Selasa, 9 Ogos 2011

Couple Haram????

Assalamualaikum,

Banyak betul entri mengenai bulan puasa ni kat blog2. Kali ni aku nak tulis pasal couple pulak lah. Maaf ye, sebelum itu ingin aku nyatakan bahawa ini bukan segmen berjiwang2. Tapi lebih kepada sekadar berkongsi pendapat.



Pertama sekali, apakah yang dapat kita definisikan sebagai cinta ni. Kebanyakan orang akan beri macam2 makna tetapi percayalah akhirnya semua respon yang diterima mestilah mengenai couple. Bila cinta mesti sedara mara dengan couple. Bila couple biasanya sedara mara dengan benda2 yang tak elok aka maksiat dan sebagainya.

Baiklah, aku dah banyak dengar & baca cerita pasal haramnya bercouple ni. Pada pendapat aku, couple tu boleh dikategorikan sebagai kat tengah2 statusnya. Banyak percanggahan yang berlaku mengenai masalah ini.



Cinta yang sebenarnya ialah saling menghormati, ikhlas, kesetiaan, bermaruah, komitmen & paling penting ada matlamat. Kalau korang couple tapi tak de hala tuju, nak enjoy je, itu bukan cinta. Jadi macamana nak jadi couple yang benar2 mencintai antara satu sama lain.

 Couple yang sebenar bukan berdua-duaan, berpegangan tangan tetapi lebih kepada saling menghormati hak diri & pasangan bahawa ketika itu masing2 masih haram untuk bersentuhan. Bagi kaum hawa ini, aku nak utarakan satu persoalan, jika belum nikah, si dia dah berani main pegang2 tangan, peluk2 dan sebagainya, anda yakin yang dia akan melindungi & menghormati hak anda di kemudian hari. Lelaki yang hormat hak wanita tak akan buat benda2 macam tu.

Kalau bercouple tapi saling menasihati rasanya tak salah pun. Saling mengingati, mengajak kepada kebaikan. Orang cakap sms tu pun zina, kalau macam tu apa guna teknologi sekarang. Takkan mesej tanya khabar pun salah. Tapi kalau 24jam sms tu memang melampau la. kalau sms yang lucah2 tu kompom la zina. Dan kompomlah itu bukan cinta sejati. Itu hanya nafsu semata2.

Bahagian paling best skali bila ada yang cakap couple ni boleh menyebabkan zina hati. Jika ada yang mengatakan mencintai itu adalah zina hati, nampaknya anda sudah silap. Zina hati tu berlaku bila kita memikirkan perkara2 yang maksiat terhadap pasangan ataupun perempuan la bagi lelaki seperti mana hadis rasulullah yang berbunyi :


"Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya" - 
( Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Jadi sudah jelas bahawa cinta itu tak boleh disamatarafkan dengan zina. Kalau macam tu adakah mencintai & merindui Allah & Rasul itu juga satu zina? Sudah tentu tidak. Mencintai seseorang itu, jika benarlah itu adalah cinta sejati, tidak ada terlintas sedikit pun dalam fikiran kita untuk membuat perkara2 tak baik terhadap pasangan. Kalau korang cakap cinta itu zina hati, korang sendiri telah mencemarkan definisi cinta itu.


Oleh itu, aku nak tanya orang2 laki ni (sebab biasanya laki la jadi kepala benda2 kotoq ni.) Korang ada tak simpan rasa nafsu yang amat ketika memikirkan pasal awek korang?? Kalau ada baik korang berhati2. Sebab itu petanda korang tidak mencintainya bersungguh2. Kalau betul itu cinta sejati, korang takkan fikir benda2 tu punya. Hati akan berdegup kencang, tapi takde lucah2 ni. takkan terpikir pun. Takkan korang terfikir nak terkam awek korangkan. Perasaan yang korang rasa.....aku pun tak boleh cakap. Baca novel] karya Ramli Awang Murshid : Cinta Sufi. Korang akan faham erti cinta itu sebenarnya.

Lagi satu hujah yang akan diguna ialah, kita tidak boleh bercouple kerana kita perlu sentiasa mengingati Allah. Jika ada orang yang boleh buat macam tu, aku ucapkan tahniah. Sebab korang dah sampai taraf malaikat. Kalau bercouple itu dijadikan alasan, banyak lagi benda lain yang buat kita semua terlupa untuk mengingati Allah. Tengah mandi, makan, buat assignment dan macam2 lagi tugas duniawi ni adakah kita akan mengingati Allah? Kalau dah cakap mencarut2 tu masih ingat Allah ke?  Sebab itu kita disarankan agar selalu mengingati Allah sebab kita tak mampu nak SENTIASA.

Kesimpulannya, aku berpendapat couple ni tak salah pun asalkan kena pada caranya. Kalau ada apa2 yang korang ingin kongsikan, rajin2lah komen. Maklumlah, aku ni ilmu tak banyak. Segala yang baik datang dari Allah, aku hanya hambaNya yang lemah lagi hina.

Wassalam

p/s: Cintaku? Hanya kepada yang hak. Masih mengutip sisa kekuatan untuk dilafazkan pada orang yang tepat pada masa yang tepat. Kerana jika dilafaz terlalu kerap, cinta itu akan luntur nilainya.


Rujukan:
http://www.scribd.com/doc/26030572/Islam-Dan-Cinta-Sejati
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=187
http://blog.myfenris.net/2006/04/14/kasih-dan-cinta-dalam-islam/
http://notaterakhirku.blogspot.com/2011/01/jenis-zina.html

2 ulasan:

NA_SR berkata...

qul inkuntum tuhibbunallah.. fattbiuni.... yuhbibkumullah...=)

Ummi Hanie berkata...

mmg fitrah manusia tu ingin mencintai dan dicintai ...

bab zina hati tu byk org xperasan dan ia byk mndorong ke arah zina yg sbenar ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...