Khamis, 17 November 2011

Dia Saudara Aku. Cuba Kau Paham.

Assalamualaikum,

Sejak akhir2 ini budaya bercouple ni makin bercambah2. Pergi la ke mana2 sahaja mesti ada je yang duduk berdua, berjalan berdua, yang paling over, berkepit2. Tempat paling strategik: Perpustakaan, kafe2, tempat tunggu bas, foyer, taman2 di sekitar UKM. hehe..



Aku secara jujurnya tak kisah kalau ada yang couple, sudah fitrah manusia tertarik antara berlainan jantina. TAPI!!! Jaga maruah diri jangan sampai buat benda yang memudaratkan & mencemar maruah diri, keluarga & masyarakat.



''Eleh ko lip. Cakap berdegar2, aku tengok ko kat UKM keluar berdua dengan sorang budak tu. Tak payah bagi nasihat la."

Kalau ada yang berpandangan begitu, samada cakap terang2 atau mengumpat dalam hati, SABAR DULU.

Aku keluar tu dengan Makcik aku. Ha..pelikkan. Macamana makcik aku boleh ada kat UKM. Satu course & sebaya pula tu. Memang la tu makcik aku. Pangkat dia sama dengan mak aku. Kalau nak dikira salasilah itu panjang juga la sebab keluarga aku ni besar sampai aku sendiri pun kadang2 tak sangka si polan itu saudara aku. Dia boleh dikira sepupu kepada sepupu mak aku. Hahaha..bukan main jauh lagi.

"TAPI MASIH BOLEH KAHWIN, DIA BUKAN MAHRAM KO"

Ha, disitu memang benar. Tapi korang takkan paham prinsip hidup aku. Bagi aku, sedara kita layan cara sedara. Yang tiada pertalian darah tu, jaga2. Aku ni lain sikit. Sepupu aku pun aku anggap macam adik2 aku juga. Cantik mana pun, masa kecik2 dulu berhingus juga.



Mungkin kerana aku dibesarkan dengan keadaan arwah nenekku yang masih kuat Jawanya, Orang cakap, Jawa Totok. Tapi aku ni dah tak berapa pandai cakap jawa. Orang Jawa ni kebiasaannya la, mempunyai perasaan persaudaraan yang kuat. Kalau ikut adat Jawa, sepupu sama sepupu tak boleh kahwin. Tapi dulu la, sekarang dah ada kesedaran sikit.

 Jadi, setiap saudara aku, aku akan layan macam saudara juga. No, feeling2. Namun, batas itu masih ada dan inshallah terus dijaga. Lagipun tak best la dengan sedara sendiri. Otak tak berkembang. hahahahaha

Lagi satu, aku ni hidup memang biasa juga dengan perempuan. Tapi kadang2 segan juga kalau tak kenal. Maksud aku, storyline hidupku memang bergaul dengan perempuan. Masa sekolah, aku sekolah high school. Jadi paham2 jela cara hidup kat bandar macamana. Masa kat matrik, kelas aku 2 orang je lelaki. kat UKM ni pun sama juga, 3 orang je lelaki.

Bercinta???

setakat ini aku masih belum mencari, jika sudah terjatuh hati pun dengan seseorang itu, aku akan simpan sebab yang penting belajar dahulu mencintai yang HAK. Aku masih lagi tewas dalam percintaan Teragung itu. Jika hati ini masih tidak sepenuhnya mencintaiNya, layakkah aku mendapatkan bidadari ciptaanNya.




Wassalam

5 ulasan:

Unknown berkata...

penuh bermakna pengertian ayat2 ko...

Tanpa Nama berkata...

Tang mana penuh pengertian tu en. faizul??

idris bin hasyin berkata...

adeh... ni demam nak nikah dah ni... ish3...

Tanpa Nama berkata...

X de maknanya. Bagi plak mak bapak aku. hahaha

sukacuka berkata...

Tahniah alif. suka dengan entiri ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...