Jumaat, 18 November 2011

Israel & Mikrob

Assalamualaikum,

Hati gundah gulana. Lepas tengok bola tadi ada rasa tenang sket. hehe...Pastu pikir balik dengan exam + assignment + tutor + latihan, pening2 balik. Yang hairannya makin nak exam, makin mencurah2 pula idea. Bagai banjir koko melimpah ke ladang gandum.

Baiklah, cukup2 merepek. Hari ni kita nak bincang pasal mikrob. Alang2 aku amik biotech ni memang benda2 halus ni jadi permainan aku kat makmal. Semakin kita belajar, makin banyak benda menjadi persoalan minda.



Jangan kita ingat mikrob2 ni remeh. Banyak sumbangan yang mereka beri. Paling menarik, penubuhan negara Haram Israel juga bersangkut paut dengan mikrob. Sebelum itu mari kita berkenalan dengan mikrob tersebut.


Nama diberi Clostridium acetobutylicum. **tergeliat juga lidah Melayu aku nak menyebutnya.. Atau nama lainnya Weizmann Organism sempena nama Chaim Weizmann, saintis yang menjumpai mikrob ini.


Mikrob ini gram-positif berbentuk basilus dan boleh dijumpai di tanah. saccharolitik dan mampu menghasilkan pelbagai bahan kimia yang berguna terutama asetone, ethanol & butanol.






Sejarah bermula apabila Chaim Weizmann berjaya memencilkan C. acetobutylicum dan mikrob ini menghasilkan banyak aseton yang berguna semasa Perang Dunia 1. Aseton ini berguna dalam penghasilan cordate iaitu bahan kimia untuk membuat bahan letupan.

Sebelum perang, aseton diperbuat daripada kalsium asetat yang diimpot dari Jerman. Memandangkan pengimpotan kalsium asetat adalah mustahil semasa perang dan Amerika Syarikat tidak mempunyai simpanan aseton yang mencukupi, Weizmann telah direkrut oleh Winston Churchill & kerajaan British untuk membina penapaian mikrob untuk menghasilkan aseton daripada jagung di Nicholson Distillery di London.

Memandangkan jagung sukar diperolehi, Weizmann cuba menggunakan Buah berangan kuda tetapi bekalan tidak mencukupi untuk penapaian berskala besar. British berusaha mencari bahan karbohidrat beragi di tanah2 jajahan mereka.

Selepas perang tamat, Perdana Menteri British, Lloyd George bertanya bagaimana mahu membalas jasa Weizmann atas sumbangannya. Weizmann berkata "Hanya satu yang saya mahu, negara bangsa untuk orang2 saya." Setelah memberi penjelasan kenapa harus tanah di Palestin, termeterailah Deklarasi Balfour yang menunjukkan komitmen British kepada pembentukan negara Israel.



Pada 1920, Beliau menjadi Presiden World Zionist Organization. Weizmann telah menjadi Presiden Israel yang Pertama pada 1949.


P/s: Mood nak midexam mikrob asas minggu depan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

aku belum lg study ni... aq seram la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...