Rabu, 18 Mei 2011

Semakan Keputusan PSPM 2 Matrikulasi

Assalamualaikum,

Ha, cuak x cuak tunggu result.


Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi boleh korang semak pada jam 12.00 tengahari mulai 18 Mei 2011 dengan menggunakan tiga kaedah berikut:
1. Semakan melalui Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia melalui cara melayari Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my, klik pada pautan 'Senarai Aplikasi Pra Universiti' dan masukkan username dan password yang diperlukan'
2. Dengan menggunakan SMS dengan menaip MOE MAK <no kad pengenalan> hantar ke 15888
3. Melalui telefon ke Kolej masing-masing ataupun ke talian BMKPM di 03-88844022
Kolej Matrikulasi Melaka
No tel: 06-3847778

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
No tel: 06-4841825/26/27/28/29

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
No tel: 04-5756090

Kolej Matrikulasi Perlis
No tel: 04-9868613/614/615/616

Kolej Matrikulasi Labuan
No tel: 087-465311

Kolej Matrikulasi Johor
No tel: 06-9781613

Kolej Matrikulasi Perak
No tel: 05-3594949

Kolej Matrikulasi Kedah
No tel: 04-9286100

Kolej Matrikulasi Pahang
No tel: 09-5495000

Kolej Mara Kuala Nerang
No tel: 04-7867250

Kolej Mara Kulim
No tel: 04-4966422

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
No tel: 04-4682508/4689

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
No tel: 09-46771037/4661106

Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
No tel: 07-6881630

Kolej Matrikulasi Selangor
No tel: 03-31201372

Sebarang maklumat terkini akan diberitahu.. semoga berjaya.

Ya Allah, redhakan hatiku dengan segala ketentuanMu

Selasa, 17 Mei 2011

Selamat Hari GURU!!!

Assalamualaikum,



Mungkin aku dah terlewat sehari untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar CIKGU di Malaysia ni. Jasamu amat dikenang sampai bila2. Yang paling beruntung ialah mak aku. Hari Ibu dia sambut, hari guru pun dia sambar juga.

Nak cerita? Hari guru ni x de cerita la. Bangun pagi je dah pukul 10. Niat ati memang nak pi STK tp adik plak demam. kna jaga. ( x de la jaga mane pon. Stakat bg makan & minum ubat je). Tp dengar2 nya sambutan kat skolah tema muzikal. Aisey. macam syok je. Member2 semua ada kat sana. Aspar jadi MC kat situ. Adik laki aku ckp dia dah mcm cikgu da. Bakal cikgu la katakan. Hehe


Walaupun kesal kerana x dapat menghadirkan diri (walaupun x dijemput), masih ada event lain yang akan diadakan iaitu Hari Sukan. Menurut info yang berjaya dikeluarkan dalam inbox kepala otak aku mungkin hari tersebut sekitar bulan jun. Sempat la aku tengok sblm 'dilamar' oleh mana2 yang sudi.

Ok. Sampai sini aku menaip. Mata da ngantuk. Kepada semua guru2 yang dah ajar aku dari tadika sampai Matrik aku ucapkan TERIMA KASIH & SELAMAT HARI GURU.


Khamis, 12 Mei 2011

PISAU.NET: Pendedahan Pembohongan Besar! Kotornya Hj Hadi & Nik Aziz

PISAU.NET: Pendedahan Pembohongan Besar! Kotornya Hj Hadi & Nik Aziz

Rabu, 11 Mei 2011

How do I add Reactions to my blog? - Blogger Help

How do I add Reactions to my blog? - Blogger Help

Selamat Hari UMNO

Selamat hari UMNO aku ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Semoga UMNO konsisten memperjuangkan nasib Melayu & agama Islam. Sebagai rakyat Malaysia kita patut berterima kasih kpd Dato' Onn & pejuang2 melayu kerana berusaha memerdekankan kita. Sekarang kita sebagai generasi pasca merdeka patut berusaha mengisi kemerdekaan ini sebaik2nya.



Dato Onn Jaafar
Terus terang ckp aku memang minat dgn politik ni tp x de la sampai nk jd YB. Kita berjuang dibelakang shj. hehe..bkn takut cuma bila dah mengharapkan jawatan 2 dah lari drpd prinsip asal iaitu berjuang demi Bangsa & Negara. Kdg2 masa UMNO tgh teruk 2 aku mgharap juga kalah dlm PR-12 ari 2. kasi Pemimpin bangun & buat keje. Tp masa catat jumlah undi utk masuk dlm sistem agak cuak gak bila undi asyik kt pembangkang.

Walau apa pun itu cerita lama. Sekarang dah byk berubah sejak najib amik alih. Banyak cabaran yang dihadapi oleh UMNO dalam memerintah negara. bukan senang beb nak jaga ati semua org. x pasal2 najib kna buat 1Malaysia pya agenda. Tp pd aku sama je dgn perlembagaan cuma dijenamakan semula.

YB Dato Sri Najib Tun Razak
Aku sayang dgn UMNO ni dan mgkin x teragak2 utk tegur mana yg salah. Aku x taksub kpd pemimpin mcm sesetgh orang. Salah tetap salah. Mcm kes Tun M kuar 2 sedey gle. Dlm ati mcm nk maki gak org tua 2. tp crita lama kita buang yg keruh & amik yg jernih.

Aku jg berharap agar PAS dpt bekerjasama dgn UMNO. X pyh gabung parti pn x pe. cukup la PAS sbg penimbal kpd UMNO kalo UMNO wat slek PAS bleh tegur & begitulah sebaliknya. Kalo rkyt x puas ati undi je PAS. Kasi UMNO sedar & x lupa diri. Kita sama2 Melayu & Islam. Muafakat kearah kesatuan umat Islam.

K la. Selamat Hari Jadi kpd UMNO. Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia!!!

Ahad, 8 Mei 2011

Pendakian Gunung Lambak

Assalamualaikum,



Akhirnya, aku menjejak kaki ke Gunung Lambak setelah 2 tahun x naik. Ekspidisi ni turut disertai oleh zeehan, aida, huda, acal & hafiz dan juga SYAFIQ. trimas kt Syafiq krna bg idea ni wlupn last minit & hanya menyertai agenda sarapan. hahahaha

Program bermula seawal 7 pagi. aku naik moto pi rumah syafiq. malangnya syafiq masih di alam mimpi (mimpi Asma kot. hehe). Pastu yang dtg cma Aida & Huda. Zehan lmbt sket. Date dlu dgn Acal. (Hahaha..gurau jek.)
Syafiq bgn lmbt & sesat (aku pn x pasti mcmana bleh sesat) so, x dpt join naik gunung. dia dpt naik berat bdn je dirmh huda. hahaha..

Mmg pnt naik gng nih.. lg la org yg x sukan mcm aku nih. byk kali gak 'ktorg' brenti amik nafas. hehe.Akhirnya sampai gak kt signboard gunung lambak. Igt nk ajak aida & huda pi tmpt mata air. Tp zeehan tepon bising suruh turun. So, ktorg pn terpaksa la pth blek. x pe la, Zeehan pnya pasal, apa sje kami turutkan. hehe



Trimas kat huda punya mak untuk nasi lemak yg sedap. Syok gle dgn korg. kalo suma ada lg best. Len kali nk naik sampai puncak plak. InsyaAllah.


****gambar hanya sekadar hiasan. (x bwk kamera)

Rabu, 4 Mei 2011

Warisan Genetik...Dimanakah gen2 yg terbilang (Bahagian 2)

Assalamualaikum...

Sambungan daripada http://pawakadaksina.blogspot.com/2011/04/kejatuhan-umat-melayupunca-solusinya.html

Seringkali kita mendengar bahawa Bangsa Melayu bangsa yang gagah. Membina empayar, merentas samudera hingga ke afrika, malahan Lautan pasifik itu pun ada nama Melayunya iaitu Lautan Teduh (maaf kalau salah). Namun setelah hampir 400 tahun dijajah yang tinggal hanya Melayu yang lembik & malas kebanyakannya. Daripada kalangan kita ada yang tidak berani mengambil risiko & suka mengikut telunjuk orang lain.

Dalam sains ada disebut tentang perwarisan genetik atau lebih dikenali dengan genetic inheritance. Teori ini dicadangkan oleh Mendel, seorang sami di Austria. Beliau telah menjalankan kajian bahawa sifat2 yang ada pada sesuatu hidupan akan diwarisi oleh keturunannya bergantung kepada kekuatan gen tersebut.Sebagai contoh pokok pea. Pokok pea yang ada biji yang bulat bila dikahwinkan dengan pokok pea yang berbiji tidak sekata akan menghasilkan pokok pea berbiji bulat. Hal ini kerana gen biji bulat lebih kuat.

Konsep yang sama berlaku pada manusia. Bangsa Melayu dahulu memang terkenal dengan keberaniannya yang sanggup mengambil risiko dan sanggup berjuang untuk mencapai sesuatu matlamat. Salah satu kajian yang telah dibuat mengatakan empayar kita sudah wujud sama dengan Tamadun Mesir Kuno
http://lokalgenius.blogspot.com/
Teknologi kita setanding dengan Tamadun Lain malah lebih maju. Semua ini hanya dapat dilakukan oleh orang2 yang kuat, bijak & tabah. Dengan kesopanan dan tatatertib yang kita miliki, kita dapat menjalinkan hubungan dengan bangsa2 lain.

Tetapi apa yang menyedihkan sifat2 & gen2 itu hanya sedikit yang terdapat pada orang2 Melayu sekarang. mungkin kebanyakan kita masih membawa gen ini namun terdapat beberapa faktor yang menjadikan hal ini berlaku. Salah satunya kita sudah terlalu lama dijajah sehingga minda kita diprogramkan untuk berfikir yang kita sememangnya lemah, malas & lembik. Setelah 400 tahun amat susah untuk minda kebanyakan orang kita dibetulkan semula. Mungkin kita memerlukan lagi 400 tahun. Separuh abad kita merdeka belum cukup masanya untuk dikembalikan semula.

Selain itu, faktor yang mungkin berlaku ialah penghapusan orang2 yang membawa gen2 terbaik ini. Seperti sedia maklum, pembawa gen ini tidak akan tunduk kepada penjajah. Akhirnya, mereka & warisnya dibunuh agar sifat2 yang dibawa terhenti setakat itu. Dengan erti kata lain yang mengikut kata sahaja akan dibiarkan hidup. Dalam erti kata lain yang ada sekarang ini kita semua hanya mewarisi kelemahan nenek moyang kita.

Kenyataan ini mungkin menyinggung banyak pihak selain melemahkan semangat orang melayu. Tetapi faktor genetik bukan penentu segalanya. Apa yang perlu kita buat ialah berubah sikap. Sedar atau tidak faktor persekitaran juga menyebabkan kita semakin malas. Lihat sahajalah berapa ramai dari kalangan kita di Alibabakan oleh orang lain. Kita perlu keluar dari kepompong keselesaan yang menyelimuti diri.

Ini bukan bermaksud kita lari daripada bantuan kerajaan tetapi kita perlu memaksimumkan penggunaan peruntukan sedia ada. Seperti contoh kouta IPTA, para pelajar perlu berusaha bersungguh2 untuk melayakkan diri ke IPTA yang terkemuka. Kalau boleh jangan sekadar belajar lebih kurang dan berharap UiTM akan kutip kita. Bukan mahu memperlekeh UiTM tetapi sikap pelajar yang sebeginilah yang menjatuhkan standard UiTM. Kalau boleh kita dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang sehingga dapat mewujudkan persaingan bukan sahaja antara bangsa Melayu malahan dengan kaum2 yang lain juga.

Terlampau banyak bantuan yang diberi, terpulang kepada kita sama ada mahu merebutnya. Tegasnya disini faktor genetik tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak maju. Lihatlah kaum lain yang berlumba2 untuk maju sedangkan kita masih melukut mengharap bantuan orang lain. Apa yang perlu kita lakukan adalah UBAH SEKARANG & lari daripada kepompong selesa yang melalaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...