Rabu, 6 Julai 2011

Islam Akan Menang Di Eropah Tanpa Perang

Assalamualaikum,



Video ini mengatakan kita mungkin dapat menguasai negara2 eropah tanpa pedang. Allah telah menunjukkan bahawa kita umat teramai di dunia. Malahan pertumbuhan kadar kelahiran umat islam jauh lebih tinggi berbanding orang2 eropah & Amerika Syarikat.

Selama ini negara2 barat sering mempromosi hak asasi manusia untuk membenarkan mereka membuat apa sahaja yang menekan umat Islam. Jika kita bersatu dalam sedikit masa lagi kita boleh menggunakan senjata mereka iaitu hak asasi untuk menguasai negara Eropah. Syaratnya BERSATU.



Jika golongn homoseksual dapat menuntut hak asasi mereka kerana jumlah suara mereka lebih ramai berbanding dahulu, tak mustahil kita juga boleh lantang menyuarakan hak kita. Bayangkan kita dapat menguasai ekonomi, budaya & politik sesebuah negara seterusnya bersatu dengan negara2 lain di bawah daulah islamiyah.

Lagi satu, Malaysia & Indonesia berkongsi satu persamaan. Sekarang ini kedua2 negara dipimpin oleh perdana menteri & presiden ke-enam. Najib PM ke-6, Pak Susilo Presiden ke-6. Najib melengkapkan teori RAHMAN manakala Susilo sedang melengkapkan teori NoToNoGoRo walaupun kurang tepat seperti teori RAHMAN. Namun itu boleh dijadikan pemangkin kepada kesatuan nusantara.



Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah bersatu. lupakan hal politik, lupakan sempadan negara yang dicipta penjajah,lupakan perbezaan warna kulit, sebaliknya bersama membangun ummah ke arah yang gemilang.


Wassalam

2 ulasan:

sukacuka berkata...

Perancis sekarang sudah ramai umat Islam dan disebabkan itu, mereka telah mencabuli hak umat Islam. Oleh yang demikian,bersatu padu adalah yangterbaik.

Tanpa Nama berkata...

Semoga khilafah yg hilang kembali penjadi pelindung Ummah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...