Jumaat, 14 Oktober 2011

Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah Umat

Assalamualaikum,

Dikala isu murtad makin dipandang sepi, masih ada golongan2 yang prihatin.







Program Himpunan Sejuta Umat dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, penglibatan warga korporat dan warga kerja masing-masing.

Masyarakat Islam khususnya akan menjadi peserta barisan hadapan.  Mereka mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, AJK Masjid dan Surau, tenaga guru dan lain-lain badan serta pertubuhan yang akan disenaraikan kemudian.
Sebuah sekretariat akan ditubuhkan.  Sekretariat ini akan dibantu oleh beberapa pasukan kerja yang akan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tempat himpunan, kemudahan yang diperlukan, susur atur majlis, penyediaan makanan dan tempat solat, publisiti dan pemberitahuan awam, tetamu jemputan, iklan di media cetak dan elektronik serta media baru dan sebagainya.


OBJEKTIF

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
     
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
     
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
     
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
     
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
     
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Jadi, apa tunggu lagi?? Lupakan seketika ideologi politik, perkauman & segala bagai yang memecahkan perpaduan kita. Sertai program ini semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah.


Maklumat Lanjut boleh layari  http://himpun.org dan  like http://www.facebook.com/pages/HIMPUN/281101321908972

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...