Rabu, 15 Jun 2011

Melalaikan...

Assalamualaikum,

Hari2 ada je program realiti tv ni. Aku dah mula rasa muak bila tengok tv. Bila borak2 je balik2 AF, x pun mentor, dan lagi dan lagi. Minggu ni orang A tersingkir, minggu seterusnya Si B pula. Nangis2 kat atas pentas. Ntah pape la

Maaf cakap, artikal kali ni agak emo sikit. Sesi luahan rasa pulak. hehe

Hakikatnya itulah mentaliti orang2 kita. Hidup ni dikira berjaya kalau jadi artis program realiti. Maklumlah, hari2 mengadap benda 2 je. Kalau tengok filem2 tentang masyarakat yang miskin & susah, jalan penyelesaian yang mudah untuk menjadi konklusi yang dapat melarikan diri dari belenggu kemiskinan ialah menjadi seorang artis. Contoh filem Lu Pikir la Sendiri The movie. Jalan cerita dah bagus cuma part ending 2 tak cantik. Alahai, bertapa dangkalnya pemikiran masyarakat.

Sebenarnya perkara2 ni sudah menjadi virus yang berjangkit dalam kalangan orang melayu. Paling terkini filem kat astro sempena hari Bapa. Hidup susah, nk tolong keluarga kna jadi penyanyi.

Aku bukan nak mengata jadi artis tak bagus, tapi generasi apa yang kita akan hasilkan dengan sajian lambakan program hiburan. Anak2 sejak dari kecik dah dididik kearah hiburan. Contoh paling jelas program realiti mencari bakat menyanyi untuk kanak2 @ budak2. Macamana generasi beriman nak dibentuk kalau kecik2 dah diajar pakai baju tak cukup kain. Lepas tu terkinja2 atas pentas. Mak bapak gembira anak masuk tv. Sekolah ntah ke mana.

Pendidikan hiburan tak berhenti stakat 2, lepas 2 bersambung pula ketika alam remaja. AF & ntah ape2 la. Lepas 2 berlaku la gejala sosial. Baju bukan main lagi tak cukup kain sebab artis pun gambar2nya boleh tahan juga.

Banyak masa & duit dibazirkan. Nak tengok tv dah masa, nak mentopup untuk undi peserta bukan sikit duit. Alih2 sape yang kaya?? Tokey besau gak yang kaya. Ketawa berdekah2 Melayu kena kencing. Duit dia dpt, modal insan dia hancurkan. Serampang dua mata.

Aku rasa mesti ramai yang tak setuju dengan kenyataan aku. tapi inilah realitinya. Realitinya kita semakin jauh terkebelakang. Orang lain bertambah kaya, kita masih ditakuk lama.

Sedarlah..

Wassalam..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...