Khamis, 26 April 2012

Mansuh PTPTN!! Mahasiswa Bangkit

Assalamualaikum,


Alhamdulillah hingga ke saat ini aku masih mampu untuk meluangkan sedikit waktu melakar sedikit nukilan yang tidak seberapa. Minggu ini terasa begitu laju berlari sedang diri tidak sedar hari sudah berganjak menuju hari minggu. Mungkin kesibukan mengulangkaji mamandangkan minggu ini bertimbun-timbun exam mid-sem.

Tulisanku kali ini berkaitan isu PTPTN yang secara tiba-tiba menjadi suatu topik yang hangat diperkatakan. Di dada-dada akhbar serta media-media massa terpampang berita sekumpulan Mahasiswa yang berdemo menuntut PTPTN dimansuhkan. Mereka juga mahukan pendidikan tinggi negara diberi secara percuma seperti sekolah menengah & sekolah rendaah.


Aku tidaklah membantah pendirian mereka. Jika berjaya, baguslah. Mahasiswa tidaklah lagi perlu menanggung hutang selepas belajar. Namun, aku juga tidak menyokong 100% tindakan mereka itu. Benda percuma, siapa yang tidak mahu? Tetapi lihat juga benda itu dari konteks & penghayatannya.

Kita kaji semula tujuan & matlamat asal penubuhan PTPTN. Tabung ini tidak lain dan tidak bukan mahu membantu golongan yang kurang berkemampuan mempunyai peluang untuk belajar ke IPT. Pada masa dulu pendidikan tinggi hanya didominasi oleh golongan kaya. Hanya segelintir golongan berpendapatan sederhana & miskin yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPT, itu pun setelah mereka dapat tajaan atau biasiswa.

Kewujudan PTPTN  telah memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan negara. IPT tidak lagi didominasi oleh golongan kaya, tetapi semua rakyat dapat menikmati & menimba ilmu ke peringkat tertinggi, akhirnya ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPT.

Memang benar pelajar akhirnya terpaksa menanggung hutang pelajaran selepas tamat pengajian. Namun kerajaan tidaklah terlalu kejam. Mahasiswa yang telah bergraduasi diberi tempoh sehingga mereka dapat kerja, baru bayar.

Selain itu, bagi peminjam yang dapat 1st class PTPTN akan automatik jadi biasiswa. Tak payah bayar sesen pun. Jadi, apakah signifikan kerajaan buat macam tu? Mereka cuma mahu pelajar belajar bersungguh-sungguh, lahirkan suasana keilmuan dalam negara ni. Berapa ramai mahasiswa yang menikmati kemudahan ini.

Bila ada segolongan Mahasiswa yang turun berdemo mahu PTPTN ini dimansuhkan & diganti dengan pendidikan percuma aku rasa macam tak patut. Keluarkanlah fakta yang mengatakan kerajaan boleh bagi pendidikan percuma, mungkin ada benarnya. Tetapi bukan itu persoalannya.


Persoalan yang lebih besar, adakah kita sebagai mahasiswa telah menunaikan tanggungjawab kita dengan sebenar-benarnya? Kita sibuk berbicara soal hak kita tetapi kita lupa hak orang lain.

Jika PTPTN dijadikan biasiswa, adakah kita gunakan duit itu secara telus hanya untuk hal-hal pelajaran sahaja. Ramai je yang akan guna duit tu untuk benda-benda lagha, beli handphone baru, mesej awek, dan macam-macam lagi yang tidak menjurus ke arah pelajaran. Selama ini sibuk mengutuk pemimpin negara, mahukan pemimpin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz lah, tapi adakah kita ini menerapkan nilai pekerti khalifah Umar dalam diri? Bak kata pepatah, mengata orang dia yang lebih.

Kalau nak disyadidkan hukum penggunaan duit itu nanti maka akan sakit semua mahasiswa. Nak beli handphone baru, haram. Kita shopping kat pusat beli belah, haram. Nak beli tiket wayang, haram. Malahan berdemo pun haram bila ada guna duit itu, hisap rokok, dua kali haram. Maknanya, nak enjoy kena cari duit sendirilah. Kalo rakyat tak halalkan duit tu diguna ke tempat lain. Alamatnya berapa ribu yang menuntut di akhirat kelak.

Namun, kita ada konsep 'lebih kurang'. Maknanya, gunalah duit tu ikut suka selagi kita masih belajar. Bukan susah pun. Belajarlah bersungguh-sungguh, dapatkan 1st class. Lepas tu, percuma. Kalau benda diberi percuma tanpa usaha, kita takkan belajar menghargai.

Akan ada juga yang mengatakan bahawa mendapat 1st class tu bukan mudah. Tetapi perlu kita yakini, rezeki itu datang dari Allah. Jika kita berusaha sudah pasti Allah akan memberi rezeki setimpal dengan usaha kita. Belum cuba belum tahu. Tetapi jangan sampaikan kita beriman dengan usaha kita melebihi iman kita kepada Allah. Jika tidak dapat mungkin ada hikmah disebaliknya. Redha dengan takdir, tetapi selepas berusaha & berikhtiar.

Kesimpulanya, aku setuju PTPTN diganti dengan biasiswa tetapi dengan syarat mahasiswa wajib menjalankan tugasnya dengan menggali ilmu bermanfaat sebanyak-banyaknya dan memberi sumbangan kepada masyarakat & negara. Tetapi adakah kita mampu menggalas tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya?


Wallahualam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...