Jumaat, 30 September 2011

Aku Akan Terus Bercerita

Assalamualaikum,

Hari ni terasa sangat lapang. Kelas cuma satu jam je. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk menulis lagi. Sebenarnya benda ni aku dah simpan sejak beberapa hari yang lalu. Tetapi tidak ada ruang masa yang bersesuaian.



Seriously aku minat sejarah, terutama sejarah Islam & Melayu. Mungkin memori aku tidak berapa baik jadi aku hanya akan ingat perkara2 yang penting2 sahaja. Ada juga kawan2 yang tanya kenapa tak ambil sains politik ke, atau kursus2 yang berkaitan sejarah. Buat apa ambil biotek. Jawabku, tak salah pun kalau kita menimba banyak ilmu. Tak semestinya kita kena terikat dengan satu bidang sahaja. Kita ambil contoh Ilmuan2 dahulu pun mempunyai pengetahuan yang luas. Paling dekat, Dr. Mahathir. Doktor tapi jadi PM. Langsung tak de kena mengena.

Berbalik pada isu pokok. Aku paling tak suka orang yang menghina sejarah bangsa sendiri. Kau nak buat apa aku tak kisah, tapi bab ni ko  jangan nak main2. Orang2 macam ni seolah2 menghina datuk nenek sendiri. Aku angin bukan apa, ko tak suka sejarah ko punya pasallah. Jangan mengeji. Aku rasa dah banyak aku pautkan artikel sejarah dari beberapa blog. Sibuk mengagungkan bangsa lain. Bila kita asyik menghina orang lain, benda tu akan berbalik pada diri kita. Samalah jika kita mengatakan bangsa kita BODOH, kita juga adalah bodoh sebab membodohkan diri sendiri. Aku sendiri dah nampak dari segi penampilan & cara pemikiran.

Aku pula, akan terus mendalami sejarah & berusaha untuk menyebarkannya kepada orang lain. Aku tak akan sesekali menghina sejarah waima daripada mana2 bangsa sekalipun. Jadi, sesiapa yang diluar yang rasa macam dah bagus sangat je,. Cermin diri dulu, aku rasa golongan2 ni tak bagi sumbangan apa pun kat Bangsa, Lupa jati diri, minda terjajah.



AKU AKAN SENTIASA BERCERITA,
KERANA YANG MELUPAI SEJARAH,
PASTI AKAN MENGULANGINYA,
IBARAT PENGLIPURLARA BERCERITA YANG SAMA,
HANYA BERTUKAR PELAKON & GAYA.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...