Rabu, 4 Mei 2011

Warisan Genetik...Dimanakah gen2 yg terbilang (Bahagian 2)

Assalamualaikum...

Sambungan daripada http://pawakadaksina.blogspot.com/2011/04/kejatuhan-umat-melayupunca-solusinya.html

Seringkali kita mendengar bahawa Bangsa Melayu bangsa yang gagah. Membina empayar, merentas samudera hingga ke afrika, malahan Lautan pasifik itu pun ada nama Melayunya iaitu Lautan Teduh (maaf kalau salah). Namun setelah hampir 400 tahun dijajah yang tinggal hanya Melayu yang lembik & malas kebanyakannya. Daripada kalangan kita ada yang tidak berani mengambil risiko & suka mengikut telunjuk orang lain.

Dalam sains ada disebut tentang perwarisan genetik atau lebih dikenali dengan genetic inheritance. Teori ini dicadangkan oleh Mendel, seorang sami di Austria. Beliau telah menjalankan kajian bahawa sifat2 yang ada pada sesuatu hidupan akan diwarisi oleh keturunannya bergantung kepada kekuatan gen tersebut.Sebagai contoh pokok pea. Pokok pea yang ada biji yang bulat bila dikahwinkan dengan pokok pea yang berbiji tidak sekata akan menghasilkan pokok pea berbiji bulat. Hal ini kerana gen biji bulat lebih kuat.

Konsep yang sama berlaku pada manusia. Bangsa Melayu dahulu memang terkenal dengan keberaniannya yang sanggup mengambil risiko dan sanggup berjuang untuk mencapai sesuatu matlamat. Salah satu kajian yang telah dibuat mengatakan empayar kita sudah wujud sama dengan Tamadun Mesir Kuno
http://lokalgenius.blogspot.com/
Teknologi kita setanding dengan Tamadun Lain malah lebih maju. Semua ini hanya dapat dilakukan oleh orang2 yang kuat, bijak & tabah. Dengan kesopanan dan tatatertib yang kita miliki, kita dapat menjalinkan hubungan dengan bangsa2 lain.

Tetapi apa yang menyedihkan sifat2 & gen2 itu hanya sedikit yang terdapat pada orang2 Melayu sekarang. mungkin kebanyakan kita masih membawa gen ini namun terdapat beberapa faktor yang menjadikan hal ini berlaku. Salah satunya kita sudah terlalu lama dijajah sehingga minda kita diprogramkan untuk berfikir yang kita sememangnya lemah, malas & lembik. Setelah 400 tahun amat susah untuk minda kebanyakan orang kita dibetulkan semula. Mungkin kita memerlukan lagi 400 tahun. Separuh abad kita merdeka belum cukup masanya untuk dikembalikan semula.

Selain itu, faktor yang mungkin berlaku ialah penghapusan orang2 yang membawa gen2 terbaik ini. Seperti sedia maklum, pembawa gen ini tidak akan tunduk kepada penjajah. Akhirnya, mereka & warisnya dibunuh agar sifat2 yang dibawa terhenti setakat itu. Dengan erti kata lain yang mengikut kata sahaja akan dibiarkan hidup. Dalam erti kata lain yang ada sekarang ini kita semua hanya mewarisi kelemahan nenek moyang kita.

Kenyataan ini mungkin menyinggung banyak pihak selain melemahkan semangat orang melayu. Tetapi faktor genetik bukan penentu segalanya. Apa yang perlu kita buat ialah berubah sikap. Sedar atau tidak faktor persekitaran juga menyebabkan kita semakin malas. Lihat sahajalah berapa ramai dari kalangan kita di Alibabakan oleh orang lain. Kita perlu keluar dari kepompong keselesaan yang menyelimuti diri.

Ini bukan bermaksud kita lari daripada bantuan kerajaan tetapi kita perlu memaksimumkan penggunaan peruntukan sedia ada. Seperti contoh kouta IPTA, para pelajar perlu berusaha bersungguh2 untuk melayakkan diri ke IPTA yang terkemuka. Kalau boleh jangan sekadar belajar lebih kurang dan berharap UiTM akan kutip kita. Bukan mahu memperlekeh UiTM tetapi sikap pelajar yang sebeginilah yang menjatuhkan standard UiTM. Kalau boleh kita dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang sehingga dapat mewujudkan persaingan bukan sahaja antara bangsa Melayu malahan dengan kaum2 yang lain juga.

Terlampau banyak bantuan yang diberi, terpulang kepada kita sama ada mahu merebutnya. Tegasnya disini faktor genetik tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak maju. Lihatlah kaum lain yang berlumba2 untuk maju sedangkan kita masih melukut mengharap bantuan orang lain. Apa yang perlu kita lakukan adalah UBAH SEKARANG & lari daripada kepompong selesa yang melalaikan.

2 ulasan:

tamsilankendiri berkata...

bangsa melayu terlalu mengagung-agungkan kata-kata hang tuah, 'tak kan melayu hilang di dunia'. tapi senario hari ini, melayu tak hilang cuma penghayatan islam yang semakin kurang. apa pendapat anda?

Tanpa Nama berkata...

Penghayatan islam itu kurang kerana rapuhnya jati diri bangsa melayu itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...