Selasa, 5 Julai 2011

Pentingnya Jawi dijadikan Asas Pembentukan Sesuatu Perkataan

Assalamualaikum,

Tulisan asal bahasa Melayu yakni tulisan jawi dilihat semakin dipinggirkan dari sehari demi sehari. Realiti telah ditunjukkan kepada aku bila ada sahabat di facebook tulis 'terima kasih tulisan jawi' iaitu merujuk kepada aku kerana aku pakai tulisan jawi untuk nama paparan facebook. Salah siapakah ini terjadi?? nasib tulisan warisan ini semakin pupus senasib dengan tulisan tamil. Kawan aku yang berkaum India ada yang tak reti baca. Takkan nak tunggu sampai jadi lagu tu ke.

Menyingkap sedikit sejarah terhakisnya jawi dari Melayu, segalanya bermula apabila kerajaan menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bahasa melayu untuk mempiawaikan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia. Akibat daripada keputusan itu surat menyurat, buku2 ditulis dalam rumi.

Tragedi berterusan apabila akhbar tunggal bertulisan jawi iaitu Utusan Melayu ditamatkan penerbitannya kerana tidak mendapat sambutan. Mujurlah ada pihak yang menaja,  akhirnya akhbar tersebut dijadikan sisipan Utusan Melayu setiap Isnin. Sekurang2nya merasa juga baca. Setakat ini jawi diturun taraf sebagai tulisan dalam buku2 agama sahaja.

Kesan merumikan perkataan jawi ini membawa kepada episod pertukaran ejaan beberapa perkataan yang pada hemat aku adalah tidak perlu dan membuang masa. Tulisan jawi sudah sememangnya stabil dari segi ejaan dipinggirkan. Contoh penukaran ejaan rumi ialah perkataan SYARIKAT. Dulu dieja SHARIKAT. entah kenapa nak tukar aku pun tak pasti. Sebutan sama je.

Samalah seperti perkataan TAKZIM. Mengikut ejaan sebenar jawi sepatutnya perkataan itu dieja TA'ZIM kerana ejaan jawinya ada huruf ain, bukan kaf. Contoh perkataan lain ialah REDA, ejaan asalnya ialah REDHA. Apabila dijawikan ejaannya ra, ya, dal, alif. Amat berbeza dengan ejaan asal iaitu ra,dhod, alif. Ini kerana perkataan itu merupakan pinjaman daripada bahasa arab. Sepatutnya perkataan itu dirujuk pada ejaan jawi kemudian baru ditentukan ejaan ruminya mengikut  ejaan jawinya.

Tulisan jawi juga menjadi pncerah kepada sebutan huruf 'e'. Misalnya perkataan P.E.R.A.N.G. Terdapat dua makna yang berbeza jika disebut secara berbeza walaupun ejaan sama. satu dieja dalam jawi pa,ra,nga, manakala lagi satu dieja pa, YA, ra, nga. Sila tegur jika salah. Seperti juga sebutan untuk perkataan S.E.G.A.K. orang tak tahu jawi akan menyebut seperti ejaan sa,ga,kaf. Sebutan sepatutnya disebut dalam ejaan sa, YA, ga, kaf.Sila tegur jika salah. Akhirnya ramai yang keliru dengan cara sebutan itu.

Kita ada Dewan Bahasa Dan Pustaka tapi apa kerja yang dia orang buat? Berlambak2 edisi Kamus Dewan yang diterbitkan. Sedihnya setiapkali keluar edisi baru, ada sahaja perkataan Melayu digugurkan manakala perkataan pinjaman English ditambah. Ejaan pun tukar. Menyusahkan pelajar2 kerana  sentiasa kena beli kamus tiapkali edisi terkini diterbitkan. Ingat kami ni kaya sangat ke nak beli kamus banyak2.

Oleh itu, aku mencadangkan beberapa perkara iaitu:

1. Mengeluarkan semula perkataan2 melayu yang telah digugurkan ke dalam kamus dewan.
2. Mempamerkan perkataan bersama ejaan jawinya sekali bagi rujukan cara sebutan dalam kamus dewan.
3. Menjadikan ejaan jawi sebagai rujukan untuk tulisan rumi. Jika perkataan itu pinjaman bahasa Arab, ejaan mesti ikut seperti Arab.
4. Seboleh2nya tidak mencedok terlalu banyak istilah inggeris. Kalau sesuatu perkara itu ada istilah dalam bahasa melayu, tak perlu lagi serapan perkataan inggeris.
5. Matapelajaran bahasa Melayu tidak sekadar mengajar tatabahasa, perlu diadakan slot untuk mengajar tulisan jawi ini kepada para pelajar.

Kesimpulannya, pihak berwajib perlu mempertimbangkan isu ini demi Maruah tulisan ini. Jika jawi diangkat semula inshallah kekeliruan mengenai ejaan serta sebutan bahasa melayu dapat dilenyapkan. kawan2 jika ada apa2 cadangan & pandangan tentang isu ini, idea2 anda amatlah dihargai. Sama2lah kita memperjuang warisan Bangsa.

Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...