Ahad, 3 Julai 2011

Perhatian: Mak Bapak Perlu Memeriksa Hp Anak2.

Assalamualaikum,



Kalau 10 tahun dahulu, telefon bimbit tergolong dalam kategori barangan mewah dan sederhana mewah dengan golongan remaja terutama di bawah 17 dan masih di bangku persekolahan jarang-jarang dilihat memiliki telefon jenis itu.

Keadaan seperti itu amat berbeza hari ini dengan kebanyakan remaja dalam lingkungan umur sedemikian dilihat membimbit telefon bergerak itu ke sana ke mari dan wujudnya keadaan di mana remaja ini dilihat begitu asyik menaip sistem pesanan ringkas (SMS) tidak kira di mana mereka berada.

Bagi kebanyakan ibu bapa, kemajuan telekomunikasi ini dimanfaatkan untuk tujuan keselamatan anak-anak mereka bagi membolehkan anak-anak menelefon ibu bapa atau saudara terdekat jika berlaku sebarang kecemasan atau sekadar pemantauan rutin aktiviti anak-anak di luar rumah.

Pada masa yang sama, keadaan ini turut merancakkan industri telekomunikasi negara dengan firma-firma telekomunikasi tempatan kian giat menawarkan pelbagai pakej pra-bayar dan pasca bayar yang murah dan mampu dimiliki khusus untuk kegunaan golongan remaja, termasuk yang masih di bangku persekolahan.

Walaupun telefon bimbit dilarang untuk dibawa ke sekolah, tinjauan mynewshub.my mendapati masih ramai pelajar terutama di peringkat menengah yang membimbit telefon bergerak itu selepas waktu persekolahan dan apa yang lebih menarik, telefon-telefon itu dari jenis teknologi tinggi antaranya Blackberry, Iphone dan Android yang membolehkan penggunanya melayari internet.

Sementara internet itu sememangnya diketahui boleh membantu untuk menambah pengetahuan dan menjadi medium komunikasi yang lebih murah dan mudah, namun, internet juga digunakan secara meluas untuk tujuan-tujuan yang tidak mendatangkan manfaat dan digunakan oleh remaja untuk melayari laman-laman lucah yang kian bercambah.

Apa yang lebih membimbangkan apabila baru-baru ini penulis menerima SMS dari nombor 0195239850 yang menghantar teks seperti berikut : Pendaftaran PERCUMA! Dapatkan video Indon/Jepun (18SX) hebat, lawa & lucu di bimbit anda sekarang! Taip ON RUS sms ke 37***. Optout call 0128728***.



Apa nak jadi dgn budak2 sekarang??




Bayangkan SMS seperti ini sampai ke tangan anak-anak remaja kita, terutama bagi yang begitu teruja untuk menjalani kehidupan dewasa walaupun masih berusia belasan tahun dan jenis telefon bimbit dan kredit panggilan yang dimiliki membenarkan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian.

Paling tidak pun, mereka akan melanggan servis di atas untuk mengetahui apa itu seks atau sekadar mahu menonton video-video yang dimuat turun ke dalam telefon bimbit mereka dan kemudiannya berkongsi tontonan dengan rakan-rakan sebaya.
Akibat daripada menonton video seks dari telefon bimbit, mereka akan terangsang untuk mencuba bersama pasangan (jika ada) atau mengambil tindakan lain asalkan keinginan dan rangsangan tersebut dilampiaskan mencapai kemuncak naluri seorang manusia. 


Lepas tu buat Amali Biology



Lebih parah lari apabila tindakan untuk ‘bersama’ pasangan itu akan menyebabkan si perempuan itu mengandung dan terpaksa menderita selama sembilan bulan sebelum membuang anak yang dilahirkan, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia ke tempat-tempat yang tidak sampai hati untuk disebutkan di sini.
Di sini, wujudnya suatu keperluan untuk para ibu bapa untuk menjalankan tanggungjawab atas peranti yang diberikan kepada anak-anak mereka, bukan sekadar menambah nilai nombor telefon anak-anak mereka sebaliknya turut memantau aktiviti yang dilakukan ke atas telefon itu.



Mungkin dahulu kita sering sahaja menyalahkan faktor rakan sebaya dalam menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja, namun hari ini cabaran mendidik anak-anak agar menjadi insan yang baik semakin melebar dan menuntut suatu kebertanggung jawaban atas setiap apa yang kita lakukan atau berikan.

Sementara niat memberikan telefon bimbit untuk tujuan keselamatan anak-anak wajar diteruskan walaupun tidak semasa berada di sekolah, namun nawaitu yang murni itu juga harus disertai dengan tindakan memantau dan pengawasan yang kerap agar peranti yang sepatutnya membawa kebaikan untuk kedua-dua pihak – ibu bapa dan anak tidak bertukar menjadi ‘pemusnah’ akhlak.

2 ulasan:

NA_SR berkata...

aku pun dpt sms cmtu wei... tp jepun pnya! hahahah gila!

Tanpa Nama berkata...

Abis tu ko layan x??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...