Sabtu, 30 Julai 2011

Analisa Kekalahan Harimau Malaya & Hikmah Disebaliknya

Assalamualaikum,



Maafkan aku kerana lambat menyiarkan artikel ini. Mungkin aku sudah dianggap ketinggalan kerana dikala suhu peminat Harimau Malaya semakin reda aku tiba2 tulis entry pasal benda ni.

Baiklah cukup aku bermukadimah, seterusnya mari kita sama2 tengok antara punca kita seri pada perlawanan timbal balik di SBJ.

1. Kondisi pemain Malaysia dilihat amat tertekan dengan kedudukan permainan yang terikat 5-3 secara agregat hasil perlawanan di Jalan Besar. Ini dapat dilihat dengan corak permainan Malaysia yang agak agresif.

2. Singapura dilihat sedaya upaya melengah-lengahkan masa dengan aksi lakonan cedera walaupun sebenarnya ada yang jatuh sendiri. Keadaan ini amat jelas apabila pemain singapura tergolek2 seolah2 sakit yang teramat sampai kena bawa pengusung. Tetapi mereka hanya dituam ais sahaja oleh ahli medik. Kalau betul sakit sepatutnya bahagian yang sakit itu dispay. Kita juga dapat lihat apabila penjaga gol singapura kantoi pura2 sakit kepala tapi muka senyum.

3. Pengadil dilihat banyak melayan karenah pemain singapura. Jatuh sendiri tetapi dapat sepakan percuma. Pemain Malaysia juga diasak sehingga terjatuh tapi play on juga.

4. Pertahanan Malaysia yang rapuh juga faktor penyumbang keputusan. Kerap kali benteng Malaysia bocor. Nasib baik ada Apek yang bertungkus-lumus menepis serangan lawan. Aksi berani mati ketika one on one dengan Qu Li aku kelaskan yang terbaik.

5. Banyak pemain Malaysia tidak menunjukkan prestasi sebenar. Seperti contoh Ismail Faruki yang gagal menyempurnakan peluang yang ada. Bukan mahu kondem dia tetapi harap dia dapat belajar dari pengalaman.

Cukuplah dengan faktor2 di atas. Rasanya banyak lagi yang boleh ditulis tetapi rasanya tak perlulah. Korang lagi pandai menilai.



Hikmah kekalahan ini ialah kita dapat mengenal siapa PENYOKONG SEBENAR Harimau Malaya. Rata2 penonton stadium bersorak memberikan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara. Pejuang2 negara ini dijulang & dirai seolah2 mereka menang. Tiada makian, tiada carutan. Masing2 bersedia berkongsi suka duka Harimau Malaya.

 Disebalik keharuan ini, ada juga suara2 sumbang yang bergema mengkondem pemain Malaysia, seolah2 memperlekehkan kemampuan anak Malaysia. Sedihnya yang mengkritik itu sekadar peminat ikut-ikutan  yang hanya memuji bila menang & menghina apabila Harimau kita tersungkur. Bila diselidik ternyata suara2 sumbang itu ada yang tak tengok bola pun. Cara mereka mengkritik seolah2 mereka menonton setiap acara yang disertai Harimau Malaya walhal itulah agaknya kali pertama tengok bola, itupun sekadar tengok2 sahaja.

Mujurlah ada pihak yang berani tampil kehadapan mempertahankan Harimau yang kita sayangi. Menjawab kritikan demi kritikan serta menepis tomahan demi tomahan yang dilemparkan. Sedaya upaya melindungi Harimau yang terluka. Disamping memberi kata2 semangat serta berterus terang memberi pendapat yang membina.

 Aku sebagai pemerhati di luar alam maya ini hanya tersenyum. Di dalam hati berbisik........ INILAH PENYOKONG TULIN.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...