Isnin, 11 Julai 2011

Memperbodohkan Diri Sendiri

Assalamualaikum,

Maaf dah 2-3 hari tak menulis. Sibuk ke kampung kerana nenekku yang dikasihi telah selamat ke rahmatullah. Selamatlah dia dari tipu daya Al-Masih Ad-Dajal yang mungkin akan muncul beberapa kerat masa lagi.

Baiklah, hidup perlu diteruskan. Perjuangan masih panjang. Aku nak menyentuh sedikit mengenai isu BERSIH yang baru2 ni dibuat. Melayari blog2 yang pro & anti Demo ni aku tertarik melihat gmbr2 wanita2 yang ditahan. Kebanyakannya boleh dikatakan muslimah2 yang menjaga auratnya dengan begitu baik sekali. Tapi kenapa masih membodohkan diri dengan menyertai demo haram.



Adakah mereka sedar siapa dalang BERSIH ni. Maklumat2 yang aku peroleh Demo ni ditaja oleh NDI, badan yahudi yg kononnya menyokong demokrasi. Penyertaan kaum2 muslimat secara tidak langsung meletakkan diri mereka ke aras yang rendah sekali. Aku tak mengatakan semua. Tetapi muslimat2 yang lain akan terpalit sama. Masyarakat akan memandang serong golongan2 ini. Padahal secara lahiriahnya Muslimat ini lah model terbaik bagi fesyen Wanita Islam.



Ketika anak2 muda belia semakin tidak berpakaian, golongan ini seharusnya berjihad menyedarkan rakan2 mereka supaya menutup aurat. Berdakwah menyampaikan kebenaran. bukan menyertai demo yang terang2 diketuai seorang kafir HARBI yang menyokong kes murtad & ditaja oleh ejen2 Yahudi Amerika. Masyarakat akan memandang mereka sebagai ekstrimis yang mengganggu gugat keamanan negara. Lebih teruk lagi mereka akan dilabel sebagai pencacai bodoh yang terjerit2 membela pelakon Porno & peliwat.

Aku tahu kebanyakan muslimah lebih senang menyertai parti yang kononnya islamik berbanding parti lain. Tapi adalah perlu kita sebangai manusia menilai hakikat sebenar perjuangan parti yang kita sertai. Adakah parti Islam sebenar memaki orang lain, mencarut & menabur fitnah di ceramah2 umum mereka? Adakah Islamik parti itu jika sanggup mengkafirkan saudara mereka sendiri, sanggup tak solat berjemaah bersama, mendoakan kehancuran saudara sesama muslim hanya kerana berbeza parti??



Itu belum lagi ayat2 suci al-Quran yang diguna oleh orang kafir dlm ceramah mereka. Kononnya tertarik dengan keindahan Islam tapi tak juga masuk Islam. Isu kalimah Allah, isu azan, isu maulidurrasul & banyak lagi. Sedarkah wahai muslimat sekalian? Siapa yang lebih keji, parti yang mengecop diri sbg parti Islam, menggunakan nama islam tapi perjuangan islamnya haprak. Atau parti yang tak menggelarkan diri islam, tapi membina masjid2, sekolah2 agama & konsisten menunaikan tanggungjawab yang diberi?

Seperkara lagi, muslimat2 yang dirahmati Allah. Penyertaan dalam demo ini jelas mencalarkan imej rakan2 yang lain kerana secara tidak langsung telah menderhaka kepada Ulil Amri DYMM Agong yang bertitah tidak mahu sebarang demo yang mengganggu gugat keamanan negara. Klik Sini. Adalah peri pentingnya kewajipan mentaati pemimpin seperti kebanyakan hadis Rasulullah:


Dari Ibnu Abbas rad., dia berkata: ”Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak dia sukai dari penguasanya, maka bersabarlah! Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaah sejengkal saja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah.” (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah , dia berkata: “Kami masuk ke rumah Ubadah bin Ash-Shamit ketika beliau dalam keadaan sakit dan kami berkata kepadanya: ‘Sampaikanlah hadits kepada kami –aslahakallah- dengan hadits yang kau dengar dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam yang dengannya Allah akan memberikan manfaat bagi kami!’ Maka ia pun berkata:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam memanggil kami kemudian membai’at kami. Dan di antara baiatnya adalah agar kami bersumpah setia untuk mendengar dan taat ketika kami semangat ataupun tidak suka, ketika dalam kemudahan ataupun dalam kesusahan, ataupun ketika kami diperlakukan secara tidak adil. Dan hendaklah kami tidak merebut urusan kepemimpinan dari orang yang berhak –beliau berkata- kecuali jika kalian melihat kekufuran yang nyata, yang kalian memiliki bukti di sisi Allah.” (HR. Al-Bukhari dalam Shahih-nya juz 13 hal.192, cet. Maktabatur Riyadh Al-Haditsah, Riyadh. HR. Muslim dalam Shahih-nya, 3/1470, cet. Daru Ihya-ut Turats Al-Arabi, Beirut, cet. 1)
Dikuatkan lagi dengan hujah2 ini:
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud rad., dia berkata: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
‘Akan muncul setelahku atsarah (orang-orang yang mengutamakan diri mereka sendiri dan tidak memberikan hak kepada orang yang berhak -red) dan perkara-perkara yang kalian ingkari’. Mereka (para shahabat -red) bertanya: ‘Apa yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” Beliau berkata:
“Tunaikanlah kewajiban kalian kepada mereka dan mintalah hak kalian kepada Allah.”(Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim dalam Shahih keduanya)
Diriwayatkan pula dari ‘Adi bin Hatim rad. Dia berkata: “Kami mengatakan: Wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam kami tidak bertanya tentang ketaatan kepada orang-orang yang takwa, tetapi orang yang berbuat begini dan begitu…(disebutkan kejelekan-kejelekan), maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
‘Bertakwalah kepada Allah! Dengar dan taatlah!’ (Hasan lighairihi, diriwayatkan oleh Ibnu Abu ‘Ashim dalam As-Sunnah dan lain-lain. Lihat Al-Wardul Maqthuf, hal. 32)
Berkata Ibnu Taimiyyah : “Bahwasanya termasuk ilmu dan keadilan yang diperintahkan adalah sabar terhadap kedzaliman para penguasa dan kejahatan mereka, sebagaimana ini merupakan prinsip dari prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sebagaimana diperintahkan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dalam hadits yang masyhur.” (Majmu’ Fatawa juz 28, hal. 179, cet. Maktabah Ibnu Taimiyyah Mesir)
Sedangkan menurut Al-Imam An-Nawawi : “Kesimpulannya adalah sabar terhadap kedzaliman penguasa dan bahwasanya tidak gugur ketaatan dengan kedzaliman mereka.” (Syarah Shahih Muslim, 12/222, cet. Darul Fikr Beirut)
Berkata Ibnu Hajar : “Wajib berpegang dengan jamaah muslimin dan penguasa-penguasa mereka walaupun mereka bermaksiat.” (Fathul Bari Bi Syarhi Shahihil Bukhari)
Jadi jikalau ditakdirkan mati ketika berdemo ini, apakah nasib kita disana? Paling mudah contoh kes Memali, Bukan Aku nak kata mereka yang mati itu sia2, itu urusan Allah. Mereka mati memperjuangkan negara Islam walaupun hakikatnya mereka menderhaka kepada ulil amri. Tetapi secara mengejut pemimpin Parti bernamakan Islam mengatakan TIADA NEGARA ISLAM DISEBUT DALAM AL-QURAN, YANG ADA HANYA NEGARA KEBAJIKAN. Oleh itu aku mahu berfikir sejenak, adakah shuhada Memali itu sia2? Hey, murah betul nyama mereka.
Inilah kesannya jika digunakan Islam sebagai Alat politik. Sekejap hukum ini boleh, kejap kata tak boleh. Hukum berubah mengikut survival Parti. Mempolitikkan Agama, sesuatu yang paling KEJI menurut pandangan aku.
Oleh itu, aku mahu menyeru kepada muslimin & muslimat semua. Janganlah kita berpecah2 sebab hal politik. Lupakan perbezaan kita & sama2 membela Islam yang suci ini. Belajar & nilaikan apa yang berlaku disekeliling. Kalau nak dibincangkan skandal penyelewengan yang dilakukan oleh Parti bernamakan Islam ni memang berjela2. Sama je dengan Parti kerajaan. Apa yang penting, KERJASAMA UMMAH. Kepada Muslimat yang menyertai Demo, tahniah kerana anda , rosak susu imej sahabat2 anda ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Wallahualam
P/S: Dato Fuad Zarkasyi ketika masih belajar di Amerika juga memperjuangkan negara Islam dalam kumpulan tablighnya. Tapi tak de pun masuk Parti bernamakan Islam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...