sangat sabar lagi pendiam. Jarang menimbulkan masalah. Sangat disenangi majikan terdahulu. Tiada aduan langsung, malah mahu diminta berkhidmat lagi. Jiran-jiran di perkampungan Ruyati di Bekasi juga menceritakan kebaikan wanita separuh umur ini.

Mungkin akibat tidak tahan dengan deraan dan seksaan berpanjangan, pada 12.01.2010 Ruyati (yang mungkin sedang disiksa dan didera ketika itu) mengambil tindakan nekad (apakah mungkin mempertahankan diri, kita tidak mendapat butirnya). Menggunakan pisau didapur, Ruyati memukul kepala sang isteri majikan Khiriya, dan menikam tengkoknya yang menyebabkan kematian Khiriya.

Ruyati dibawa ke Mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati. Pada 18.06.2011, Ruyati dibawa ke pinggir Makkah dan dihukum pancung. Hukuman dijalankan disebuah lapangan dengan kehadiran orang awam. Hukuman dilaksanakan oleh seorang tukang pancung menggunakan sebilah pedang. Ruyati yang berbaju jubah putih, dan mata ditutup, diletakkan berlutut ditanah. Kepalanya ditundukkan, dan kemudian terus dipancung. Putuslah kepala Ruyati dari jasadnya (videoklip diatas adalah filem perlaksanaan hukuman pancung keatas Ruyati).

Setelah pancungan dilaksanakan, saksi menceritakan bagaimana tubuh jasad Ruyati tanpa kepala itu dinaikkan menggunakan helikopter untuk dilihat oleh orang ramai. Kemudian jenazah Ruyati dan kepalanya dibawa masuk kesebuah van, terus dibawa ketempat pengkebumian.

Malangnya dalam kes Ruyati, keluarga langsung tidak dimaklumkan mengenai nasib yang menimpa beliau. Sehingga kepada hukuman pancung dilaksanakan, tiada siapa mengetahuinya. Setakat ini, teman tidak tahu samada usaha keluarga untuk membawa kembali jenazah Ruyati berjaya atau tidak?

Persoalan besar yang bermain difikiran teman ialah, apakah prosedur dan amalan kehakiman dan guaman yang digunapakai dalam kes saperti ini. Kalau didalam amalan sivil, Ruyati boleh membangkitkan pembelaan mempertahankan diri, atau tiada mens-rea atau niat kerana ujudnya penderaan dan penyiksaan berpanjangan. Teman tidak pasti kalau dalam pendakwaan syari'e, apakah prinsip yang sama diterima pakai. Kalau didalam amalan sivil, walaupun seseorang itu mengaku, tetapi jika dia memberikan sebab kenapa dia bertindak saperti yang dituduh, maka pengakuan itu akan ditolak.

Teman yang risaunya yop, dalam keghairahan mahu melaksanakan hudud, kita tidak bersedia. Dan yang paling malang, kalau kita melakukan kesilapan yang boleh memalukan Islam. Contohnya dalam satu kes seorang gadis di Iran bernama Atefah yang menjadi mangsa rakusan pemandu teksi yang merakusi dan merogolnya. Atefah dikenakan pertuduhan melakukan zina walaupun dia mengadu sebenarnya dirogol. Setelah perbicaraan, Atefah dikenakan hukuman mati ditali gantung, sedangkan sang lelaki hanya dikenakan sebatan. Setelah hukuman dilaksanakan, barulah didapati Atefah baru berusia 16 tahun. Kalau di Malaysia, bawah umur 16 tahun hanya dihukum berkelakuan baik dan mungkin dihantar ke pusat pemulihan. Tetapi nasi sudah menjadi bubor. Atefah telahpun mati digantung!

Masalahnya ialah penafsiran zina yang teman percaya tidak tepat. Di Pakistan contohnya, seorang wanita yang mengadu dirogol diwajibkan membawa empat orang saksi "lelaki suci" yang melihat sendiri dia dirogol!!! Wanita yang gagal membawa 4 saksi ini akan dihukum cambuk. Akhirnya di Pakistan, banyak berlaku kes rogol yang tidak dilapur. Ramai wanita Islam yang merana di bawah "bayangan qazaf"! Yang malangnya mereka menamakan ini sebagai "Undang-Undang Syariah". Adakah benar itu undang-undang syariah, yang tidak membawa keadilan dan perlindungan kepada wanita, sedangkan Islam sangat memuliakan wanita!

Dan teman juga bertanya kepada diri sendiri, adakah mampu kita bersikap saksama dan adil. Contohnya dalam kes Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dirogol oleh Anwar Ibrahim. Belum pun mendengar penjelasan atau menanti perbicaraan, ada segelintir daripada kita terus menjatuhkan pelbagai macam hukuman kepada Saiful. Bukan sahaja ada yang hukum dia dengan qazaf, ada yang mengadakan solat hajat mintak la'nat kepada Saiful. Dan inilah kaum yang konon nak laksanakan hudud? Bolehkah mereka bersikap 'adil?

Begitu juga bila Datuk Eskay, rakan baik Anwar Ibrahim mendedahkan satu videoklip untuk menunjukkan manusia yang diidolakan oleh kaum ini. Belumpun tengok videoklip itu, mereka terus menghukum dan mela'nat Datuk Eskay; ada yang siap mempatwakan Datuk Eskay masuk neraka (macam syurga tu bapak dia punya). Sedangkan Datuk Eskay langsung tidak menuduh Anwar berzina; jelas beliau menyatakan bahawa videoklip itu didedahkan untuk membuktikan Anwar yang mereka "sembah" itu sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin!

Jadi timbul keraguan kepada teman, adakah kaum ini mampu berlaku 'adil dalam nak melaksanakan hukum ALLAH. Mereka tidak berlaku adil kepada diri, agama, dan bangsa mereka sendiri. Mereka menjual kalimah ALLAH kepada kristian. Mereka gadai anakbini mereka dengan baiah talaq tiga. Mereka idolakan komunis. Mereka menjulang penganut syiah yang mereka sendiri fatwakan sebagai sesat. Mereka agongkan penganut fahaman pluralisma yang sudah difatwakan sebagai sesat dan boleh murtad.

Jadi adakah kaum ini mampu melaksanakan undang-undang ALLAH ini dengan adil dan saksama. Wallahua'lam.

Teman tidak menentang perlaksanaan hudud, qisas dan ta'zir. Malah teman antara Ahli Parlimen yang cukup konsisten dalam isu ini. Dan teman telah memfailkan Usul-Usul di Parlimen untuk memperkasa dan menobatkan Islam (usul yang sama pernah teman kemukakan beberapa kali termsuk semasa bersekongkol dengan kaum ni) walaupun mereka sendiri tidak berani mengemukakan usul yang sama kerana takutkan parti cauvinis biaDAP. Namun teman khuatir dengan keghairahan puak-puak tertentu, dan kegopohan mereka serta kegiatan politiking yang melampau, akhirnya yang akan mendapat malu ialah agama Islam itu sendiri. Agama Islam itu sempurna, yang cacat ialah pengikutnya. Wallahua'lam.

Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri.

Jazakallah & Wassalam.

Zulkifli bin Noordin
Rabu
30 Syawal 1432
28 Sept 2011



Jadi, bagi yang diluar sana, suka saya mengatakan di sini, pelaksanaan hukum itu adalah satu tanggungjawab yang berat dan perlukan penelitian serta persediaan sebelum dilaksanakan. Aku bukan menentang malah menyokong penuh Hukum Islam dijalankan serta mengalu-alukan pelaksanaannya. Tetapi persoalan utamanya adakah kita bersedia? Ulasan selebihnya dah pun dicakap oleh YB Zulkifli Nordin seperti di atas.


Biar tersalah ampun daripada tersalah hukum.


Wallahualam.

Khamis, 15 September 2011

Apa Istimewanya Namewee Ni?

Assalamualaikum,



Aku memang panas hati betul dengan menatang sekor ni. Lepas satu2 tindakan dia dah buat yang merobek2 hati umat Islam amnya & umat Melayu khususnya, tak de tindakan diambil. Aku masih ingat lagi kes dia menghina lagu negaraku, azan & puasa. Hey, memang rasa  macam nak toreh2 anu dia dengan pisau karat.

Tapi, bila aku buka berita pasal projek Nasi Lemak yang dia buat tu dapat support kerajaan aku mula fikir.... Wat THE HEK!!! ape dah jadi nie???



Secara serius aku kecewa betul. Apa istimewanya budak Taiwan tu? Kalau kat negara lain bajingan sampah macam ni dah lama tak hidup. DS Najib kena ingat, ramai pengundi kat luar sana tu dok perhati je segala tindak tanduk kerajaan. Jangan kerana Babi seekor ni, BN kalah PRU-13. Pengundi2 ni dorang senyap je, tapi masa nak PRU nanti baru dorang tunjuk kuasa.

Cukuplah masa zaman Paklah dulu BN kalah banyak kerusi. Sedihnya bukan sebab Pembangkang bagus, tapi sebab rakyat tak puas hati dengan kerajaan. Hancur Malaysia ni kalau PR yang pegang. Tengok je ape dah jadi kat Penang, Selangor. Apa dah jadi kat kawasan India & Melayu kat Penang, apa dah jadi kat Unisel.

Aish...menyampah aku dengan budak Namewee tu. Kasi buang negara jela. Namewee kasi balik China je la. Sebab dia sorang, ramai cina2 yang baik terpalit sekali.

Akhir kalam, aku siarkan video2 ni agar korang ingat balik apa yang budak ni dah buat




Wassalam

Selasa, 6 September 2011

Semakin Terasa Bahangnya

Assalamualaikum,

 Maaf jika 2-3 entry dahulu, kali ini & akan datang ada sedikit berbau politik. Aku sebenarnya lebih suka jadi pemerhati kerana kalau ulas panjang2 tersalah fakta, berdosa pula. Blog ni aku harap dapat dijadikan saham disamping dapat berkongsi ilmu dan maklumat.



Berbalik pada persoalan pokok. Isu komunis ni semakin lama semakin terasa bahangnya. Masing2 dengan hujah masing2 sama ada membenarkan atau menafikan status komunis ini. Pada pendapat aku, komunis itu tetap bukan kumpulan pejuang kemerdekaan. Mereka adalah pengganas. Kalau sesiapa nak bantah, mari baca dulu beberapa fakta yang aku mengenai perkara2 berkaitan:

FAKTA PERTAMA: Tok Janggut memang pahlawan Melayu kerana beliau menentang penjajahan British pd tahun 1915, termasuklah polis Melayu yg menjd barua British.

FAKTA KEDUA: Jepun melalui Jeneral Itogaki menyerah kalah kpd Pihak Berikat pd 12 Sep 1945 di
Singapura.

FAKTA KETIGA: Sebelum kedatangan semula British, PKM telah melaksanakan peraturan berikut (sehingga 
lahir beberapa pahlawan Melayu yg menentangnya spt Panglima Salleh):
1) Mengutip cukai yg tinggi drpd penduduk.
2) Memaksa penduduk menyerahkan hasil tanaman & ternakan kpd PKM.
3) Menculik & memaksa penduduk menjd anggota PKM.

4) Menyerang kampung & membunuh orang awam yg tidak berdosa tanpa alasan khususnya melalui penubuhan Mahkamah Rakyat.
5) Melarang orang Islam mengerjakan ibadah khususnya solat berjemaah.

Nota #1: PKM (aka MPAJA, Bintang Tiga, Bucu Tiga) yg ditubuhkan pd 30 Apr 1930 di Singapura dgn 
kehadiran Ho Chi Minh adalah rebranding drpd Parti Komunis Nanyang yg juga ditubuhkan di Singapura pd tahun 1922. Fahaman asas PKM adalah berlandaskan kpd ideologi Karl Marx iaitu “religion is the opium of the people” atau dgn kata lain berjuang utk penubuhan sebuah negara atheist.

Nota #2: Sepanjang pemberontakan PKM dari 16 Jun 1948 shg 31 Julai 1960, sejumlah korban (tidak 
termasuk yg cedera) adalah seramai 2,947 anggota Polis Persekutuan Tanah Melayu, 1,478 Pasukan Keselamatan & 4,668 orang awam (yg berjaya dikenalpasti).


FAKTA KEEMPAT: Penubuhan Malayan Union antara tahun 1946-1947 yg membolehkan British menjajah 
secara total dgn menggabungkan semua negeri-negeri Selat, Bersekutu & Tidak Bersekutu telah ditentang oleh orang-orang Melayu.


FAKTA KELIMA: Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pd 21 Jan 1948 sbg persediaan utk kemerdekaan & dianggap sbg negeri naungan British (bukan lagi negeri jajahan British & juga tidak tertakluk kpd Queen of England). Tujuan adalah utk menyekat penyebaran pengaruh komunis di Tanah Melayu selari dgn perang dingin yg bermula pd tahun 1947.

FAKTA KEENAM: Balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 anggota PKM yg turut 
disertai oleh Mat Indera pd 23 Feb 1950 telah mengorbankan 14 anggota pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu yg telah ditubuhkan pd tahun 1948. Diulang semula … Polis Persekutuan Tanah Melayu BUKANNYA Polis Malayan Union (ditubuhkan pd tahun 1946) atau Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (ditubuhkan utk negeri Kelantan pd tahun 1909 – Sarjan Che Wan yg telah dibunuh oleh Tok Janggut).


Jadi, siapa yang komunis serang? Pegawai British atau Polis Kerajaan Persekutuan?? Aku rasa kes ni bukan bermaksud Mat Indera itu jahat, tapi lebih kepada dia digunakan oleh pihak komunis. Beliau ikhlas berjuang membebaskan Tanah Melayu tapi jalan yang ambil itu cuma tidak berpihak kepada British. Buktinya, Johor sendiri mengiktiraf beliau sebagai tokoh pejuang. Aku juga dapat tahu kemungkinan ada pakatan rahsia dalam kalangan ahli pasukan beliau sendiri yang mahu menggunakan beliau dan akhirnya namanya juga yang busuk. Ada maklumat yang aku peroleh mengatakan ahli pasukannya melanggar arahan beliau & menyerang sampai tahap membabi buta, bunuh & bakar.



Kesimpulannya, baik Mat Indera mahupun Polis Bukit Kepong, masing2 adalah pejuang kemerdekaan. Cuma  mereka berbeza ideologi. Mat Indera pula dilihat telah dipergunakan oleh Pihak Komunis. Disini kita telah lihat macamana BANGSA MELAYU diperBODOHkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semata2 mahu memenuhi kehendak dan matlamat mereka.

Al-Fatihah buat mereka

Peristiwa Bukit Kepong ini mungkin ada persamaan dengan Perang Siffin dimana umat Islam bergaduh sesama sendiri kerana perselisihan pendapat.

Wallahualam


Rujukan:

1. http://www.scribd.com/doc/12402760/Siri-1-Pengenalan-Persekutuan-Tanah-Melayu-18951957
2. http://www.slideboom.com/presentations/133590/BAB-2-%3A-MALAYAN-UNION-DAN-PERSEKUTUAN-TANAH-MELAYU
3. http://www.ukm.my/knam/data/Peristiwa_Bukit_Kepong.pdf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...