Khamis, 19 April 2012

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum,



Hari ini antara hari yang paling gembira. Walaupun lewat tiba ke kelas.. Selalunya aku akan berjalan dengan begitu pantas. Tetapi entah mengapa kakiku hari ini seolah tak mahu aku berderas. Seakan menunggu sesuatu. Aku pula tidaklah kelam kabut seperti kebiasaannya, tenang berjalan seperti biasa.


Saat aku mendaki tangga parking PTSL ke FST, aku terlihat satu sosok tubuh yang amat aku kenali. Insan yang pernah menyebabkan aku kecewa dahulu. Dia menuju ke arahku (sebenarnya dia mungkin mahu ke pusanika atau ptsl). Aku mengalih pandangan aku ke arah lain. Sesekali aku menjeling ke arahnya saat dia semakin hampir.

Dia berjalan dan memandang ke arahku seraya tersenyum, "pergi kelas ke?".

"haah", balasku, senyum.

Dia tidak seperti pada kebiasaannya yang selalu mengelak bila terserempak atau buat tak nampak bila berselisih. Dia menegurku. Menegur serta dengan senyuman.


Gembira hati ini memang tak terkata. Biarpun tak sampai 10 saat (estimate je), tapi cukuplah setakat itu. Aku sangka dia sudah membenciku. Ternyata aku silap. Tindakannya selama ini barangkali hanya mahu menjaga dirinya. Walaubagaimanapun aku harap ini sebagai tanda positif sebelum aku berani membuat langkah seterusnya yang lebih serius.

Jika keadaan ini yang dia mahukan, aku menghormati prinsipnya. Biar Allah sahaja yang menjadi penghubung.

Wassalam

p/s: rasa semakin bersemangat untuk belajar. Semoga semangat ini berkekalan sampai graduate & tauliah

4 ulasan:

Unknown berkata...

wau!!! hebatlah ko... teruskan bersemangat anda itu!!!

idris bin hasyin berkata...

Betenang bang, betenang... istighfar2...

Tanpa Nama berkata...

Haha..rilek ar. Benda ni skejap je pown.

Man berkata...

oit2 jaga mata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...