Rabu, 8 Jun 2011

Meh lepak surau.......

Assalamualaikum,

Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana memperuntukan berjuta2 RM untuk membina & menyelenggara masjid2 & surau2. Sekarang ni tengoklah, kat mana2 mesti ada sebuah masjid atau surau. waima di shopping complex pun paling koro bilik khas untuk solat walaupun pemiliknya komfom bukan Islam.




Negara kita memang terkenal dengan masjid2nya yang cantik2. Sesuailah dengan Malaysia sebagai negara Islam. Tapi sekarang ni yang aku tengok walau cantik mana pun yang datang hanyalah atuk2 atau pakcik2 yang rumah kata bye kuboq kata mai. Anak2 remaja boleh dikatakan seketul dua je yang ada. Paling teruk masjid yang jadi rumah singgahan orang2 usia senjakala nih.

Sayang, secantik2 masjid, tak penuh satu saf
Masa aku kecik2 dulu rasanya macam ramai budak2 pi surau tp sekarang dah tak meriah macam dulu lagi. Budak2 pun dah tak de dekat surau. Budak2 yang dulu budak masa aku jadi budak pun dah takde muncul. Mungkin dorang sambung study kat tempat lain.

Masalahnya sekarang di mana mereka2 ni. Mengapa tak sama2 mengimarahkan masjid yang kerajaan buat. takkan nak harapkan dah bongkok esok baru merangkak2 ke masjid. Masjid penuh bila solat jumaat je. Seminggu sekali.

Pada aku orang yang pi tempat ibadat seminggu sekali ni cuma golongan _______ & _________ je. ke gereja hari ahad , yg lagi 1 pi menorah hari sabtu. takkan kita sama dengan golongan macam tu.

Pernah sekali kali aku terlambat ke solat jumaat. masa 2 dah mula solat, aku nampak ada ramai yang duduk atas moto. nak kata masjid penuh rasanya banyak lagi ruang. Aku nk marah pun x de kuasa. Kang tak pasal2 kena pukul naya aku solat kat hospital. So, marah dalam hati je la.


takkan mahu rumah Allah hanya dipenuhi
 golongan ini?? - gambar hiasan



Persoalan pokoknya ada segelintir remaja yang tak habis2 kutuk kerajaan sebab tak laksanakan hukum hudud la, tak islamik la, tak pakai tudung la. Yang duduk menyalak tu kat surau pun jarang, solat pun kadang2 berlubang.

budaya lepak - gambar hiasan


Bukan nak backup kerajaan, tapi kalo diri sendiri tak betul tak payah la sibuk nak kondem orang lain. Agak2 kalo undang2 islam dipakai kat negara ni alamat memang awal2 dia orang 1st yang kena sebat.

Aku ni pun bukannya tegar sangat. kalau ada masa pi je la solat jemaah kat surau. kalau tak solat sendiri je. Macam kita sebagai student aku tau kita ni bz. tapi subuh & magrib bukan ke masing2 dah ada kat rumah atau dorm masing2. kalau yang bersukan petang2 tu agak2 6.45 balik je la. Ni dah iqamat baru terhegeh2 nak mandi. memang tak sempat oi.

Anak muda lebih suka ke sini??


Walau apa pun sebenarnya hidayah tu datang dari Allah. tapi kita kena usaha untuk cari hidayah 2. Jadi sama2lah kita mengimarahkan masjid. Sebab kalo masjid pun liat, susah beb nak bersatu. Ada satu kajian dibuat kalau solat 5 waktu masjid, surau penuh macam solat jumaat, Islam akan menang lawan kafir. Nampak macam tak logik tapi tu sebenarnya rahsia kejayaan Muslim. Dalam azan pun seru 'marilah menuju kejayaan'. takkan bilal saje2 je nak laungkan rangkap tersebut.

Sekian sahaja, pesanan aku pada kawan2 dan terutamanya kepada diri sendiri, marilah kita bersolat berjemaah & inshallah kita akan beroleh kejayaan di dunia & akhirat.

Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...