Sabtu, 30 Julai 2011

Analisa Kekalahan Harimau Malaya & Hikmah Disebaliknya

Assalamualaikum,



Maafkan aku kerana lambat menyiarkan artikel ini. Mungkin aku sudah dianggap ketinggalan kerana dikala suhu peminat Harimau Malaya semakin reda aku tiba2 tulis entry pasal benda ni.

Baiklah cukup aku bermukadimah, seterusnya mari kita sama2 tengok antara punca kita seri pada perlawanan timbal balik di SBJ.

1. Kondisi pemain Malaysia dilihat amat tertekan dengan kedudukan permainan yang terikat 5-3 secara agregat hasil perlawanan di Jalan Besar. Ini dapat dilihat dengan corak permainan Malaysia yang agak agresif.

2. Singapura dilihat sedaya upaya melengah-lengahkan masa dengan aksi lakonan cedera walaupun sebenarnya ada yang jatuh sendiri. Keadaan ini amat jelas apabila pemain singapura tergolek2 seolah2 sakit yang teramat sampai kena bawa pengusung. Tetapi mereka hanya dituam ais sahaja oleh ahli medik. Kalau betul sakit sepatutnya bahagian yang sakit itu dispay. Kita juga dapat lihat apabila penjaga gol singapura kantoi pura2 sakit kepala tapi muka senyum.

3. Pengadil dilihat banyak melayan karenah pemain singapura. Jatuh sendiri tetapi dapat sepakan percuma. Pemain Malaysia juga diasak sehingga terjatuh tapi play on juga.

4. Pertahanan Malaysia yang rapuh juga faktor penyumbang keputusan. Kerap kali benteng Malaysia bocor. Nasib baik ada Apek yang bertungkus-lumus menepis serangan lawan. Aksi berani mati ketika one on one dengan Qu Li aku kelaskan yang terbaik.

5. Banyak pemain Malaysia tidak menunjukkan prestasi sebenar. Seperti contoh Ismail Faruki yang gagal menyempurnakan peluang yang ada. Bukan mahu kondem dia tetapi harap dia dapat belajar dari pengalaman.

Cukuplah dengan faktor2 di atas. Rasanya banyak lagi yang boleh ditulis tetapi rasanya tak perlulah. Korang lagi pandai menilai.



Hikmah kekalahan ini ialah kita dapat mengenal siapa PENYOKONG SEBENAR Harimau Malaya. Rata2 penonton stadium bersorak memberikan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara. Pejuang2 negara ini dijulang & dirai seolah2 mereka menang. Tiada makian, tiada carutan. Masing2 bersedia berkongsi suka duka Harimau Malaya.

 Disebalik keharuan ini, ada juga suara2 sumbang yang bergema mengkondem pemain Malaysia, seolah2 memperlekehkan kemampuan anak Malaysia. Sedihnya yang mengkritik itu sekadar peminat ikut-ikutan  yang hanya memuji bila menang & menghina apabila Harimau kita tersungkur. Bila diselidik ternyata suara2 sumbang itu ada yang tak tengok bola pun. Cara mereka mengkritik seolah2 mereka menonton setiap acara yang disertai Harimau Malaya walhal itulah agaknya kali pertama tengok bola, itupun sekadar tengok2 sahaja.

Mujurlah ada pihak yang berani tampil kehadapan mempertahankan Harimau yang kita sayangi. Menjawab kritikan demi kritikan serta menepis tomahan demi tomahan yang dilemparkan. Sedaya upaya melindungi Harimau yang terluka. Disamping memberi kata2 semangat serta berterus terang memberi pendapat yang membina.

 Aku sebagai pemerhati di luar alam maya ini hanya tersenyum. Di dalam hati berbisik........ INILAH PENYOKONG TULIN.

Jumaat, 29 Julai 2011

Adakah Rakyat sedar bahawa Polling Agent sudah mampu selesai masalah pengundi hantu


Assalamualaikum,
Walaupun BERSIH dah gagal, masih ada lagi puak2 yang cuba buat provokasi dengan demo2 kecil yang entah ape2 lagi. Kat sini aku ada sedikit info mengenai sistem pilihanraya yang diamalkan di Malaysia. Kepada pihak yang kononnya mahu mencari kebenaran, harap2 baca dengan teliti & sampai abis sebelum memfitnah SPR. Tidak lupa kepada SUNGAI RAPAT ONLINE atas perkongsian maklumat ini. Semoga sama2 dapat cari kebenaran.
Rakyat tidak tahu bahawa sistem yang diamalkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya sudah mencukupi bagi mengatasi samada masalah pengundi hantu atau warganegara asing atau warganegara yang berumur 100 tahun lebih ke atas.
Mari kita lihat prosedur yang telah diamalkan oleh SPR mengenai PACA (Polling Agent & Counting Agent)
Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding samada pembangkang atau pihak kerajaan untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi bagi pihak calonnya.
 
Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan undi dibuat.
 
PACA dikehendakki mengisi Borang A yang disediakan SPR dan dikembalikan kepada Ketua PACA 3 hari sebelum hari pengundian. Salinan Borang A hendaklah disimpan oleh setiap petugas PACA.
 
Ketua PACA dikehendakki membawa semua Borang A yang telah lengkap semasa hari pengundian.
 
Petugas PACA dikehendakki berpakaian kemas tanpa logo parti serta membawa MyKad, pensil/pen, pembaris, pemadam untuk tujuan mengawasi senarai nama-nama pengundi, bukan tidur dalam tempat mengundi.
Apakah Tugas Polling Agent
• Petugas Polling Agent mengikut shif yang ditentukan bermula jam 7 pagi 
Mereka akan pastikan semua tong undi kosong kemudian ditutup dengan lilin cair warna merah.
Semua kertas undi mempunyai nombor siri yang betul dan berturutan, tiada berulang, tidak licin, terutama dibahagian pangkah calon.
Mereka akan catatkan no. siri dan jumlah kertas undi.
Tandatangan Borang 13 setelah semua kertas undi telah diperiksa dan simpan 1 Salinan Borang 13 untuk simpanan.

• Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini. 
Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan gariskan.
• Polling Agent akan pastikan umur dan bangsa pengundi adalah munasabah
Contoh jika No KP 370110-05-2020 sepatutnya berumur 70 tahun tapi yang datang berumur 30 an, angkat tangan dan buat aduan pada Pegawai SPR supaya pengundi tadi disiasat. Atau jika namanya disebut Melayu tapi yang datang berketurunan bukan Melayu minta pegawai SPR sahkan.
• Tidak sesiapa pun di benarkan masuk dalam tempat mengundi kecuali Petugas SPR, polis bertugas, calon dan wakil calon yang bertanding sahaja.
• Yang berada di tempat mengundi adalah Petugas SPR, petugas parti lawan, pengundi tidak memakai baju atau lambang parti.
• Polling Agent tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkan tempat mengundi terutamanya waktu akhir 4 ptg – 5 ptg walaupun keluar merokok sebentar.
• Jika mereka nak hendak keluar juga perlu  hubungi Ketua PACA untuk diganti sementara.
• Apabila tamat tempoh mengundi petugas PACA akhir catatkan no siri yang telah digunakan dan no siri kertas undi yang tinggal. Kertas undi lebih akan dimasuk dalam sampul surat 1 dan ditutup. Kertas undi telah dikoyak akan dimasukkan dalam sampul surat 2 dan ditutup. Kedua-dua sampul 1 & 2 akan dimasuk dalam tong undi dan ditutup.
• PACA akan pastikan Borang 14 diisi, iaitu Jumlah kertas undi dikoyak dan jumlah kertas undi baki. Pastikan maklumat dalam Borang 14 dan Borang 13 sama.
• Jam 5 ptg – 6 ptg ialah waktu rehat. Polling Agent tidak dibenarkan meninggalkan tempat peti undi.
 
SPR akan beri cara menganggar Umur dari MyKad contoh Tahun semasa 2007
• Nombor MyKad bermula 0 umur antara 98 – 107 tahun
• Nombor MyKad bermula 1 umur antara 88 – 97 tahun
• Nombor MyKad bermula 2 umur antara 78 – 87 tahun
• Nombor MyKad bermula 3 umur antara 68 – 77 tahun
• Nombor MyKad bermula 4 umur antara 58 – 67 tahun
• Nombor MyKad bermula 5 umur antara 48 – 57 tahun
• Nombor MyKad bermula 6 umur antara 38 – 47 tahun
• Nombor MyKad bermula 7 umur antara 28 – 37 tahun
• Nombor MyKad bermula 8 umur antara 18 – 27 tahun
 
Setiap kali pilihanraya SPR akan bentangkan Nombor Mykad bermula contohnya 87, 88, 89, 90 dan seterusnya adalah tidak layak untuk mengundi pada tahun 2007 kerana berumur kurang 21 tahun.
Persoalannya sekarang:
1. Kenapa masih wujud lagi pengundi hantu, jika ada sudah semestinya polling agent pembangkang akan terus membantah.
2. Kenapa perlu ada pengundi berumur lebih daripada 100 tahun kerana polling agent pembangkang akan memastikan senarai nama dan no kad pengenalan
Apa yang boleh saya katakan di sini sistem yang diamalkan oleh SPR sebenarnya sudah lengkap dan memadai cuma polling Agent yang dilantik oleh pembangkang memang jenis tak tahu nak buat kerja atau tidur semasa proses pengundian dijalankan.
Kemudian bila kalah mereka terus menyalahkan kerajaan. Pembangkang sepatutnya Bersihkan dahulu Polling Agentnya sebelum membuat berbagai dakwaan yang tidak masuk akal.
Kita tunggu apakata Ambiga mengenai polling agent ini.

Khamis, 28 Julai 2011

Aku Redha...........

Assalamualaikum,




Hari ni adalah hari yang PALING MENYEDIHKAN.... Semalam pagi sepupu cakap beratur panjang gaban. Dia tak jadi beli sebab kalau tunggu memang tak masuk keje weh. Petang, tiket habis. Kawan dari JB cakap tiket esok masih ada. Berbunga2 harapan aku.

Esok iaitu hari ni, aku sms sepupu aku. Still NEGATIF. Sekarang, lagi lebih kurang 1Jam 30minit aku sudah boleh terima kenyataan bahawa aku bukan orang terpilih untuk duduk di Stadium. TV pun TV lah. yang penting dapat tengok.

Kepada sahabat2ku yang dapat pi, Tahniah. Semoga sorakan korang menjadi inspirasi kekuatan kepada Harimau Malaya.

BANGKITLAH HARIMAU!!!!


Disini aku attach video dari Ultras. Enjoy..



Wassalam

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Assalamualaikum,

Ben Ashaari buat pertandingan lagi. Maklumat lanjut klik Gambar


Fakta Perang Melaka-Portugis 1511:

1. Tentera Melaka menggunakan senjata2 moden seperti Lela Rentaka (mobile cannon) dan mempunyai pasukan Pemuras/ Istinggar (musketmen)
2. Istana Melaka yang sebenar bukan diperbuat daripada kayu tetapi diperbuat daripada Batu serta kuat.
 Selanjutnya Rujuk LOKAL GENIUS

Rabu, 27 Julai 2011

SAYA NAK JOIN BLOGLIST DIEYANA

Assalamualaikum,

Boring2 berfb & berbelog. Aku join je la event INI


Nama: Alif Yusof
Umur: 19 tahun
Salam, semoga kita sama2 dapat berkongsi secebis ilmu yang dikurnia.

Wassalam

Ahad, 24 Julai 2011

Mari kawan2!! Senarai Biasiswa

Assalamualaikum,

Kat sini aku post pasal biasiswa yang boleh korang pohon kat Malaysia. Pautan yang ada mungkin sudah tak available tapi sekurang2nya kita dapat sedikit idea kalau nak cari biasiswa.


1) PTPTN
 2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
 3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
 4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
 5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
 6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
 7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
 8) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
 9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
biasiswa.perak.gov.my @ www.perak.gov.my
 10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
 11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
epp.penang.gov.my
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
 13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )
tapem.melaka.gov.my
 14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
 15) Gamuda Berhad
 16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
 17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
 18) Lembaga Zakat Selangor
 19) Bank Rakyat Malaysia Berhad
 20) Majlis Amanah Rakyat
21) Pusat Zakat Sabah
 22) Yayasan Negeri Sembilan
 23) Skim Biasiswa National Science F
 24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
 25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
 26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
 27) Sarawak Shell Berhad
 28) Sapura Industrial Berhad
 29) Terengganu Advanced Technical Institute
31) Yayasan Felcra
esistem.felcra.com.my/yayasan/index.html
32) Yayasan Pahang
33) Yayasan Sabah
34) Yayasan Selangor
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
yayasan.tnb.com.my
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
37) Yayasan Terengganu
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

Trimas kat saudara Qudwa kerana bagi info yang amat berharga ni.

Waspada Penipuan E-Mail

Assalamualaikum,


Sejak akhir2 ni inbox yahoo! aku penuh dengan e-mail2 yang tak dipadam sampai naik lemas aku dibuatnya. Ketika aku memeriksa e-mail2 yang dirasakan perlu disimpan atau dipadam, aku terbaca satu pesanan dari entah siapa memperkenalkan diri sebagai ameera (bukan nama sebenar) dari afrika. Mengatakan berminat mahu memperkenalkan diri kepada aku. kemudian, ada email dari abu juga dari afrika, memberitahu bahawa ada seorang jutawan afrika telah meninggal dunia dan beliau telah mewasiatkan semua harta2nya kepada aku. lepas tu dari Ali, email yang hampir sama. Mahmud, email yang sama.

Wah!!! Ramai gila nak bagi aku duit!!!





Hahaha...aku hanya tersenyum sahaja. Tindakan susulan aku, padam semua email2 mengarut tu. Aku tak tahu  motif sebenar diorang. Mungkin ini salah satu sindiket dadah yang telah memperdaya ramai anak2 Malaysia seperti yang kita selalu dengar di berita2. Prinsip aku, tak de orang nak bagi duit free2 je tanpa harapkan balasan melainkan kawan. tapi kawan2 pun segan juga. gila kaya sey aku kalau betul email2 ni.

Nasihat aku, tak payah la percaya sangat benda2 ni. Bila dapat banyak sangat email macam ni, aku hanya tersenyum sambil menekan butang PADAM.

Wassalam

Rabu, 13 Julai 2011

Memang Raja Drama

Assalamualaikum,

Hahhaha..tergelak sakan aku dapat info2 ni. Puak2 Bersih memang pandai berlakon gamaknya. Kesian almarhum yang meninggal tu. Kematiannya memang digunakan sepenuhnya oleh media2 pakatan untuk mempromosi kekejaman polis. Tengok video ni yg minit part orang mati tu


Tau tak sape yang mati dlm video ni??? Nama dia Shuhardi Mohd. Sebenarnya konspirasi kematian beliau memang sengaja dirancang untuk memburukkan kerajaan & polis. Kat bawah ni detik2 sblum dia 'MATI'.


Bangsat ni yang berlakon watak Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia kerana sakit jantung semasa Bersih 2.0




Hebat lakonan mcm Mentornya Anwar Pandikutty




Sempat senyum tu. Polis dah termakan jerat....



Lepas tu, dia dibawak ke hospital. Then dia nak cabut lari polis tangkap dia. time tu la kantoi...






Ni dari blog pembangkang.






Hahahaha...macam serupa ye..


Abis tu sape yang mati nih???!!!!!




Inilah gambar sebebenornya Arwah Baharudin Ahmad. Saat2 kematian beliau disisi Pegawai perubatan KERAJAAN punya. Sebab musabab kematian beliau bukan kerana gas pemedih mata, atau asid atau apape je la mcm yg dilaporkan Media Pembangkang. Sebaliknya adalah kerana SAKIT JANTUNG. laporan penuh KLIK SINI


Pembaca2 yang bijak pandai mesti tau kan sakit jantung tak de  kene mengena dengan gas pemedih mata. So, pandai2 la korang nilaikan rasionalnya.


Wallahualam.


P/s: Bab Mati ni pun ada je nak amik kesempatan. Jijik betul



Soldier of Allah.

Assalamualaikum,

Hari tu saudara aku datang ke rumah. Sedang aku membelek2 hpnya aku terjumpa lagu ni. Insaf rasanya. Papepun, enjoy this song



Semoga Allah mengutuskan khilafah sebagai pelindung Ummah. Allahuakbar!!!!!

Isnin, 11 Julai 2011

Memperbodohkan Diri Sendiri

Assalamualaikum,

Maaf dah 2-3 hari tak menulis. Sibuk ke kampung kerana nenekku yang dikasihi telah selamat ke rahmatullah. Selamatlah dia dari tipu daya Al-Masih Ad-Dajal yang mungkin akan muncul beberapa kerat masa lagi.

Baiklah, hidup perlu diteruskan. Perjuangan masih panjang. Aku nak menyentuh sedikit mengenai isu BERSIH yang baru2 ni dibuat. Melayari blog2 yang pro & anti Demo ni aku tertarik melihat gmbr2 wanita2 yang ditahan. Kebanyakannya boleh dikatakan muslimah2 yang menjaga auratnya dengan begitu baik sekali. Tapi kenapa masih membodohkan diri dengan menyertai demo haram.



Adakah mereka sedar siapa dalang BERSIH ni. Maklumat2 yang aku peroleh Demo ni ditaja oleh NDI, badan yahudi yg kononnya menyokong demokrasi. Penyertaan kaum2 muslimat secara tidak langsung meletakkan diri mereka ke aras yang rendah sekali. Aku tak mengatakan semua. Tetapi muslimat2 yang lain akan terpalit sama. Masyarakat akan memandang serong golongan2 ini. Padahal secara lahiriahnya Muslimat ini lah model terbaik bagi fesyen Wanita Islam.



Ketika anak2 muda belia semakin tidak berpakaian, golongan ini seharusnya berjihad menyedarkan rakan2 mereka supaya menutup aurat. Berdakwah menyampaikan kebenaran. bukan menyertai demo yang terang2 diketuai seorang kafir HARBI yang menyokong kes murtad & ditaja oleh ejen2 Yahudi Amerika. Masyarakat akan memandang mereka sebagai ekstrimis yang mengganggu gugat keamanan negara. Lebih teruk lagi mereka akan dilabel sebagai pencacai bodoh yang terjerit2 membela pelakon Porno & peliwat.

Aku tahu kebanyakan muslimah lebih senang menyertai parti yang kononnya islamik berbanding parti lain. Tapi adalah perlu kita sebangai manusia menilai hakikat sebenar perjuangan parti yang kita sertai. Adakah parti Islam sebenar memaki orang lain, mencarut & menabur fitnah di ceramah2 umum mereka? Adakah Islamik parti itu jika sanggup mengkafirkan saudara mereka sendiri, sanggup tak solat berjemaah bersama, mendoakan kehancuran saudara sesama muslim hanya kerana berbeza parti??



Itu belum lagi ayat2 suci al-Quran yang diguna oleh orang kafir dlm ceramah mereka. Kononnya tertarik dengan keindahan Islam tapi tak juga masuk Islam. Isu kalimah Allah, isu azan, isu maulidurrasul & banyak lagi. Sedarkah wahai muslimat sekalian? Siapa yang lebih keji, parti yang mengecop diri sbg parti Islam, menggunakan nama islam tapi perjuangan islamnya haprak. Atau parti yang tak menggelarkan diri islam, tapi membina masjid2, sekolah2 agama & konsisten menunaikan tanggungjawab yang diberi?

Seperkara lagi, muslimat2 yang dirahmati Allah. Penyertaan dalam demo ini jelas mencalarkan imej rakan2 yang lain kerana secara tidak langsung telah menderhaka kepada Ulil Amri DYMM Agong yang bertitah tidak mahu sebarang demo yang mengganggu gugat keamanan negara. Klik Sini. Adalah peri pentingnya kewajipan mentaati pemimpin seperti kebanyakan hadis Rasulullah:


Dari Ibnu Abbas rad., dia berkata: ”Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak dia sukai dari penguasanya, maka bersabarlah! Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaah sejengkal saja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah.” (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah , dia berkata: “Kami masuk ke rumah Ubadah bin Ash-Shamit ketika beliau dalam keadaan sakit dan kami berkata kepadanya: ‘Sampaikanlah hadits kepada kami –aslahakallah- dengan hadits yang kau dengar dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam yang dengannya Allah akan memberikan manfaat bagi kami!’ Maka ia pun berkata:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam memanggil kami kemudian membai’at kami. Dan di antara baiatnya adalah agar kami bersumpah setia untuk mendengar dan taat ketika kami semangat ataupun tidak suka, ketika dalam kemudahan ataupun dalam kesusahan, ataupun ketika kami diperlakukan secara tidak adil. Dan hendaklah kami tidak merebut urusan kepemimpinan dari orang yang berhak –beliau berkata- kecuali jika kalian melihat kekufuran yang nyata, yang kalian memiliki bukti di sisi Allah.” (HR. Al-Bukhari dalam Shahih-nya juz 13 hal.192, cet. Maktabatur Riyadh Al-Haditsah, Riyadh. HR. Muslim dalam Shahih-nya, 3/1470, cet. Daru Ihya-ut Turats Al-Arabi, Beirut, cet. 1)
Dikuatkan lagi dengan hujah2 ini:
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud rad., dia berkata: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
‘Akan muncul setelahku atsarah (orang-orang yang mengutamakan diri mereka sendiri dan tidak memberikan hak kepada orang yang berhak -red) dan perkara-perkara yang kalian ingkari’. Mereka (para shahabat -red) bertanya: ‘Apa yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” Beliau berkata:
“Tunaikanlah kewajiban kalian kepada mereka dan mintalah hak kalian kepada Allah.”(Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim dalam Shahih keduanya)
Diriwayatkan pula dari ‘Adi bin Hatim rad. Dia berkata: “Kami mengatakan: Wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam kami tidak bertanya tentang ketaatan kepada orang-orang yang takwa, tetapi orang yang berbuat begini dan begitu…(disebutkan kejelekan-kejelekan), maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
‘Bertakwalah kepada Allah! Dengar dan taatlah!’ (Hasan lighairihi, diriwayatkan oleh Ibnu Abu ‘Ashim dalam As-Sunnah dan lain-lain. Lihat Al-Wardul Maqthuf, hal. 32)
Berkata Ibnu Taimiyyah : “Bahwasanya termasuk ilmu dan keadilan yang diperintahkan adalah sabar terhadap kedzaliman para penguasa dan kejahatan mereka, sebagaimana ini merupakan prinsip dari prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sebagaimana diperintahkan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dalam hadits yang masyhur.” (Majmu’ Fatawa juz 28, hal. 179, cet. Maktabah Ibnu Taimiyyah Mesir)
Sedangkan menurut Al-Imam An-Nawawi : “Kesimpulannya adalah sabar terhadap kedzaliman penguasa dan bahwasanya tidak gugur ketaatan dengan kedzaliman mereka.” (Syarah Shahih Muslim, 12/222, cet. Darul Fikr Beirut)
Berkata Ibnu Hajar : “Wajib berpegang dengan jamaah muslimin dan penguasa-penguasa mereka walaupun mereka bermaksiat.” (Fathul Bari Bi Syarhi Shahihil Bukhari)
Jadi jikalau ditakdirkan mati ketika berdemo ini, apakah nasib kita disana? Paling mudah contoh kes Memali, Bukan Aku nak kata mereka yang mati itu sia2, itu urusan Allah. Mereka mati memperjuangkan negara Islam walaupun hakikatnya mereka menderhaka kepada ulil amri. Tetapi secara mengejut pemimpin Parti bernamakan Islam mengatakan TIADA NEGARA ISLAM DISEBUT DALAM AL-QURAN, YANG ADA HANYA NEGARA KEBAJIKAN. Oleh itu aku mahu berfikir sejenak, adakah shuhada Memali itu sia2? Hey, murah betul nyama mereka.
Inilah kesannya jika digunakan Islam sebagai Alat politik. Sekejap hukum ini boleh, kejap kata tak boleh. Hukum berubah mengikut survival Parti. Mempolitikkan Agama, sesuatu yang paling KEJI menurut pandangan aku.
Oleh itu, aku mahu menyeru kepada muslimin & muslimat semua. Janganlah kita berpecah2 sebab hal politik. Lupakan perbezaan kita & sama2 membela Islam yang suci ini. Belajar & nilaikan apa yang berlaku disekeliling. Kalau nak dibincangkan skandal penyelewengan yang dilakukan oleh Parti bernamakan Islam ni memang berjela2. Sama je dengan Parti kerajaan. Apa yang penting, KERJASAMA UMMAH. Kepada Muslimat yang menyertai Demo, tahniah kerana anda , rosak susu imej sahabat2 anda ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Wallahualam
P/S: Dato Fuad Zarkasyi ketika masih belajar di Amerika juga memperjuangkan negara Islam dalam kumpulan tablighnya. Tapi tak de pun masuk Parti bernamakan Islam.

Rabu, 6 Julai 2011

Islam Akan Menang Di Eropah Tanpa Perang

Assalamualaikum,



Video ini mengatakan kita mungkin dapat menguasai negara2 eropah tanpa pedang. Allah telah menunjukkan bahawa kita umat teramai di dunia. Malahan pertumbuhan kadar kelahiran umat islam jauh lebih tinggi berbanding orang2 eropah & Amerika Syarikat.

Selama ini negara2 barat sering mempromosi hak asasi manusia untuk membenarkan mereka membuat apa sahaja yang menekan umat Islam. Jika kita bersatu dalam sedikit masa lagi kita boleh menggunakan senjata mereka iaitu hak asasi untuk menguasai negara Eropah. Syaratnya BERSATU.



Jika golongn homoseksual dapat menuntut hak asasi mereka kerana jumlah suara mereka lebih ramai berbanding dahulu, tak mustahil kita juga boleh lantang menyuarakan hak kita. Bayangkan kita dapat menguasai ekonomi, budaya & politik sesebuah negara seterusnya bersatu dengan negara2 lain di bawah daulah islamiyah.

Lagi satu, Malaysia & Indonesia berkongsi satu persamaan. Sekarang ini kedua2 negara dipimpin oleh perdana menteri & presiden ke-enam. Najib PM ke-6, Pak Susilo Presiden ke-6. Najib melengkapkan teori RAHMAN manakala Susilo sedang melengkapkan teori NoToNoGoRo walaupun kurang tepat seperti teori RAHMAN. Namun itu boleh dijadikan pemangkin kepada kesatuan nusantara.



Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah bersatu. lupakan hal politik, lupakan sempadan negara yang dicipta penjajah,lupakan perbezaan warna kulit, sebaliknya bersama membangun ummah ke arah yang gemilang.


Wassalam

Selasa, 5 Julai 2011

Jaringan Aidil Zafuan Terbaik Di Dunia



 Gol jaringan Aidil Zafuan antara tercantik didunia apabila laman web 101greatgoals menyenaraikan nama beliau sebaris dengan bintang ternama dunia.






Please remember that we’re looking for YOUR VOTE to see which of the top ten goals YOU think is best. The poll can be found at the bottom of this post.After stressing that our list is compiled in chronological order (and not order of preference), all that’s left to say is sit back and enjoy!


1. Rodolph Austin (assist Diego Guastavino) (Sarpsborg v Brann, June 27, 2011)
2. Monica Ocampo (Mexico v England, June 29, 2011)
3. Lee Trundle (Aalesund v Neath, June 30, 2011)
4. Andriy Yarmolenko (Dynamo Kiev v Astra Ploiesti, July 1, 2011)
5. Heather O’Reilly (United States v Colombia, July 2, 2011)
6. Darlington Nagbe (Sporting Kansas City v Portland Timbers, July 2, 2011)
7. Andy Najar (DC United v Philadelphia Union, July 2, 2011)
8. Mohd Aidil Zafuan (Taiwan v Malaysia, July 3, 2011)
9. Marta (Brazil v Norway, July 3, 2011) (pictured)
10. Jonas Svensson (Rosenborg vs Sarpsborg, July 3, 2011)



Aidil Zafuan mendapat undian tertinggi mengatasi jaringan yang dilakukan oleh pemain dari seluruh dunia.Jom sama sama kita undi di sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...