Selasa, 6 September 2011

Semakin Terasa Bahangnya

Assalamualaikum,

 Maaf jika 2-3 entry dahulu, kali ini & akan datang ada sedikit berbau politik. Aku sebenarnya lebih suka jadi pemerhati kerana kalau ulas panjang2 tersalah fakta, berdosa pula. Blog ni aku harap dapat dijadikan saham disamping dapat berkongsi ilmu dan maklumat.



Berbalik pada persoalan pokok. Isu komunis ni semakin lama semakin terasa bahangnya. Masing2 dengan hujah masing2 sama ada membenarkan atau menafikan status komunis ini. Pada pendapat aku, komunis itu tetap bukan kumpulan pejuang kemerdekaan. Mereka adalah pengganas. Kalau sesiapa nak bantah, mari baca dulu beberapa fakta yang aku mengenai perkara2 berkaitan:

FAKTA PERTAMA: Tok Janggut memang pahlawan Melayu kerana beliau menentang penjajahan British pd tahun 1915, termasuklah polis Melayu yg menjd barua British.

FAKTA KEDUA: Jepun melalui Jeneral Itogaki menyerah kalah kpd Pihak Berikat pd 12 Sep 1945 di
Singapura.

FAKTA KETIGA: Sebelum kedatangan semula British, PKM telah melaksanakan peraturan berikut (sehingga 
lahir beberapa pahlawan Melayu yg menentangnya spt Panglima Salleh):
1) Mengutip cukai yg tinggi drpd penduduk.
2) Memaksa penduduk menyerahkan hasil tanaman & ternakan kpd PKM.
3) Menculik & memaksa penduduk menjd anggota PKM.

4) Menyerang kampung & membunuh orang awam yg tidak berdosa tanpa alasan khususnya melalui penubuhan Mahkamah Rakyat.
5) Melarang orang Islam mengerjakan ibadah khususnya solat berjemaah.

Nota #1: PKM (aka MPAJA, Bintang Tiga, Bucu Tiga) yg ditubuhkan pd 30 Apr 1930 di Singapura dgn 
kehadiran Ho Chi Minh adalah rebranding drpd Parti Komunis Nanyang yg juga ditubuhkan di Singapura pd tahun 1922. Fahaman asas PKM adalah berlandaskan kpd ideologi Karl Marx iaitu “religion is the opium of the people” atau dgn kata lain berjuang utk penubuhan sebuah negara atheist.

Nota #2: Sepanjang pemberontakan PKM dari 16 Jun 1948 shg 31 Julai 1960, sejumlah korban (tidak 
termasuk yg cedera) adalah seramai 2,947 anggota Polis Persekutuan Tanah Melayu, 1,478 Pasukan Keselamatan & 4,668 orang awam (yg berjaya dikenalpasti).


FAKTA KEEMPAT: Penubuhan Malayan Union antara tahun 1946-1947 yg membolehkan British menjajah 
secara total dgn menggabungkan semua negeri-negeri Selat, Bersekutu & Tidak Bersekutu telah ditentang oleh orang-orang Melayu.


FAKTA KELIMA: Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pd 21 Jan 1948 sbg persediaan utk kemerdekaan & dianggap sbg negeri naungan British (bukan lagi negeri jajahan British & juga tidak tertakluk kpd Queen of England). Tujuan adalah utk menyekat penyebaran pengaruh komunis di Tanah Melayu selari dgn perang dingin yg bermula pd tahun 1947.

FAKTA KEENAM: Balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 anggota PKM yg turut 
disertai oleh Mat Indera pd 23 Feb 1950 telah mengorbankan 14 anggota pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu yg telah ditubuhkan pd tahun 1948. Diulang semula … Polis Persekutuan Tanah Melayu BUKANNYA Polis Malayan Union (ditubuhkan pd tahun 1946) atau Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (ditubuhkan utk negeri Kelantan pd tahun 1909 – Sarjan Che Wan yg telah dibunuh oleh Tok Janggut).


Jadi, siapa yang komunis serang? Pegawai British atau Polis Kerajaan Persekutuan?? Aku rasa kes ni bukan bermaksud Mat Indera itu jahat, tapi lebih kepada dia digunakan oleh pihak komunis. Beliau ikhlas berjuang membebaskan Tanah Melayu tapi jalan yang ambil itu cuma tidak berpihak kepada British. Buktinya, Johor sendiri mengiktiraf beliau sebagai tokoh pejuang. Aku juga dapat tahu kemungkinan ada pakatan rahsia dalam kalangan ahli pasukan beliau sendiri yang mahu menggunakan beliau dan akhirnya namanya juga yang busuk. Ada maklumat yang aku peroleh mengatakan ahli pasukannya melanggar arahan beliau & menyerang sampai tahap membabi buta, bunuh & bakar.



Kesimpulannya, baik Mat Indera mahupun Polis Bukit Kepong, masing2 adalah pejuang kemerdekaan. Cuma  mereka berbeza ideologi. Mat Indera pula dilihat telah dipergunakan oleh Pihak Komunis. Disini kita telah lihat macamana BANGSA MELAYU diperBODOHkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semata2 mahu memenuhi kehendak dan matlamat mereka.

Al-Fatihah buat mereka

Peristiwa Bukit Kepong ini mungkin ada persamaan dengan Perang Siffin dimana umat Islam bergaduh sesama sendiri kerana perselisihan pendapat.

Wallahualam


Rujukan:

1. http://www.scribd.com/doc/12402760/Siri-1-Pengenalan-Persekutuan-Tanah-Melayu-18951957
2. http://www.slideboom.com/presentations/133590/BAB-2-%3A-MALAYAN-UNION-DAN-PERSEKUTUAN-TANAH-MELAYU
3. http://www.ukm.my/knam/data/Peristiwa_Bukit_Kepong.pdf

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bravo! Fakta yg agak menarik telah dipamerkan..! Terima kasih! Kalu boleh.. Nak mintak request agar ditunjukkan tujuan asal Komunis ditubuhkan di Russia.. Pasal, ada dengar bahawa Yahudi yg fikirkan ideologi tersebut kerana tak puas hati jadi hamba kat Russia.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana sudi membaca ruang saya yang tak seberapa ni. Maklumat mengenai komunis ini akan saya cuba usahakan kerana perkara ini turut melibatkan sejarah Wangsa Tsar yang pernah berkuasa di Rusia sebelum kebangkitan komunis.

Cucu-cicit Bani Jawi berkata...

salam ziarah,
salam hormat, salam penuh kasih dan sayang.

Tanpa Nama berkata...

Wah, blog saudara hampir semuanya jawi. mcmana nak dpat software jawi?

Cucu-cicit Bani Jawi berkata...

salam hormat tuan alif yusof,
terima kasih kerana sudi bertandang,
untuk software jawi, jejaki e-jawi online di sini:
http://www.ejawi.net/converterV2.php

mudah, sungguh mudah.

berjumpa kita di blog: riwayatmelayu.blogspot.com blog sahabat yg lagi satu, :)

salam hormat,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...