Jumaat, 5 Ogos 2011

Ganjaran Sempena Ramadan. Rebutlah Peluang ini!! ^__^

Assalamualaikum,





Kali ni aku nak kongsi bersama hadiah2 lumayan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan pada umat2 terdahulu pada bulan Ramadan iaitu:

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah

2. Para malaikat beristifar untuk mereka sehingga mereka berbuka

3. Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: " Hampir2 hamba2Ku yang soleh telah dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan di dunia dan akhirat)

4. Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan terlepas seperti bulan2 selain Ramadan

5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam. (Mereka yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya, Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar? Rasulullah menjawab: " Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya". (riwayat Ahmad)

1 ulasan:

sukacuka berkata...

nak nak nak. nak hadiah ni. terbaik bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...