Sabtu, 2 Julai 2011

Hikayat Orang Gila

Assalamualaikum,

Ketika aku sampai di Masjid nk solat jumaat, aku disapa oleh seorang yang kurang akalnya. Sebab dah mula khutbah aku membalas dengan senyuman. Secara tiba2 aku terkenang masa aku baru pulang dari kenduri kahwin kawan abah.

Ketika kami hendak masuk dalam kereta, abah ditegur oleh orang gila. Dia memang dah selalu jalan2 area tu so, memang kitorang kenal. Hampir setiap tahun datang bermarhaban kat rumah keluarganya. Ok. Fokus aku bukan part raya tu.

Mungkin sikap abah yang baik, dia berborak2 dengan orang gila tu. Respek gila. Dia mengadu kat abah yang ada budak2 selalu kacau dia, baling batu & ada yang pukul dia. Dalam keadaan dia cakap pun tak betul abah layan jugak crite orang gila tu. Siap bagi nasihat lagi. macam member2. Lepas tu orang gila tu pun pergi.

Aku rasa kesian dengan dia. Maklumlah orang gila. Mesti ada je yang mengusik. Kenapa perlu kita menghina orang2 macam tu. sepatutnya kita sedar bahawa sehina2 mereka itu adalah bakal ahli syurga. Kita yang waras ni pun belum ada jaminan lagi nasib disana. Perlukah kita memandang jijik terhadap mereka? Mereka sebenarnya lebih mulia sebab awal2 lagi dah dijamin.

Mereka tak merempit, mereka tak mencuri, mereka tak kacau orang pun. Kalau kacau dah lama masuk hospital sakit jiwa. Ada kalangan orang2 macam ni selalu pergi masjid. Orang lain solat dia ikut. Ada yang jadi noja macam kat kampung aku, sampai pakcik aku cakap kalau esok orang tu meninggal tak tau la sape nak jaga masjid ni.

Aku pernah sekali terlambat datang solat jumaat (tetido punya pasal). Ada ramai anak2 muda yang sihat akalnya melepak kat bangsal2 parking masjid. Apa yang liat sangat. Orang gila pun solat jumaat la.

Penegasan aku, usah kita menghina ahli2 syurga ni. Mereka tak kacau kita pun. Mereka hanya berada dalam dunia mereka sendiri.

Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...