Jumaat, 25 November 2011

Tahniah Malaysia!!!!

Assalamualaikum,



Malaysia mengungguli takhta hampir setiap tahun. Rakyat Malaysia benar-benar bekerja keras untuk menjadi besar. Jika Wong Hong besar dalam kategori heavy, yang lain pun berminat, tapi tidak mampu buat seperti Wong Hong, lalu tumpukan berat pada perut mereka. Bila jadi begini, siapa yang harus dipersalah?


1. Situasi di Malaysia. Terlalu banyak kedai makan, restoren mamak dibuka 24 jam. Jika pemilihan makanan di restoren mamak baik, tidak mengapa, tetapi yang jadi isu, apa yang jadi sasaran? ‘Roti canai banjir 1!’, ‘Teh tarik kaw 1′ dan sebagainya. Kedai makan 24 jam mungkin berguna untuk mereka yang kerja mengikut syif tetapi mereka yang kerja syif siang pun akan melepak di kedai mamak sehingga ke pagi, lebih-lebih lagi jika ada siaran langsung bola sepak melibatkan pasukan ternama seperti Manchester United, Liverpool dan sebagainya. Silap-silap 10 cawan teh tarik.
2. Gaya hidup rakyat Malaysia. Jika dibanding zaman dahulu, orang kita banyak bergerak. Sama ada berjalan, naik basikal, buat kerja-kerja berat dan sebagainya, tetapi kini, kalau masuk pusat membeli belah, akan pusing 50 kali untuk dapatkan tempat letak kereta berdekatan dengan lif, sedangkan ada tempat letak kereta yang perlukan berjalan sekitar 3 minit. Kerja pula, jika susah sikit, menolak. Nak kerja dalam penyaman udara. Kerja duduk besarkan punggung.

3. Bila cerita pasal bersenam, sanggup tutup telinga. ‘Gila apa bersenam, panas-panas ini, tak elok untuk kulit’. Bersenam mungkin merupakan perkara terakhir yang terlintas atau mungkin tak pernah terlintas, ‘mintak simpang’ katanya. Tetapi apabila bercerita, ada produk, minum terus kurus, tengah tidur pun boleh bangun minta, ‘eh, aku pun nak’. Kemudian turun ke bawah pejabat, ada pula orang promote slimming centre, ‘harga pengenalan rm1′, tersenyum dia, ‘lepas ini aku kurus’, padahal belum kurus pun.
4. Pemakanan. Bab pemakanan tak perlu cerita lagi. Cuba tengok kedai makanan segera seperti mcd, kfc, ramai tak? Cuba tengok di pasaraya, makanan bagaimana yang banyak? Banyak ke tak bergantung pada permintaan. Sekarang lebih mudah, ada pula minuman 3 in 1. Siap bawa ke pejabat. Senang katanya.

5. Sentiasa ada alasan. Orang Malaysia sentiasa ada alasan. Bila disuruh bersenam, ‘aduh, aku takde masa lah, sibuk dengan kerjaya’. Padahal kerja tak kemana pun. Dalam masa mereka yang segelintir ini bersenam, mereka melepak di kedai mamak, konon bincang project 23 juta, mereka keluar tengok wayang, sokong industri filem, mereka keluar dating, membina keluarga bahagia, dan sebagainya.
Selepas keluar isu ini, saya yakin, terlalu ramai akan memanupulasi keratan akhbar Kromo! dan Star, lebih-lebih lagi peniaga produk MLM, slimming centre dan sebagainya untuk melakukan produk mereka. Syabas Malaysia! Berbangga kah anda menjadi rakyat Malaysia?
Sumber: http://zakikhan.net/tahniah-malaysia-negara-no-1-obesiti/

2 ulasan:

Unknown berkata...

terkejut aq bile dngr halim othman kate m'sia menang paling ramai orang gemok kat suria fm minggu lepas... mmg btl kat m'sia ni terlalu bnyk makanan tp makanan yg tak sihat... makanan yg sihat x pulak nak amik... pas tu pemalas, pemalas nk bersenam... kalau dah malas nk bersenam, jalan kaki la... ni jln kaki pn malas... klu bole nk surubh org dokong je... ap lah nk jd...

KinosKoko berkata...

aiyak...aku salah sorg ke? waaaaa..ngeriii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...