Isnin, 19 Mac 2012

Menatap matanya

Assalamualaikum,



Ahad lepas aku pi Lowyat. Perjalanan yang agak memenatkan barangkali. Takde benda yang aku beli pun memandangkan duit tak masuk. Aku cuma berjalan-jalan menemankan kawan aku beli lappy je.



Memori yang paling aku ingat bila aku masuk ke dalam rapidKL depan aku betul2 ada dua orang perempuan, berpurdah, atas bawah serba hitam, nampak mata & cermin mata je. Saat kakiku melangkah masuk spontan mataku & matanya bertentang. Aku senyum kepadanya. Dia tunduk.



Sepanjang perjalanan ke BTS ada beberapa kali aku menjeling ke arahnya. Tangannya seperti membilang sesuatu. Sesekali dia bermain punat2 telefon bimbitnya. Adakala mata kami bertemu dan masing masing tertunduk semula. Aku tertanya-tanya, apa yang ada dalam fikirannya.

Malangnya jodoh kami berakhir di BTS. Dia & kawannya meneruskan perjalanan manakala aku & kawan2ku bertukar haluan untuk ke KTMB. Saat keluar dari rapidKL aku sekali lagi memandang ke arahnya. Sayang dia sudah duduk membelakangi aku. Rasanya itu saat yang baru berlalu tadi pun sudah cukup. Harap jika ada jodoh, inshallah akan bertemu semula.

Wassalam.

4 ulasan:

Unknown berkata...

sungguh ke ni????

idris bin hasyin berkata...

x bleh bellah...

Man berkata...

InsyAllah. Jodoh tak kemana. Usaha lagi ye.

marshaPetrelli berkata...

wawawawa...
love is in the air~
hikhik..
du'a bebanyak alep!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...