Isnin, 15 Ogos 2011

Sudah 500 tahun berlalu.....

Assalamualaikum,



Mungkin kita sudah lupa atau pun tidak ambil kisah mengenai perihal hari ini. Kebanyakan kita menganggap tarikh hari ini hanyalah hari yang biasa seperti hari2 lain. Sedar tak sedar sudah 500 tahun berlalu sejak Tentera Salib Portugis berjaya menawan Kota Melaka sekaligus melenyapkan empayar Melayu teragung di Nusantara ini.

Tambah kapsyen


Kekalahan ini berlaku bukan kerana perbezaan teknologi perang, bahkan Melaka mempunyai armada yang kuat dengan pasukan istinggar serta penggunaan lela rentaka iaitu meriam mudah alih yang mudah diangkut dan mampu membidik dengan lebih tepat., ditambah pula dengan tembok kota yang diperbuat daripada batu. Namun, kita masih kalah. Kerana penduduknya semakin melupakan Allah.



Faktor2 dalaman seperti kelemahan pentadbiran, salah guna kuasa dan pengkhianatan akhirnya menumbangkan pusat kesatuan Nusantara sekaligus meranapkan peradaban yang dibina beratus2 tahun. Berapa banyak naskah2 ilmu yang dirampas dan dibakar oleh penjajah sehingga kita tidak tahu akan kehebatan bangsa dan menganggap bangsa Melayu sebagai primitif, mundur dan lemah.



Sedarkah kita jika kita bangsa yang lemah, tidak mungkin bahasa Melayu yang kita lontarkan setiap hari ini menjadi antara bahasa utama dunia. Tidak mungkin pedagang2 terpaksa mempelajari bahasa kita sebagaimana kita terpaksa belajar bahasa Inggeris pada hari ini.



Apa yang menjadikan kita lemah ialah lemahnya hubungan kita dengan Sang Pencipta, goyahnya tali perpaduan yang mengikat kesetiaan kita pada agama, bangsa dan negara. Lihat sendiri bagaimana Wangsa2 Islam yang lain seperti Wangsa Umayyah, Wangsa Abassiah malahan Wangsa Uthmaniah yang terkenal hebat, mampu bertahan selama beratus2 tahun pun akhirnya kecundang kerana faktor yang sama.



Oleh itu, marilah kita menyimpul ukhuwah sesama saudara. Usah bertelagah kerana nanti ada yang akan mengambil kesempatan terhadap persengketaan kita. Hampir 44 tahun kita merintih sengsara kerana HAK kita dirampok penjajah durjana. Jangan sampai kita merempat lagi di tanah sendiri kerana HAK yang nenek moyang kita bermati-matian untuk mendapatkannya semula hilang sekali lagi. Pada ketika itu, menangis AIR MATA DARAH pun tiada berguna lagi.



Wassalam

1 ulasan:

RinsyaRyc berkata...

rase smangat patriotik masuk lam blog nih.. hihihi..

follow me back keyhh... Y^^

http://bulatmata.blogspot.com/

(orang ke-20^^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...