Ahad, 24 Julai 2011

Waspada Penipuan E-Mail

Assalamualaikum,


Sejak akhir2 ni inbox yahoo! aku penuh dengan e-mail2 yang tak dipadam sampai naik lemas aku dibuatnya. Ketika aku memeriksa e-mail2 yang dirasakan perlu disimpan atau dipadam, aku terbaca satu pesanan dari entah siapa memperkenalkan diri sebagai ameera (bukan nama sebenar) dari afrika. Mengatakan berminat mahu memperkenalkan diri kepada aku. kemudian, ada email dari abu juga dari afrika, memberitahu bahawa ada seorang jutawan afrika telah meninggal dunia dan beliau telah mewasiatkan semua harta2nya kepada aku. lepas tu dari Ali, email yang hampir sama. Mahmud, email yang sama.

Wah!!! Ramai gila nak bagi aku duit!!!





Hahaha...aku hanya tersenyum sahaja. Tindakan susulan aku, padam semua email2 mengarut tu. Aku tak tahu  motif sebenar diorang. Mungkin ini salah satu sindiket dadah yang telah memperdaya ramai anak2 Malaysia seperti yang kita selalu dengar di berita2. Prinsip aku, tak de orang nak bagi duit free2 je tanpa harapkan balasan melainkan kawan. tapi kawan2 pun segan juga. gila kaya sey aku kalau betul email2 ni.

Nasihat aku, tak payah la percaya sangat benda2 ni. Bila dapat banyak sangat email macam ni, aku hanya tersenyum sambil menekan butang PADAM.

Wassalam

3 ulasan:

Murnie berkata...

aku pun da penah dapat emel gini .. dr uk lagi .. haha .. poyos jek bile aku bce ..

Qmira berkata...

same.==

Tanpa Nama berkata...

Hotnye abang alif..semua nk kenal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...