Isnin, 20 Februari 2012

Transformasi Bermula

Assalamualaikum,



Setelah hampir sebulan aku menjadi seorang kadet, akhirnya aku kembali semula ke kehidupan asalku. Kembali semula menjadi seorang penggali cahaya ilmu di UKM tercinta ini.

Memori masa lalu tidak sewenang-wenangnya akan aku lupakan kerana pengalaman itu umpama guru yang tidak bosan mengajar aku tentang erti hidup ini. Aku telah banyak memerhati diri sendiri, betul kata orang, ketika susah barulah kita dapat mengenali diri sendiri jika kita benar-benar mahu memikirkannya.



Sekembalinya aku daripada medan perjuangan, tidak banyak telah berubah. Cuma kemesraan itu semakin erat kerana kesusahan itu dilalui bersama-sama. Aku juga bakal tidak bersendirian memakai pakaian PO ketika makan. Tradisi itu akan cuba kami kembalikan dan akan kami banggakan. Begitu juga beberapa tradisi lain yang sudah semakin dilupai, kami akan cuba bangkitkan. Semoga kami istiqamah dalam perjuangan ini.



Peperangan lalu banyak menyingkap siapa diri kita dan siapa kawan-kawan kita yang sebenarnya. Masing-masing telah menunjukkan 'true color' masing-masing. Setiap insan ada kelemahan dan peperangan ini bijak membogelkan satu persatu kelemahan itu agar masing-masing dapat muhasabah diri dan membaiki diri sendiri.

Dalam peperangan, sikap cuba menjadi hero adalah suatu tindakan yang bodoh kerana sikap itu kebiasaannya memakan diri. Ketika itu sudah tiada sifat macho kerana masing-masing keletihan. Saat itu semua orang sama sahaja, tiada beza jantina ketika menghunus senjata. Jika ada yang cuba membangkitkan soal gender maka makian menjadi santapan telinganya.


Keadaan berbeza jika betul-betul sudah nak mati, barulah pertolongan dihulur. Selagi kudrat masih bersisa, selagi itu aku membiarkan mereka meneruskan perjuangan. Salah mereka juga kerana tidak menyiapkan diri sendiri untuk menghadapi pertempuran itu. Bak kata perajurit,

 the more you sweat during training, the less you bleed in war


Baiklah, sampai di sini sahaja aku merepek. Perjuangan berikutnya lebih mencabar. Perjuangan yang acap kali aku tertewas. Sesungguhnya pengalaman itu mengajar, terpulang sama ada kita mahu belajar atau tidak.

Wassalam

1 ulasan:

idris bin hasyin berkata...

fuh... dah makin semangat abg ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...