Selasa, 5 Julai 2011

Alhamdulillah, Semoga Semua Kembali Normal

Assalamualaikum,

Akhir2 ni asyik bercakap pasal politik. DYMM Tuanku Mizan telah bertitah kepada mana2 pihak tak kira daripada BERSIH, PERKASA mahupun Pemuda UMNO supaya membatalkan demo yang dianjurkan.

Alhamdulillah, akhirnya Ketua Negara telah beri kata putus yang merungkai simpulan masalah ini. Titah baginda harus diikuti memandangkan baginda merupakan Supreme Leader di Malaysia.

Pihak PERKASA & Pemuda UMNO telah membatalkan hasrat mereka. Pihak penganjur BERSIH juga dilihat akan melakukan perkara yang sama. Masing2 perlu patuh kepada arahan Tuanku Mizan.

Sebenarnya pembatalan demo BERSIH ini bukanlah satu kerugian kepada Ambiga & puak2 Pakatan. Kepatuhan mereka kepada baginda Tuanku sedikit sebanyak menaikkan saham mereka dalam kalangan rakyat. Mereka dapat memberi mesej kepada orang ramai yang mereka bukan penderhaka seperti Nizar.

Rasanya Ambiga juga sedar apabila Tuanku sudah bertitah, beliau bukan akan berhadapan dengan pihak polis tapi beliau & ahli2 demo akan berdepan dengan pihak tentera memandangkan Tuanku Agong dapat mengeluarkan arahan terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Adalah bodoh jika beliau mahu menderhaka kerana sudah pasti beliau ditahan dibawah undang2 tentera serta risiko dibuang kerakyatan seterusnya balik ke tanah asal datuk nenek moyangnya.

Bagi pihak pemimpin Pakatan, mereka awal2 lepas tangan. Ambiga sibuk2 berdemo, mereka rileks saje. Nik Aziz pi umrah, Khalid Gagap memang tak pi, Khalifa Lim Guan Eng, Karpal Wilcha, & ANUwar ANUgerah tuhan jangan harap nak tayang muka dalam demo tu.

Tapi kita tak boleh menarik nafas lega sekarang. Kita lihat apa yang akan berlaku pada 9 Julai ni. Kepada sahabat2 yang nak join demo tak kira pihak mana2 pun, sudah2 lah. Hari sabtu ni baik pi buat benda2 berfaedah, joging ke, shopping ke, study ke, apa2 lah asalkan tak kacau orang lain. Kesian, KL dah memang jam cuti2 ni, ada demo lagi jam. Makan la korang maki hamun orang lain.

Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...