Sabtu, 5 November 2011

Berjalan Kaki...............

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, sudah 2 bulan aku menapak di UKM ini. Jika tapak kaki ini macam cop, dah pasti byk bekas yang aku tinggalkan. Aku sebenarnya rasa seronok dengan UKM ni. Besar, banyak tempat belum dilawati. Jadi, dengan masa yang masih lapang ini aku ambil peluang dengan berjalan2 atau berjoging petang2 lepas kelas.



Perjalanan masih muda...penerokaan baru bermula........tapi akhir2 ni asyik hujan je ;{

Setakat ni, perjalanan paling jauh ialah jalan ke KTHO > stadium > DG > KKM > tembus ke Eimas > Amin > PTSL > Masjid U. Itupun masa orentasi la. Kalau jalan sendiri, dari KTHO ke tasik Fkejut. Lain2 tempat sudah dirangka (siap buka google map tu. hehe). Inshallah, kalo ada kesempatan aku jalan2 lagi.
  anyone wanna join???

Kenapa x bawa moto je?????

Aku sebenarnya untuk masa ni lagi suka jalan kaki. Moto ada kat rumah, adik bawa pi surau. Lagipun berjalan kaki itu satu sunnah.


“Sesungguhnya Rasulullah SAW berjalan dengan tegar.” (HR Muslim).




Banyak kelebihan berjalan kaki ni, pertamanya tak perlu risau duit minyak. Kedua, lemak2 kompom terbakar punya. Sebagai student, kita ni kadang2 kelas sampai tak sempat senam, jalan kaki tu kira senam jugak la. Berjalan kaki juga buat kita lebih berdisiplin (biasanya la. hehe)....Kalau nak ke fak tu memang agak jauh juga la. Jadi, kita akan keluar awal sikit. biasanya aku kelas jam 8, jam 8 la aku baru gerak, Bejogging pepagi tu. hahaha(akan berusaha utk jadi lebih berdisiplin + punctual )



Aku berjalan kaki ke kelas setiap hari, pi pusan pun jalan kaki jugak. Tapi perut tetap maju. hahaha.. tak pasti bila la nak turun. Annual camp dah makin dekat, harap dapat fit & strong. Tapi tiap2 minggu asyik fitig je.

 Oleh itu, marilah kita berjalan kaki, tak kuar gas rumah hijau pun, selamat untuk alam sekitar. paling toksik pun, buang angin je pagi2 tu. Bak kata orang putih; environmentally friendly. UKM ni semua hijau je, sejuk mata memandang.

Kalau kolej yang jauhhhhhh sangat2 macam KKM atau Zaaba tu tak payah la. Naik je bas. Nanti ada yang 'banjir' dlm kuliah, pastu bau semerbak dalam kelas.

Baiklah, setakat ini sahaja yang mampu aku nukilkan. Ada kesempatan masa aku menulis lagi.

Wassalam

4 ulasan:

Unknown berkata...

walaupun aku duk kolaj yang jauh, aku pun salalu jalan lepaS solat jummat... tgahari tegah... mase ni bju da lencun tahap boleh perah la... hahaha... tp, berjalan kaki kat ukn ni best...

Unknown berkata...

jmput datang ke blog aq... ada entry baru lg...

idris bin hasyin berkata...

hehe... aku ngan si kerusi merah tu rilek jak jalan kaki pgi kkm>fst, masjid>kkm... x la juga banjir... waaaaaangi lagi...

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...yeye je la idris. Ko lalu mana nak menapak kkm-fst?? x pyh klentong. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...