Isnin, 30 Julai 2012

Isu Logo Hari Merdeka : Cerita Sebenarnya

Assalamualaikum.


Rentetan isu logo hampeh sempena hari merdeka tak lama lagi. Aku telah membuat beberapa bacaan ke blog2 pro-BN & Pro-PR. Kebanyakannya menulis dalam nada menegur secara berhemah & tak kurang juga yang menegur secara tidak berhemah. Tapi 1st time nmpk bloggers berbeza aliran politik bersatu dalam satu perkara. Aku akhirnya terjumpa tulisan salah satu blog pro-BN yang mungkin dapat mencerahkan sedikit suasana.


MiM merujuk kepada 2 kenyataan Rais Yatim berkenaan logo hari Merdeka ke-55 yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Yang pertama adalah laporan di bawah di mana Rais Yatim mempertahankan keaslian logo hari kemerdekaan ke-55. Di antara laporannya :








Di bawah pula adalah satu lagi kenyataan Rais Yatim yang mengatakan tiada logo rasmi untuk hari kemerdekaan ke-55 ini!

Yang ada cuma logo 1Malaysia sahaja. Di antara laporannya :




Ooo....begitu ceritanya.

Kenyataan pertama Rais Yatim yang 'mempertahankan keaslian logo hari kemerdekaan ke-55' itu sebenarnya merujuk kepada logo 1Malaysia, logo yang juga 'digunapakai untuk program-program dan hari-hari lain'.


Ni ha..logonya sama mcm tahun lepas


Diambil & diubahsuai daripada Sumber:  Dr MiM

Aku selaku blogger minta maaf jika post sebelum ni mungkin telah menimbulkan salah paham. Aku sendiri pun tersalah paham. 


Tapi aku rasa ada baiknya jika logo2 yang dpaparkan pada post yang lepas tu diguna. paling tidak pun buat la pertandingan mencipta logo ke. Macam tahun lepas2 tak silap ada pertandingan cipta lagu patriotik sempena hari merdeka. (Lagu nyanyian Faizal Tahir menang) 


Slogan pula kasi tukar. Bersatu teguh bercerai roboh ke, sepakat membawa berkat ke, perpaduan asas kemajuan negara ke. (sekadar memberi contoh). Slogan yang bertemakan perpaduan kaum atau semangat cinta negara.


Lagi satu bab lagu. Tolonglah tukar. kalau dulu masa aku skolah kena nyanyi lagu rukun negara yang entah pape tu (tapi aku boleh terima lagi), jangan sampai budak sekolah pun meluat nak nyanyi. Siap ada rap bagai.


Tanamkan patriotik jangan terbawa budaya politik.


Wassalam

1 ulasan:

Unknown berkata...

hilang semangat patriotik aq...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...