Jumaat, 10 Jun 2011

Biasiswa JPA, Melayu hanya 3 orang??!!!



Isu biasiswa JPA yang menghangatkan suhu politik negara sejak beberapa minggu yg lalu akhirnya selesai selepas kerajaan akhirnya bersetuju menaja 86 orang pelajar melanjutkan pengajian di IPTS dalam negara.

Pembahagian biasiswa mengikut kaum adalah seperti berikut:

- Melayu - 3 orang

- Bumiputera Sarawak - 1 orang

- Cina - 71 orang

- India - 11 orang

Berdasarkan pembahagian biasiswa tersebut, didapati pelajar Cina paling ramai menerimanya, manakala kaum Melayu / Bumiputera hanya mempunyai 4 orang wakil. 

Apa yang boleh jelaskan mengenai isu pemberian biasiswa JPA ini ialah kerajaan sekali lagi terpaksa tunduk kepada kehendak kaum bukan Melayu khususnya Cina. Lepas satu persatu permintaan mereka dipenuhi oleh kerajaan. Memang benar kerajaan terlalu menjaga undi Cina. Berkemungkinan besar selepas ini pasti ada lagi tuntutan yg akan dibangkitkan oleh kaum komunis ini untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan. Mereka berani membuat pelbagai tuntutan kerana mereka tahu kerajaan sekarang amat lemah. Kerajaan lemah kerana orang Melayu sudah berpecah belah. Itu saja kata kuncinya.

Mereka juga tahu bahawa undi mereka sekarang amat laris dan menjadi penentu parti mana yg akan menang pada pilihanraya nanti. Jadi mereka menjadi besar kepala. Amat malang sekali kita orang Melayu terpaksa menghadapi kenyataan ini kerana kelemahan kita juga. Andai suatu hari nanti, kaum komunis ini menuntut pula supaya hak-hak keistimewaan Melayu dimansuhkan, apa yg kita boleh kata?


Ulasan: Aku bukan nak cakap ape la. Sedih tengok hak kita terhakis sedikit demi sedikit. Zaman British dulu walaupun dijajah, Atuk nenek kita sedaya upaya pertahankan Islam & adat istiadat melayu melalui perjanjian2 yang telah termeterai antara Raja2 Melayu dengan Kolonial British.

Adakah usaha Dato Onn, Tunku Abdul Rahman & lain2 pemimpin Melayu menjadi sia2 kerana kita tak bersatu & mengamalkan politik bertunjang kepartian yang sempit.

Disini aku nak menyeru kepada semua pembaca, walau apa pun parti yang korang sokong, kita mesti bersatu dalam hal2 mengenai Islam & Hak2 Melayu yang dijamin dalam perlembagaan. Jangan gadaikan apa yang anak cucu kita patut nikmati.

Aku rasa tuntutan PERKASA mengenai biasiswa sangat2 la perlu dipertimbangkan Kerajaan dalam pemberian biasiswa untuk sesi yang akan datang: 

Aku bukan nak kondem kaum lain. Masing2 ada hak masing2. Tapi kalo dah macam gini, kesian la budak2 Melayu yang keluarganya kurang berkemampuan untuk hantar anak pi tusyen. Dorang bukan orang senang. Sebab tu result yang biasa2 je pun dah cukup. Lain la macam anak2 orang kaya, tusyen habis beratus. Belum kira buku2 rujukan yang berlambak2 dibeli. Sebab tu pada aku, keputusan exam sahaja tak cukup. Kena kira jugak ekonomi keluarga pelajar tersebut. Silap hari bulan orang kaya je dapat biasiswa. Orang lain, habuk pun tarak. Bumiputera sabah sarawak apatah lagi.

Orang yang penah pi BTN rasanya tau kan ape maksud KEADILAN. Adil bukan bermaksud Samarata.


Sebagai pengakhiran penulisan ini aku pautkan lagu Warisan Anak kecil Main Api. Renung2kan.

Wassalam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

info yg mnarik...keep it up bro...haha

Tanpa Nama berkata...

thanks. Masih budak baru belajar.

sfw berkata...

salam ziarah..info menarik..sedap sebenarnya lagu warisan tu..siapa penah gi BTN tahula kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...