Jumaat, 5 Ogos 2011

Perempuan Ibarat Buah Pisang

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 5 hari kita berpuasa. Harap dapat diteruskan perjuangan ini sampai akhir Ramadan.

Bila sebut pasal perempuan, semestinya perkara yang indah2 akan difikirkan oleh kaum adam. Tetapi seorang kenalan telah memberikan definisi mengenai kaum Hawa ini. Katanya perempuan ni ibarat buah pisang. Kalau dibiar elok dengan kulit2nya, mesti ada orang nak beli. Tapi kalau dikupas kulitnya, lalu dijual kepada pelanggan, jangankan nak beli, bagi percuma pun belum tentu orang nak. lama-lama dihinggap lalat jadi busuk & berulat.



Agak lucu bila dia berkata begitu, namun bila fikir2 balik, ada juga kebenaran kata2nya. Jika pisang itu diibaratkan sebagai wanita, kulitnya umpama pakaian yang menutup isinya iaitu maruah. Perempuan yang menjaga maruahnya sangatlah mulia martabatnya. Dia akan menjadi idaman setiap lelaki yang memandangnya. Sedang perempuan yang tidak menjaga maruahnya ibarat pisang yang dikupas sebelum dijual. Orang hanya akan memandangnya. Kagum dengan isi luarannya. Bila sudah tua, tiada siapa yang mahu. ibarat sudah busuk, lalat pun tak nak datang.



Oleh itu, kepada kaum hawa ini. Jagalah maruah & harga diri anda sebaiknya. Kerana seindah perhiasan adalah wanita solehah.

Wassalam

4 ulasan:

Dzarief Zuhdi berkata...

ok ada gambo cik heliza pakai baju pilot.. haha.. astaga..

perumpamaan yg best.. x penah lak tepikir.. :D

Tanpa Nama berkata...

haha..gambar sekadar hiasan.

.::: mr IQ :::. berkata...

Saya ada entri yg lebih kurang mcm ni...
Mencari Jodoh Di Pasar Cinta

ni entri terbaru (sekadar perkongsian)
Blogger Jgn Jadi Addicted

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas perkongsian. ;;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...