Isnin, 6 Jun 2011

Ini bukan My First Time...........

Seawal 6 pagi aku dikejut oleh al-bapakku. Hati ini bagai x sabar2 lagi utk ke sana. Jiwa terasa gelora. Seawal jam 8.45 aku start motor dan pergi.

Aku masuk keje hari ni. Macam biasalah, mana lagi kalau bukan kedai bapak aku yang punya. Sampai2 Haris & Kak Timah dah terpacak kat kedai. Aku mula belajar balik guna mesin cashier 2. Sudah lupa woo. Mula mengingati harga sayur mayur, ikan, kentang & ayam.

Keseluruhannya hari ni agak tenang sebab aku duduk goyang kaki je. Bukan susah pun. Lantai dah sapu, barang2 & rak dah dilap oleh Kak Timah. Kerja aku pergi hantar barang tak pun jaga mesin cashier je. Ada juga packing2 barang, susun2 sayur.

Kenapa aku kerja????


Sebab aku nak duit. Kenapa aku nak duit?? sebab aku nak beli kamera dslr. Aku ada gak usha2 dekat kawan aku. Aku dah target sebelum masuk U dah ada sebijik. Selain minat menangkap gambar, boleh buat duit. Sedara mara aku ramai yang bakal2 nak kahwin. Boleh la buat bisnes kecil-kecilan. Alah, harga pun family. Nth2 free je aku bagi. Aku tak kisah sangat bab duit ni. Aku cuma suka2 je. Money number 2.

Macam biasa la. I will not work for nothing. Dulu kerja Pizza Hut pun sebab nak beli laptop. Dapat la skit. Nasib baik mak aku support.

Sekarang ni yang paling penting aku pun dah kerja. Ok lah. Sampai takat ni je mampu terjana idea untuk menulis. Apa2 cerita pena kering ini bakal membasahkan kertas maya ini.

Terima Kasih

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...