Khamis, 23 Ogos 2012

Langkah yang Longlai

Assalamualaikum,



Pernahkah korang rasa sesak. Seolah2 dada dihimpit oleh jentolak roller jalan tu. Begitulah rasanya bila somebody put a high expectation on us.



Aku mengaku aku telah beberapa kali dapat melepasi  had kelayakan yang sepatutnya, menjangkaui keupayaan insan lain. Di saat orang lain berusaha separuh mati, aku yang sambil lewa mampu mengalahkan atau paling tidak menyaingi mereka.

Aku bukan bercakap kosong tapi beserta bukti dan rekod. Kadang kala aku sendiri tidak menyangka aku boleh lakukannya di saat keraguan timbul setiap kali ujian mampir.

Walaubagaimanapun, aku juga manusia biasa. Aku pernah kecundang beberapa kali. Setiap kali aku terjatuh, aku juga dipersalahkan. Mengatakan bahawa aku tidak kuat berusaha. Ya. Aku memang kurang usaha jika dibandingkan dengan orang lain. Aku tidak sekuat mereka. Aku rapuh. Jika diberi pendorong sekalipun tidak dapat bertahan lama.


Aku pernah 2 kali menggunakan dorongan itu. Aku akui mereka pendorong terbaik. Aku berjaya melepasi tahapku lagi. Namun kini bila mereka tiada, bila kami berpisah nyata,  semangat itu kembali pudar. Seperti lampu yang kehabisan minyak.

Mencari mereka.

Tidak mungkin itu berlaku. Tatkala masing2 sibuk dengan hal sendiri. Mana mungkin kembali seperti dulu. Kerana semangat itu datang saat kami saling bersama di nyata dan di maya.

Ketika aku sibuk tercari2 semangat yang hilang itu, aku tersungkur. sekali lagi. Yang entah kali ke berapa aku sendiri lupa. Tersungkur aku di saat seseorang itu menaruh harapan yang tinggi. Lantas terzahir kekecewaan dan akhirnya aku dipersalahkan sekali lagi.

Acapkali aku mengulang alasan yang sama. Namun alasanku bukan kerana sekadar alasan kerana alasan itu sahaja yang mampu aku berikan kerana alasan itu adalah realitinya.

Mungkin aku perlu melepaskan beberapa tanggungjawab yang membelengu diri supaya mampu memberi tumpuan kepada sesuatu yang lebih mustahak.

Benar kata pepatah melayu, bagai menyelam minum air. Jika minum sambil menyelam risiko untuk lemas itu sangat tinggi.

Baiklah, setakat ini sahaja repekan aku. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf jika tulisan kali ini barangkali pada kalian seperti layak dibakul sampahkan.

Wassalam





p/s: slip exam selamat tiba di rumah.

1 ulasan:

Unknown berkata...

slip exam blm sampai ke kota tinggi lg...

sabar lah... mungkin ia satu ujian buat kita... dlm hidup ni tak selalunya indah, tak selalunya berjaya...

aq dah bnyk kali terima kegagalan sejak spm lg... masa tu aku dah putus asa utk belajar... tp, matrik umpama bg aku peluang ke2 buat aq... sejak itu aku usaha... alhamdulillah aku dpt masuk u yg hebat...

tp, bila kat u aku kecundang lg... jd, aku kena menapak satu-persatu... aq tak nak putus asa selagi aq masih berjuang di landasan yg aq sendiri pilih...

berusaha, berdoa dan bertawakal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...