Jumaat, 31 Ogos 2012

Keraguan Dalam Kemerdekaan

Assalamualaikum,

Hari Merdeka datang lagi. Alhamdulillah sudah 55 tahun negara kita bebas daripada pengaruh penjajah. Namun akhir2 ini ada suara2 sumbang yang mempertikaikan tahap kemerdekaan yang kita kecapi. Memandangkan negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara diplomatik, tanpa pertumpahan darah, tanpa perang, ramai yang mula curiga adakah Malaysia benar2 bebas.


Tidakkah kita terfikir kenapa dengan begitu mudah British memberi kemerdekaan sedangkan kebanyakan negara bergelut membebaskan diri masing2 contohnya Indonesia, Pattani (yang sehingga kini masih dijajah oleh Thailand). Apakah timbal balas yang British dapat setelah melepaskan Malaysia.

Khamis, 23 Ogos 2012

Langkah yang Longlai

Assalamualaikum,



Pernahkah korang rasa sesak. Seolah2 dada dihimpit oleh jentolak roller jalan tu. Begitulah rasanya bila somebody put a high expectation on us.

Selasa, 21 Ogos 2012

Mari Kenali Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum,



Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.

Rabu, 15 Ogos 2012

Mahasiswa Tidak Perlu Bayar PTPTN


Assalamualaikum,

Terkejut juga bila baca berita ni. Tak sangka ada juga Mahasiswa yang tak payah bayar PTPTN. Kerajaan bagi halal duit tu. Walaupun aku bukan peminjam PTPTN aku tumpang gembira dan berharap lebih ramai lagi akan menikmati PENDIDIKAN PERCUMA terutamanya rakan2 sebangsa dan seagama denganku.

Selasa, 14 Ogos 2012

Segmen Raya Bersama Phat

Assalamualaikum,

Bahang raya semakin terasa walaupun sedih Ramadan bakal meninggalkan kita. Tak sangka pula ada yang buat segmen sempena raya nie. Terima kasih Faizul Osman kerana sudi tag aku dalam segmen ni.

Klik Sini Untuk Sertai
Baiklah, terus terang aku katakan raya tahun ni sama macam tahun2 lepas. Sehari sebelum raya akan balik ke Kampung bapak aku kemudian petang raya pertama akan ke rumah kampung sebelah mak aku.

Kenapa tiap2 tahun sama?

1. Kampung bapakku hanya marhaban raya masa hari raya pertama je. Raya kedua pula penduduk kampung masing2 akan menghabiskan masa bersama keluarga masing2. Jadi itu sajelah peluang bapakku nak jumpa kawan2 lama.

2. Raya kampung sebelah mak pula lebih kepada melawat sedara mara mak aku yang kebanyakannya duduk kat kampung yang sama atau kampung sebelah. sedara mara bapak aku pun banyak yang duduk sekitar situ juga.

3. Jarak  kampung mak dengan bapakku tu dekat je sekitar 30minit perjalanan. Kampung bapak di Air Hitam berdekatan Institut Haiwan dan mak pula di batu pahat dekat2 UTHM. Jadi tiada masalah jarak.

Tidak lupa juga aku nak tag

The Speaking Fingers

Harap2 mereka join segmen nie.

Akhir sekali, kepada semua bloggers, readers, viewers, stalkers.. 

SELAMAT HARI RAYA ^^

Jangan lupa untuk like page Pawaka Daksina

Wassalam

Isnin, 13 Ogos 2012

Melangkah ke Zaman Baru

Assalamualaikum,

Tinggal beberapa hari lagi untuk aku berangkat ke UKM. Lepas raya seminggu terus bertolak ke Bangi. Tahun ni aku bakal menyambut Hari Merdeka di Bangi. Arahan sudah dikeluarkan oleh pihak atasan maka aku serta rakan2 se-PALAPES akan menyambutnya di UKM.



Selain daripada bakal sibuk dengan kursus pemudahcara (PC) bagi Minggu Mesra Pelajar (MMP) yang inshallah bermula pada awal september ini, aku bersama rakan2 bakal sibuk hampir sebulan menguruskan pengambilan pegawai kadet Palapes yang baru. Walaupun aku cuma sekadar AJK biasa2 sahaja aku harap dapat memberikan komitmen yang terbaik dalam melaksanakan tugas.

Selasa, 7 Ogos 2012

Nasi Kandar Percuma!! Sape Nak?

Assalamualaikum



Ia bukan sekadar hidangan percuma yang dinikmati oleh ribuan orang yang berpusu-pusu ke Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar, tetapi ia juga satu cara bagi mereka untuk meraikan prestasi cemerlang Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik London 2012.

Isnin, 6 Ogos 2012

Kami Bersamamu

Assalamualaikum,

Menang mudah di set pertama 21-15 namun tewas di set ke-2 & 3. Datuk Lee Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya Lin Dan dari China.



Yang nyata masing2 mempamerkan aksi2 hebat dan mendebarkan. Perlawanan yang diibaratkan bagai bertemu buku dan ruas ini nyata memberikan persembahan terbaik sehinggakan mata hanya diperoleh jika mana2 pihak melakukan sedikit kesilapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...