Rabu, 10 Ogos 2011

Adakah Mereka Mahu Menguji Kita

Assalamualaikum,




Isu pujukan gereja semakin hangat diperkatakan di sini. Rasanya tidak perlu aku cerita lagi, korang semua dah tahu. Yang tak tahu boleh rujuk SINI.

Aku merasakan bahawa seolah2 segala yang berlaku macam telah dirancang. Bermula dengan perhimpunan BERSIH 2.0 anjuran Ambiga yang merangkap penyokong kuat kes Murtad. Kemudian dengan popularnya Makcik Hajah Sitt Al-Wuzara serta Group Murtad di Facebook: SINI. Makcik yang mengaku murtad itu bila disiasat rupanya kawan si Ambiga ni. Sama2 sokong murtad. Pastu tetiba berlaku pendedahan mengenai Isu gereja yang kononnya nak buat majlis buka puasa tapi agenda sebenarnya mahu MEMURTADKAN orang MELAYU.

Adakah kronologinya telah dirancang atau sekadar kebetulan. Aku rasa ada pihak yang sengaja mahu menguji PERPADUAN umat Islam. Bila disebut umat Islam Malaysia, maka merujuk kepada PERPADUAN umat melayu sebagai teras Islam di Malaysia.




Kita dah dapat tengok kesannya. Aku tak paham kenapa ada pihak yang cuba pertahankan gereja tu. Tulis macam2 yang buruk2 pasal JAIS. Mereka buat kerja mereka. Lagipun tidak ada sebarang serbuan dibuat. Si MB selangor pun macam bodoh bila minta maaf pada Gereja tu, SINI. Patutnya dia yang patut diam je dulu sampai laporan penuh  diterima daripada JAIS.

Dalam ramai2 munafik yang backup Gereja tu, Aku bersyukur sebab masih ada lagi pihak yang masih sokong tindakan Hasan Ali & JAIS seperti UMNO SELANGOR dan PEMUDA PAS PUSAT serta NGO2 Islam sebanyak 45 badan. Semangat ini yang kita nak, biar berlainan parti, tapi Islam kita bersama. Ada ditubuhkan satu page yang menyokong perjuangan JAIS di SINI. Harap kita dapat sertai dan sebarkan pada saudara2 kita.

Sekarang aku harap pihak berkuasa ambil tindakan yang tegas terhadap Pihak gereja tu sebab kurang ajar tak sedar diuntung nak sebarkan agama diorang kat orang Islam. Lagi satu, gereja yang diorang pakai tu dibina secara HARAM. Lebih lanjut kat SINI.






“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi


 dan Nasrani sehingga kamu mengikut 


millah (cara hidup) mereka.” 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...