Khamis, 17 November 2011

Ikhlaskah kita jika terus menghukum

Assalamualaikum,



Maaf jika menyinggung para pembaca.




 Maaf jika ada yang terasa....






Nukilan kali ini adalah peringatan kepada diri sendiri & diharap manfaatnya dapat aku kongsikan bersama





Dakwah ialah perkara yang paling mulia di sisi Allah. Seringkali kita disarankan agar membantu menegakkan syariat Islam **bagi yang mendengar dan memerhati. 


Namun, terdapat segelintir manusia yang menggunakan medium dakwah ini sebagai lesen untuk menghentam sesuatu individu atau organisasi secara tidak berhemah.

Seringkali isu2 seperti isu aurat, pergaulan bebas, hukum Islam, perkembangan pemimpin menjadi modal oleh para Da'ie.

Apa yang aku perhatikan, ada antara mereka **bukan semua lebih suka menghentam daripada menasihati. Contoh paling mudah, isu aurat.

Bukan sedikit yang menghina para wanita yang berpakaian tidak mengikut syariat. Bila cerita pasal isu ni, wah terus bersilat mengutuk yang tidak2 kepada golongan ini. Tidak kurang juga yang  mengecop mereka AHLI NERAKA kerana pakaian mereka yang dedah sana sini.

Aku ada juga mendengar kenyataan daripada sahabatku yang mempersoalkan kenapa orang2 sok alim ni cuma berkumpul dalam kalangan mereka sendiri & tak campur dengan mereka2 yang 'normal' di luar sana. Maksudnya disini, beliau merasakan golongan2 berkopiah,bersongkok & bertudung labuh itu hanya duduk sekelompok je.

Pening juga aku nak jawab balik. Lama juga aku nak memberi jawapan yang dapat diterima beliau. Alhamdulillah, setelah dikurnia idea yang bernas dari Allah. Aku dapat juga memahamkan beliau akan persoalan itu.

Namun bila fikir2 balik, mungkin betul juga. Jarang aku tengok si Tudung labuh al-tutup semua sekali berjalan seiring dgn yg si tidak bertudung al-dedah sana sini. Ataupun Abang Kopiah lepak bersama2 abang Rambut Pacak. haha..

Mungkin pemerhatian aku ni tak tepat, tapi itulah realiti yang masuk dalam retina aku. Oleh itu, jika kita mahu menjadi da'ie sejati, adakah kita hanya duduk & tunggu orang yang kita katakan fasik ini mendapat hidayah?



Wallahualam

3 ulasan:

idris bin hasyin berkata...

"Ataupun Abang Kopiah lepak bersama2 abang Rambut Pacak. haha.." itu susah skit... tp lau "Abang Kopiah lepak ngan Abang kpala Botak" banyak... hehe...

Tanpa Nama berkata...

Woi2...itu memang hari2. hhaha

Unknown berkata...

abang botak perasan mmg mcm 2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...